X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Tidak Ketinggalan, KPM Menyediakan Sesi Pembelajaran Di Televisyen Bermula Hari Ini

6 Apr, 2020
Anak Tidak Ketinggalan, KPM Menyediakan Sesi Pembelajaran Di Televisyen Bermula Hari Ini

Memandangkan sekolah masih ditutup ekoran Covid19, Kementerian Pendidikan telah mengambil inisiatif dengan melancarkan proses pembelajaran di televisyen

Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki fasa kedua, Kementerian Pendidikan akan menyediakan proses pembelajaran melalui televisyen bermula minggu ini. 

Menurut Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin, berkata proses pembelajaran akan disiarkan menerusi saluran RTM TV Okey dengan menawarkan siri latihan kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.

Sasaran utama program pembelajaran ini adalah kepada para pelajar yang tidak memiliki akses internet di kediaman mereka.

Pendekatan baharu dalam proses pembelajaran

proses pembelajaran di televisyen

credit to sources

“Pendekatan ini untuk memberi ruang kepada pelajar tiada akses kepada internet, tetapi mendapat akses kepada televisyen,”

“Kementerian mahu memberikan seluas mungkin ruang dan peluang kepada bukan sahaja pelajar, tetapi guru dan ibu bapa dalam mendapat akses kepada pendidikan sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini,” katanya.

Mohd Radzi berkata, walaupun kementerian mengeluarkan garis panduan sebelum ini, kelonggaran telah diberikan kepada guru untuk menentukan kaedah terbaik yang boleh diguna pakai bagi memastikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran (PdP) berkesan sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa.

Katanya, oleh kerana ini kali pertama PKP dikuatkuasakan, kementerian turut melakukan kaji selidik untuk melihat apakah peranti atau gajet digunakan pelajar sekolah di rumah bermula 28 Mac lalu.

Seramai 500,000 responden terdiri ibu bapa membabitkan 700,000 pelajar mengisi kaji selidik berkenaan, terutama mereka yang mempunyai akses internet.

“Hasil dapatan mencatatkan hampir 80 peratus pelajar sekolah menengah mempunyai telefon pintar diikuti sekitar 36 peratus murid sekolah rendah,”

“Bagaimanapun, untuk peranti lain seperti tablet, komputer dan komputer riba, jumlah milikan amat rendah, iaitu hanya lima hingga 14 peratus.

“Memang betul ada akses kepada internet, tetapi kebanyakannya hanya melalui telefon pintar dan ia adalah suatu kekangan, terutama apabila pembelajaran berkenaan sedikit rumit, sekali gus menyebabkan kesukaran menyiapkan tugasan,” katanya.

Kerjasama dengan KKMM

proses pembelajaran semasa pkp

foto: The Capital Post

Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) telah bekerjasama memperkenalkan slot Program TV Pendidikan sebagai usaha tambahan kepada siaran EduwebTV yang ada ketika ini dilaksanakan secara web streaming.

KPM berkata, slot Program TV Pendidikan ini adalah merupakan salah satu usaha untuk membolehkan pelajar mengakses bahan pembelajaran melalui platform alternatif selain pembelajaran dalam talian.

“Slot tersebut akan mula bersiaran pada hari Isnin, 6 April 2020 menerusi saluran TV Okey iaitu salah satu daripada saluran RTM. Sebagai permulaan, ia akan disiarkan selama dua jam setiap hari sepanjang tempoh pelaksanaan PKP.

“Waktu siaran adalah pada jam 9 hingga 10 pagi dan jam 1 hingga 2 petang. Jadual rancangan boleh didapati dengan melayari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM iaitu Facebook, Instagram dan Twitter @KemPendidikan,” kongsinya.

KPM berkata melalui kerjasama ini, pelajar yang tidak mendapat capaian internet tidak akan ketinggalan dan masih boleh mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di rumah melalui televisyen.

“Slot ini boleh ditonton secara percuma menerusi saluran 110 MyFreeview TV. Selain daripada itu, ia boleh ditonton menerusi saluran 146 di Astro dan Astro NJOI,”

“KPM berharap usaha ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar, guru dan ibu bapa bagi memastikan proses pembelajaran murid diteruskan secara efektif dan menarik walaupun dalam keadaan yang sedikit mencabar ketika ini,” katanya.

Penyebaran jadual lengkap

proses pembelajaran semasa covid-19

credit to sources

Semalam tular jadual semua rancangan sekolah rendah dan menengah mengikut slot masa dan tarikh membabitkan beberapa pelajaran seperti sains, matematik, bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia yang disertakan bersama tajuknya.

Menurut kenyataan rasmi, KPM memaklumkan sebaran jadual lengkap rancangan televisyen selama dua jam setiap hari sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah palsu dan mengelirukan semua pihak.

Stories Rakan Kongsi
Spend Wisely When Shopping For Your Baby
Spend Wisely When Shopping For Your Baby
Penting Memastikan Rumah Bebas Virus! Ini 5 Cara Sanitasi Seluruh Rumah Agar Bebas Virus
Penting Memastikan Rumah Bebas Virus! Ini 5 Cara Sanitasi Seluruh Rumah Agar Bebas Virus
Mengapa Memilih Makanan Bayi Gerber?
Mengapa Memilih Makanan Bayi Gerber?
Is It Important To Teach Balance Between Saving And Spending?
Is It Important To Teach Balance Between Saving And Spending?

Bagi ibu ayah yang ingin mendapatkan jadual sebenar rancangan, Kementerian akan memaklumkannya  melalui portal rasmi di https://www.moe.gov.my

“Kementerian juga akan membuat hebahan mengenai jadual rancangan yang siap disusun di media sosial rasmi seperti Facebook, Instagram dan twitter KPM dalam masa terdekat,”

“Hebahan juga turut dikongsikan bersama semua Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Majlis Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Majlis Pengetua Sekolah Malaysia dan Majlis Guru Besar (MGB),” katanya.

Bukan itu sahaja, pihak RTM juga akan membantu hebahan rasmi yang sahih kepada orang ramai.

Sumber: BH Online, Harian Metro

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Anak Tidak Ketinggalan, KPM Menyediakan Sesi Pembelajaran Di Televisyen Bermula Hari Ini

Baca juga:

https://my.theasianparent.compantau-anak-di-sekolah-secara-live-streaming

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Anak Tidak Ketinggalan, KPM Menyediakan Sesi Pembelajaran Di Televisyen Bermula Hari Ini
Kongsikan:
  • Anak Bukan Bodoh @ Lembab Kalau Dia Ketinggalan, Mungkin Teknik Pembelajarannya Berbeza!

    Anak Bukan Bodoh @ Lembab Kalau Dia Ketinggalan, Mungkin Teknik Pembelajarannya Berbeza!

  • 5 cara kreatif untuk jadikan pembelajaran lebih menarik (Yang anda mungkin tidak pernah tahu!)

    5 cara kreatif untuk jadikan pembelajaran lebih menarik (Yang anda mungkin tidak pernah tahu!)

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Anak Bukan Bodoh @ Lembab Kalau Dia Ketinggalan, Mungkin Teknik Pembelajarannya Berbeza!

    Anak Bukan Bodoh @ Lembab Kalau Dia Ketinggalan, Mungkin Teknik Pembelajarannya Berbeza!

  • 5 cara kreatif untuk jadikan pembelajaran lebih menarik (Yang anda mungkin tidak pernah tahu!)

    5 cara kreatif untuk jadikan pembelajaran lebih menarik (Yang anda mungkin tidak pernah tahu!)

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.