X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu, anda perlu tahu 6 fakta ini jika tak mahu penyusuan susu badan anda ada masalah

4 min bacaan
Ibu, anda perlu tahu 6 fakta ini jika tak mahu penyusuan susu badan anda ada masalah

Kalsium dalam penyusuan amat penting kerana dari situ bayi akan menarik nutrisi kalsium ibu ke dalam tubuhnya. 6 fakta ini memberi gambaran sebenar kenapa kalsium ini penting untuk ibu yang menyusu bayi.

Proses melahirkan bayi merupakan saat yang paling ditunggu oleh seorang wanita yang bergelar ibu. Bahkan dengan penyusuan susu ibu, ia akan mendekatkan masa bonding dengan bayi.

Walaupun peringkat proses kelahiran akan menyebabkan bentuk fizikal wanita berubah, namun ibu tak pernah rasa sesal untuk melahirkan seorang cahaya mata yang diimpikan setiap pasangan suami isteri.

Kemudian ia bersambung pula dengan penyusuan susu ibu, di mana seorang ibu sanggup melakukan apa saja demi si manja agar dapat khasiat yang diperlukan dari penyusuan susu ibu itu. 

Disebabkan itu, sepanjang hamil, doktor akan menyarankan ibu mengamalkan minum susu atau produk tenusu untuk bantu membekalkan kalsium pada tubuh ibu kerana ia akan diambil oleh bayi untuk perkembangannya sehingga usianya mencapai dua tahun.

Sebab itu pengambilan kalsium tidak boleh dipandang ringan. Berikut merupakan enam fakta tentang penyusuan susu ibu yang wanita perlu tahu. 

6 fakta penyusuan susu ibu yang akan berjalan lancar

1. Permintaan tinggi terhadap kalsium 

penyusuan susu ibu, menyusukan bayi, susukan bayi, penyusuan bayi baru lahir, susu ibu banyak khasiat, khasiat susu ibu, nutrisi dari susu ibu, penyusuan susu ibu dan pengambilan kalsium, kalsium untuk penyusuan susu ibu

Kredit: maemequer.PT

Penyusuan susu ibu akan menyebabkan permintaan yang lebih tinggi terhadap kalsium. Sebab itu, para ibu memerlukan pengambilan kalsium yang lebih efisien dan konsisten.

Satu kajian telah dilakukan di India dan mendapati wanita di sana tidak mengambil kalsium dalam pemakanan mereka seharian. Hal ini akan menyebabkan penyusuan susu ibu terbantut atau ibu akan mengalami kekurangan kalsium pada tubuh. 

Apatah lagi di sana, wanita India dikatakan hanya mengambil sebanyak 400 mg kalsium walhal tubuh seorang ibu hamil memerlukan sebanyak 1200 mg kalsium setiap hari.

2 Permintaan kalsium terhadap bayi 

Penyusuan susu ibu bagi seorang bayi memerlukan anggaran antara 200 ke 300 mg kalsium semasa si kecil minum susu ibu selama enam bulan pertama selepas kelahiran. 

Hal ini kerana, kalsium tersebut penting untuk perkembangan tulang dan gigi bayi. Apatah lagi, kedua-duanya memerlukan khasiat kalsium yang paling tinggi sebanyak 99 peratus. 

3. Kehilangan kalsium selepas bersalin adalah lebih tinggi 

penyusuan susu ibu, menyusukan bayi, susukan bayi, penyusuan bayi baru lahir, susu ibu banyak khasiat, khasiat susu ibu, nutrisi dari susu ibu, penyusuan susu ibu dan pengambilan kalsium, kalsium untuk penyusuan susu ibu

Kredit: magazineluiza.com

Di samping itu, kehilangan kalsium akan bertambah sebanyak empat kali ganda selama sembilan bulan penyusuan susu ibu berbanding ketika ibu sedang hamil. 

