X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

9 Vitamin Penting Selepas Bersalin Setiap Ibu Baru Perlu Makan

5 min bacaan
9 Vitamin Penting Selepas Bersalin Setiap Ibu Baru Perlu Makan

Pengambilan vitamin selepas bersalin adalah sama penting dengan pengambilan vitamin ketika anda hamil. Jom semak apakah 9 vitamin penting yang harus anda makan!

Sepanjang 40 minggu hamil, anda sibuk mempertimbangkan adakah anda makan nutrisi pemakanan yang mencukupi untuk badan dan bayi anda. Kini, selepas bersalin – anda perlu melalui proses berpantang pula. Sebab itu, ada wanita terus berhenti makan vitamin selepas bersalin.

Salah ya!

Jangan berhenti memikirkan tentang nutrisi pemakanan untuk badan dan bayi anda. Pengambilan vitamin selepas bersalin sama penting dengan pengambilan vitamin ketika anda hamil.

Bukan apa, ia untuk diri anda juga. Tak percaya? Jom semak mengapa vitamin selepas bersalin amat penting untuk semua para ibu.

 

Mengapa Vitamin Selepas Bersalin Itu Penting?

vitamin selepas bersalin

Kredit: Freepik

Pengambilan vitamin selepas bersalin amat penting kerana ia membantu badan anda kembali ke fungsi asal dengan selamat. Bahkan, pengambilan vitamin ini juga membantu dalam mengatasi masalah keletihan, gangguan emosi, kurang tidur dan masalah kemurungan selepas bersalin. 

Dengan badan yang sihat dan emosi yang tak terganggu, anda boleh berpantang selama 44 hari dengan lancar.

Malah, bayi anda juga boleh menerima khasiat daripada khasiat pemakanan vitamin selepas bersalin ini.

9 Vitamin Penting Yang Harus Dimakan Oleh Ibu Selepas Bersalin

#1 Vitamin Pre-natal

Mayo Clinic menggalakkan anda makan vitamin pre-natal walaupun selepas anda bersalin. Sedang beri susu badan pada bayi? Jangan risau! Anda boleh makan vitamin ini sepanjang anda beri susu badan.

Vitamin pre-natal amat membantu dalam memberi “sukatan” dan nutrisi yang tepat dan amat diperlukan oleh badan, seperti mineral dan folat yang boleh mengatasi masalah kemurungan selepas bersalin. 

#2 Vitamin selepas bersalin bagus: Vitamin Zat Besi

vitamin selepas bersalin

Zat besi adalah nutrisi penting untuk para ibu selepas bersalin, terutamanya bagi wanita yang mengalami anemia (kurang darah).

Kandungan dalam vitamin ini mampu membina semula bekalan darah yang telah “tertumpah” ketika anda melalui proses bersalin. 

Jika anda bukan penghidap anemia, anda boleh mengamalkan pemakanan yang kaya dengan zat besi, sekurang-kurangnya selama 10 hari untuk membina sel-sel darah merah yang baru.

Antara makanan yang disarankan adalah daging, bayam, udang dan brokoli.

#3 Vitamin B9 @ Asid Folik

Vitamin B9 atau lebih dikenali sebagai Asid Folik telah diamalkan oleh wanita sejak awal kehamilan. Vitamin ini dapat membantu perkembangan sistem saraf bayi.

Asid folik juga mampu mengurangkan gelaja kemurungan selepas bersalin. The U.S Department of Health and Social Services menyarankan pengambilan vitamin B9 setiap hati adalah sebanyak 500mg.

#4 Vitamin selepas bersalin terbaik: Asid lemak Omega-3

vitamin selepas bersalin

Asid lemak Omega-3 atau Docosahexaenoic acid (DHA) adalah komponen utama yang menstruktur otak, korteks serebrum, kulit, sperma dan retina.

Ia juga berfungsi untuk mengurangkan keradangan, membantu mengawal tekanan darah dan mengurangkan gejala kemurungan selepas bersalin.

Dengan merangsang pengeluaran prostaglandin, sejenis hormon semulajadi dalam badan, asid lemak Omega-3 akan membantu perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat bayi.

Dos yang disarankan sebanyak 300mg setiap hari.

#5 Vitamin D

Bayi anda memerlukan khasiat Vitamin D. Biasanya, susu badan anda menawarkan kandungan Vitamin D yang mencukupi untuk bayi.

Akan tetapi, anda juga digalakkan untuk mengamalkan pemakanan ini agar kerosakan kulit badan boleh dielak. Vitamin D juga amat membantu dalam meningkatkan penyerapan kalsium dalam badan anda!

