X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Elak Jangkitan Telinga Bayi, Ia Boleh Buat Mereka Ada Masalah Pertuturan!

4 min bacaan
Elak Jangkitan Telinga Bayi, Ia Boleh Buat Mereka Ada Masalah Pertuturan!

Jangkitan telinga bayi amat bahaya kerana ia boleh buat mereka ada masalah pertuturan jika ibu bapa tidak peka tahap serius jangkitan yang dialami.

Jangkitan telinga  bayi memang sering berlaku ia kerana bayi sangat fragile  dan mereka memang mudah dijangkiti. Tersilap sedikit pasti ada saja yang akan berlaku pada mereka.

Jangkitan telinga  adalah salah satu penyebab utama kanak-kanak bertemu pakar pediatrik. Di Malaysia, dianggarkan sekurang-kurangnya setengah juta kes jangkitan telinga tengah berlaku dalam setahun bagi kanak-kanak bawah dua tahun.

Jangkitan telinga  tengah, juga dikenali sebagai otitis media, ialah jangkitan telinga yang biasa berlaku. Ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu otitis media akut atau kronik, dan otitis media berefusi.

Satu lagi jangkitan telinga ialah otitis eksterna akut, yang menjejaskan liang telinga luar.

Jangkitan telinga  bayi jangan dipandang mudah

Jangkitan telinga

Kredit: rawatan0.com

Otitis media akut (AOM) ialah jangkitan bakteria/virus di telinga tengah, akibat sakit lain seperti selsema, alahan atau jangkitan pernafasan lain.

Ini menyebabkan tiub Eustachia (tiub yang menghubungkan telinga tengah ke saluran pernafasan) tersumbat dan bengkak, menyebabkan terkumpulnya cecair di dalam telinga tengah.

Ini menjadikannya tempat yang senang untuk kuman membiak. Ia berlaku dalam masa 3 minggu sehingga kurang daripada 3 bulan.

Otitis media kronik pula ialah lelehan dari telinga yang berlaku selama lebih 3 bulan. Otitis media kronik kurang menyakitkan tetapi lelehan akan berterusan keluar dari telinga.

Selan itu, otitis media berefusi (OME) ialah keradangan dan pengumpulan cecair di telinga tengah tanpa sebarang jangkitan. Cecair yang terkumpul mungkin akan berterusan selepas AOM sudah pulih.

OME mungkin tiada simptom yang jelas, tetapi jika ia berterusan berlaku, kanak-kanak itu mungkin mudah mengalami jangkitan telinga dan pendengarannya mungkin terjejas.

Otitis eksterna ialah jangkitan pada liang telinga, iaitu tiub yang bermula dari luar telinga hingga ke gegendang. Ia selalunya disebabkan oleh bakteria, kadangkala oleh virus atau kulat.

Jangkitan mungkin disebabkan oleh perbuatan mencucuk objek ke dalam telinga atau apabila kelembapan terperangkap di dalam telinga selepas berenang atau mandi. Tidak seperti otitis media, otitis eksterna tidak datang bersama penyakit lain.

Tanda telinga anak anda terkena jangkitan

Jangkitan telinga

Kredit: huggies

Otitis Media Akut

  • Sakit telinga
  • Sukar mendengar
  • Cecair mukoid pekat meleleh keluar dari telinga
  • Demam dan sakit kepala
  • Sukar untuk tidur
  • Hilang keseimbangan
  • Hilang selera makan

Otitis Eksterna

  • Sakit telinga
  • Sukar mendengar
  • Cecair jernih keluar dari telinga
  • Sakit semasa menekan atau menarik telinga
  • Gatal di telinga

Siapa yang berisiko mendapat jangkitan telinga?

#1. Otitis media

Kanak-kanak berumur 6 bulan hingga 2 tahun lebih mudah mengalami otitis media kerana tiub eustachia mereka lebih sempit dan mendatar, menjadikan cecair sukar untuk mengalir keluar dan mudah tersumbat.

Ia juga sering berlaku semasa musim sejuk atau selsema. Kualiti udara yang tidak baik, akibat terdedah kepada asap rokok atau pencemaran udara juga meningkatkan risiko jangkitan telinga.

Kanak-kanak yang dihantar ke pusat penjagaan atau mempunyai ramai adik-beradik juga berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan.

#2. Otitis eksterna

Lebih biasa dialami kanak-kanak sehingga awal usia remaja mereka akibat saiz dan bentuk liang telinga mereka. Otitis eksterna ini biasa berlaku kepada mereka yang kerap berenang.

Masalah kulit seperti ekzema atau psoriasis juga meningkatkan risiko mengalami otitis eksterna, dan juga penggunaan kosmetik atau produk rambut yang boleh merengsa kulit.

Kesan jangkitan telinga pada anak

Jangkitan telinga

Kredit: Jiwa Damai

Biasanya, jangkitan telinga tidak membawa kepada komplikasi jangka panjang, tetapi jangkitan yang kerap berlaku atau berterusan boleh membawa kepada komplikasi serius seperti rosak pendengaran, lalu mengakibatkan perkembangan dan pertuturan yang lewat.

Jangkitan boleh pulih sendiri dalam masa seminggu. Doktor mungkin memberikan antibiotik dalam bentuk ubat titis telinga atau larutan oral jika perlu. Ubat sakit atau kaedah lain juga mungkin diberikan untuk melegakan rasa sakit.

Stories Rakan Kongsi
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus
Anda Perlu Berjaga-jaga Terhadap Penyakit Ini! Doktor Ini Berkongsi Pengalamannya Dengan Rotavirus

Walaupun ia ialah penyakit biasa, ia juga faktor risiko kepada komplikasi lain yang boleh membawa maut, seperti mastoiditis akut, abses leher, meningitis, dan bakteremia, yang berlaku apabila bakteria yang menyebabkan jangkitan tersebar ke organ penting seperti otak dan paru-paru.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Dr Mohd Zabri Affendi Muhamad

Baca juga: Jangan Mencium Telinga Bayi Kalau Anda Tak Mahu Gegendang Telinganya Pecah!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Elak Jangkitan Telinga Bayi, Ia Boleh Buat Mereka Ada Masalah Pertuturan!
Kongsikan:
  • Ada lubang kecil di telinga bayi saya, adakah ia perlu dirawat?

    Ada lubang kecil di telinga bayi saya, adakah ia perlu dirawat?

  • Waspada Anak Sakit Telinga, Ia Menyebabkan Jangkitan Kuman & Demam Berterusan!

    Waspada Anak Sakit Telinga, Ia Menyebabkan Jangkitan Kuman & Demam Berterusan!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Ada lubang kecil di telinga bayi saya, adakah ia perlu dirawat?

    Ada lubang kecil di telinga bayi saya, adakah ia perlu dirawat?

  • Waspada Anak Sakit Telinga, Ia Menyebabkan Jangkitan Kuman & Demam Berterusan!

    Waspada Anak Sakit Telinga, Ia Menyebabkan Jangkitan Kuman & Demam Berterusan!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.