Jika ibu mengambil kalsium dengan lebih konsistem, masalah tulang akan dapat dicegah. 

Mungkin ibu akan berkata begini “ala…tak apa tak ambil kalsium pun, baby tetap lahir sihat”. 

Jangan berkata begitu, komplikasi mungkin tak nampak sekarang tapi bila sudah meningkat usia, anda akan dapat melihat kesan-kesan negatif itu jika kalsium tak cukup dalam tubuh. 

4. Kalsium akan berkurangan setiap hari 

Penyusuan susu ibu secara eksklusif akan menyebabkan bayi dapat kalsium yang mencukupi untuk tubuh kecilnya, namun ibu pula akan kekurangan kalsium.

Penyusuan susu ibu akan menyebabkan ibu kurang kalsium sebanyak 200 ke 300 mg setiap hari semasa penyusuan berlaku.

Sebab itu ibu perlu sentiasa mengambil supplement atau makanan yang kaya dengan kalsium. Bahkan, makanan ini banyak pada susu atau produk tenusu yang boleh didapati di pasaran. 

5. Wajib ambil kalsium mencukupi setiap hari 

penyusuan susu ibu, menyusukan bayi, susukan bayi, penyusuan bayi baru lahir, susu ibu banyak khasiat, khasiat susu ibu, nutrisi dari susu ibu, penyusuan susu ibu dan pengambilan kalsium, kalsium untuk penyusuan susu ibu

Kredit: beautiful breastfeeding

Untuk mendapatkan kalsium yang bagus bagi penyusuan susu ibu, adalah sangat penting dan wajib untuk ibu ambil makanan yang mengandungi tinggi kalsium.

Tambahan pula, ia dapat mencegah penyakit osteoporosis yang merupakan penyakit disebabkan kekurangan kalsium yang boleh terjadi pada ibu walaupun umur masih muda.

6. Kekurangan jisim tulang 

Benar, badan ibu memerlakan kerja yang lebih masa supaya penyusuan susu ibu menjadi lancar dan khasiat nutrisi sampai kepada bayi. 

Kajian menunjukkan wanita menyusu bayi akan kehilangan sebanyak 3 hingga 5 peratus jisim tulang selama enam bulan penyusuan susu ibu ini.

Hal ini kerana, bayi memerlukan kalsium dan khasiat penting dari ibunya. Sebab itu, ibu perlu tambahkannya dalam pemakanan seharian setiap hari. 

Kalsium memang sangat penting sepanjang kehamilan dan selepas bersalin bagi memastikan ibu dan bayi cukup kandungan kalsium dalam tubuh.

Namun, anda perlu mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu bagi maklumat yang lebih tepat dan terperinci.

Semoga artikel ini memberi galakan pada ibu untuk teruskan menyusu bayi hingga umurnya cukup. Kongsikan di laman Facebook anda. 

Stories Rakan Kongsi
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Melangkaui Norma: Adakah Rangsangan Penyusuan Bayi Hanya Boleh Dilakukan Secara Semula Jadi?
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!
Ingin Bantu Menyokong Proses Pembelajaran & Ingatan Anak? Ini Rupanya Cara Mudah Ibu Boleh Cuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Mom Junction

Baca juga: 

Ramai Ibu Telah Diajar Dengan Cara Penyusuan Susu Badan Yang Salah: Kajian

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Penyusuan & Pemakanan
  • /
  • Ibu, anda perlu tahu 6 fakta ini jika tak mahu penyusuan susu badan anda ada masalah
Kongsikan:
  • 3 Tip Memilih Susu Untuk Ibu Yang Menyusu Badan

    3 Tip Memilih Susu Untuk Ibu Yang Menyusu Badan

  • Ibu Yang Dijangkiti Covid-19 Boleh Meneruskan Penyusuan Susu Badan - WHO

    Ibu Yang Dijangkiti Covid-19 Boleh Meneruskan Penyusuan Susu Badan - WHO

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.