X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Jangan Malas Bagi Anak Minum Air Selalu, Bahaya Dehidrasi, Ia Boleh Mengancam Nyawa

4 min bacaan
Jangan Malas Bagi Anak Minum Air Selalu, Bahaya Dehidrasi, Ia Boleh Mengancam Nyawa

Jaga-jaga kalau tengok anak lemah semacam, itu tanda mereka hilang banyak air dalam tubuh terutama di waktu cuaca panas sekarang

Dehidrasi pada anak adalah salah satu situasi yang sangat membimbangkan. Dan rata-rata ibu bapa tidak tahu anak mengalami dehidrasi walaupun wujud tanda-tanda. 

Sebab itu pentingnya ibu bapa peka simptom dehidrasi pada anak kecil. Malah jangan malas untuk beri anak minum air, lebih-lebih lagi di musim panas, ketika anak aktif bermain, ketika anak demam dan sebagainya. 

Mengapa dehidrasi pada anak merbahaya? Ia boleh menyebabkan efek pada organ tubuh hingga tidak dapat bekerja dengan baik. Dan apabila ia terjadi anak menjadi lemah dan boleh mengancam nyawa. 

Bahaya Dehidrasi Pada Anak

dehidrasi pada anak

Dehidrasi lebih mudah terjadi kepada anak adalah kerana kekebalan sistem imun bayi masih berada pada tahap yang lemah dan mudah terkena infeksi.

Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, ibu bapa harus perhatikan tanda-tanda dehidrasi pada anak supaya lebih peka dengan tahap kesihatan si kecil.

Berikut perkongsian daripada beliau sendiri di lama Facebooknya:

Bunyi loceng berdering hampir dua kali, lantas membuatkan perhatian kami semua teralih ke arah pintu masuk.

Semua staf berada dalam zon merah kecemasan pada waktu itu mengerti bahawa itu adalah signal yang pesakit kritikal akan tiba pada bila-bila masa.

Maksudnya, pesakit perlukan rawatan segera kerana ia mungkin melibatkan soal hidup dan mati.

Kemudian pintu sliding terbuka luas, paramedic bergegas lari sambil menggendong anak kecil yang kelihatan sangat lemah dan hampir tak sedarkan diri.

Ibunya di belakang menuruti sambil menahan tangisan.

Biasanya kejadian seperti ini berlaku pada kanak-kanak yang mengelami dehidrasi teruk.

Di mana muka menjadi pucat, dada berombak naik turun manakala hujung kedua tangan dan kaki dingin kesejukan.

Langkah Awal Boleh Menyelamatkan Nyawa

dehidrasi

Jarum branula wajib dimasukkan segera untuk prosedur pemberian cecair ke dalam saluran darah pesakit.

Namun begitu, yang menjadi penghalang terbesar adalah hampir keseluruhan salur darah pada anak kecil itu tidak kelihatan. Ia mengecut!

Sebenarnya masalah ini boleh dielak dari awal jika anak itu dibawa lebih awal ke hospital. Tapi, ya tak semua mak ayah tahu tanda-tanda dehidrasi ini.

Puncanya boleh jadi disebabkan demam, keracunan makan lalu muntah, cirit- birit berterusan dan lain-lain.

Paling tidak berpeluh melampau kerana terdedah pada cuaca panas bagi tempoh yang agak lama.

Tanda Awal Dehidrasi Pada Anak

kurang cairan

Jika anda melihat anak seolah-olah tidak bermaya terutama semasa demam, sebaiknya perhatikan juga tanda-tanda lain ini. 

Sekiranya jelas tanda awal ini, sebaiknya bawa si kecil segera ke hospital supaya tahap kesihatannya dalam keadaan yang baik sekaligus ibu ayah tidak perlu bimbang keadaan mereka. 

Berikut ini tanda awal dehidrasi pada bayi dan kanak-kanak yang jelas kelihatan. Perkongsian daripada Dr Ahmad Luqman

Stories Rakan Kongsi
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini
  • Bibir dan lidah anak kering
  • Air mata hampir tiada bila menangis
  • Jumlah lampin anak yang ditukar mula berkurang
  • Kulit kelihatan kering. Semasa sentuh terasa sejuk dan dingin
  • Mata mula menjadi cengkung
  • Dalam usia bayi, ubun-ubun kelihatan ke dalam sedikit.
  • Asyik merengek tanda tidak selesa
  • Keadaan yang lemah dan nampak tidak bermaya

Tanda Dehidrasi Yang Serius

  • Terlalu lemah sehingga tidak sedarkan diri
  • Anak menangis tapi air mata tidak keluar
  • Tak mampu untuk minum
  • Kulit abdomen kendur bila dicubit
  • Mata berubah terlampau cengkung
  • Mulut, lidah terlalu kering. Permukaan lidah sampai putih melekit.

Cara Menangani Dehidrasi Pada Anak

  • Jika anak mengalami cirit-birit, demam atau berpeluh berlebihan, berikan susu formula atau susu badan lebih dari biasa.
  • Apabila cairan tubuh berkurang kerana muntah, jangan terus memberi anak cairan dalam jumlah yang banyak sekaligus. Tapi, cuba berikan cairan dalam jumlah sedikit namun lebih kerap.

Dehidrasi ini boleh juga berlaku disebabkan cuaca panas, jadi berikan anak minuman air putih dengan lebih banyak.

Ini kerana pemberian cairan yang cukup dapat membantu menurunkan suhu tubuh bayi selain pemberian ubat daripada doktor.

Apapun, segera bawa anak berjumpa doktor sekiranya dehidrasi mereka berada pada tahap yang serius atau tidak beransur baik.

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Dr. Ahmad Luqman Bukhari

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Ayah Perlu Peka Keadaan Ubun Ubun Bayi, Jika Mendap Ia Mungkin Tanda Dehidrasi

Baca juga: Kenapa Bayi Kurang Kencing? Ini 3 Perkara Yang Ibu Perlu Peka Elak Anak Dehidrasi

Baca juga: Bahaya Kekurangan Air Dalam Badan (Dehidrasi) Ketika Hamil, Ini Tanda-Tanda Ibu Perlu Alert!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kanak-Kanak
  • /
  • Jangan Malas Bagi Anak Minum Air Selalu, Bahaya Dehidrasi, Ia Boleh Mengancam Nyawa
Kongsikan:
  • Bayi Dehidrasi Ini Maut Tanpa Disedari Ibunya Yang Alami PCOS & Susu Tak Cukup!

    Bayi Dehidrasi Ini Maut Tanpa Disedari Ibunya Yang Alami PCOS & Susu Tak Cukup!

  • Budak 8 Tahun Maut Selepas Dipaksa Lompat Trampolin Berjam-jam Di Tengah Panas

    Budak 8 Tahun Maut Selepas Dipaksa Lompat Trampolin Berjam-jam Di Tengah Panas

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Bayi Dehidrasi Ini Maut Tanpa Disedari Ibunya Yang Alami PCOS & Susu Tak Cukup!

    Bayi Dehidrasi Ini Maut Tanpa Disedari Ibunya Yang Alami PCOS & Susu Tak Cukup!

  • Budak 8 Tahun Maut Selepas Dipaksa Lompat Trampolin Berjam-jam Di Tengah Panas

    Budak 8 Tahun Maut Selepas Dipaksa Lompat Trampolin Berjam-jam Di Tengah Panas

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.