#6 Vitamin selepas bersalin ibu perlu makan: Zink Tambahan

9 Vitamin Penting Selepas Bersalin Setiap Ibu Baru Perlu Makan

Zink adalah mineral yang amat penting dalam menyokong sistem imun badan dan membantu melindungi tubuh daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Zink tambahan boleh diperoleh daripada telur, daging, oat dan tepung. Biasanya, wanita hamil terbuka untuk kekurangan zink dalam badan.

Sebuah kajian yang dijalankan Australian Maternal and Child Health Service telah membuktikan jika ibu hamil mengambil zink tambahan, mereka lebih bertenaga.

Malah bayi mereka juga terbukti jarang mengalami kolik bayi yang teruk! Dos yang disarankan adalah sebanyak 18mg setiap hari. 

#7 Vitamin C

Vitamin C bagus dalam membantu menyerap zat besi. Jadi, anda perlu mengambil Vitamin C dalam tempoh yang sama pengambilan zat besi.

Cuba pasangkan makanan yang kaya dengan zat besi bersama buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah sitrus, stawberi, kale dan oren. 

Dos yang disarankan UCSF Medical Center adalah sebanyak 120mg setiap hari.

#8 Kalsium

9 Vitamin Penting Selepas Bersalin Setiap Ibu Baru Perlu Makan

Best Calcium Rich Foods Sources. Healthy eating

Wanita yang pernah hamil, bersalin dan memberi susu badan akan terbuka mengalami ketumpatan tulang.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Atas sebab itu, anda memerlukan kalsium untuk menyokong kesihatan tulang anda. Ibu yang memberi susu badan menyalurkan hampir 300mg kalsium untuk bayinya.

Maka, para ibu perlu kalsium tambahan!

#9 Vitamin A

Vitamin A amat membantu dalam mengekalkan kulit, gigi, rangka, tisu badan dan penglihatan yang sihat.

Mahu strechmark teruk di perut itu hilang? Amalkan pengambilan vitamin A ini! Dos yang disarankan adalah sebanyak 1300mg setiap hari.

Semoga perkongsian ini membantu anda! Jangan lupa ambil vitamin-vitamin ini, ya?

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Vitamin Prenatal Yang Lengkap dan Bagus Untuk Ibu Hamil, Ada 5 Pilihan Hebat Yang Boleh Ibu Pilih!

Baca juga:  5 Jenis Cara Bersalin Yang Berbeza, Adakah Anda Tahu Setiap Proses Ini?

Baca juga: Ini Akan Berlaku Pada Tubuh Anda Lepas Bersalin Dalam Tempoh 24 Jam, 7 Hari & 1 Tahun

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • 9 Vitamin Penting Selepas Bersalin Setiap Ibu Baru Perlu Makan
Kongsikan:
  • Mahu Mengelakkan Kemurungan Pada Kanak-Kanak? Kajian Mengatakan Cara Ini Boleh Membantu!

    Mahu Mengelakkan Kemurungan Pada Kanak-Kanak? Kajian Mengatakan Cara Ini Boleh Membantu!

  • Apabila Ibu Kemurungan, Kanak-kanak Boleh Cedera Dengan Tidak Sengaja

    Apabila Ibu Kemurungan, Kanak-kanak Boleh Cedera Dengan Tidak Sengaja

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Elak Sindrom Flat Head, Ini 12 Bantal Baby Khusus Untuk Tidur Yang Lebih Lena

    Elak Sindrom Flat Head, Ini 12 Bantal Baby Khusus Untuk Tidur Yang Lebih Lena

  • Mahu Mengelakkan Kemurungan Pada Kanak-Kanak? Kajian Mengatakan Cara Ini Boleh Membantu!

    Mahu Mengelakkan Kemurungan Pada Kanak-Kanak? Kajian Mengatakan Cara Ini Boleh Membantu!

  • Apabila Ibu Kemurungan, Kanak-kanak Boleh Cedera Dengan Tidak Sengaja

    Apabila Ibu Kemurungan, Kanak-kanak Boleh Cedera Dengan Tidak Sengaja

  • 5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
    Stories Rakan Kongsi

    5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil

  • Elak Sindrom Flat Head, Ini 12 Bantal Baby Khusus Untuk Tidur Yang Lebih Lena

    Elak Sindrom Flat Head, Ini 12 Bantal Baby Khusus Untuk Tidur Yang Lebih Lena

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.