Vitamin prenatal merupakan makanan tambahan yang dikhususkan bagi wanita hamil untuk memberikan tubuh vitamin dan mineral yang diperlukan untuk kehamilan yang sihat.
Dalam kata lain, vitamin prenatal adalah multi vitamin yang direka khas untuk memberikan jumlah nutrien tambahan yang diperlukan dalam pelbagai peringkat perkembangan bayi dalam kandungan.
Semasa tempoh hamil, pengambilan makanan yang sihat merupakan satu kemestian bagi menjaga kandungan dalam keadaan baik dan membesar dengan baik.
Namun pengambilan vitamin prenatal juga biasanya dicadangkan oleh doktor buat pasangan yang merancang kehamilan.
Kebaikan Pengambilan Vitamin Prenatal
[caption id="attachment_437726" align="aligncenter" width="670"]
Kredit gambar: Unsplash.com[/caption]
Dinasihatkan untuk anda ambil sebiji vitamin prenatal setiap hari sebelum anda ingin mula mencuba untuk hamil. Ini kerana:
- Menyokong diet anda, tidak kira bagaimana sihat atau pun tidak
Secara virtualnya, tiada seorang yang mendapat diet nutrisi sempurna setiap hari, terutama sekali di awal kehamilan, apabila setiap pagi mengalami 'morning sickness' yang mana menjadi satu masalah kepada biasa berlaku kekurangan selera makan.
Sebiji vitamin prenatal setiap hari dianggap sebagai sebagai insuran diet, yang mana ia menjamin aras nutrisi badan perlukan.
Untuk sesetengah wanita pula, ada yang kekurangan vitamin D. Jadi pengambilan vitamin prenatal boleh membantu perut anda membesar sihat ke tahap yang anda sepatutnya berada.
- Mengurangkan masalah mual
Vitamin B6 membantu untuk mengurangkan mual - dan kajian telah menunjukkan bahawa bakal ibu yang mengambil multivitamin setiap hari mengandungi sekurang-kurangnya 10mcg B6 sebelum cuba untuk hamil dan/atau sewaktu minggu-minggu terawal kehamilan, dapat merasakan kurang mual sewaktu trimester pertama aka 'morning sickness.'
- Membantu merendahkan risiko kecacatan
Kajian mendapati yang mendapat asid folik yang cukup dan B12 sebelum sperma bertemu dengan telur dan di peringkat awal kehamilan boleh secara dramatiknya mengurangkan risiko kecacatan tiub saraf (seperti spina bifida) bersama dengan kecacatan kongenital hati pada perkembangan bayi anda.
- Mampu mengurangkan risiko penyakit autisme
Beberapa kajian telah menunjukkan yang bayi kepada ibu yang selalu mengambil vitamin prenatal sebelum dan sewaktu hamil boleh jadi kurang kemungkinan untuk mendapat gangguan autisme spektrum.
- Membantu mencegah kelahiran pramatang
Mengambil vitamin prenatal sepanjang hamil telah dikaitkan kepada kurangnya risiko kelahiran pramatang.
Ia mungkin terutama sekali berikutan vitamin B12 yang terkandung di dalamnya, sejak kekurangan B12 adalah berhubung dengan berat bayi yang lahir rendah dan kelahiran pramatang.
Vitamin Prenatal Yang Lengkap Untuk Kandungan Yang Baik
[caption id="attachment_437728" align="aligncenter" width="670"]
Kredit gambar: Unsplash.com[/caption]
Vitamin prenatal boleh didapati di hampir semua farmasi, malah ia boleh dibeli tanpa preskripsi doktor. Penyedia penjagaan kesihatan yang bertugas mungkin mengesyorkan jenama tertentu atau ibu boleh memilih sendiri berdasarkan saranan doktor.
Sebelum membeli vitamin prenatal, ibu tidak boleh mengambil sesuka hati ya. Pastikan makan ikut dos bersesuaian dan jangan lupa untuk semak label terlebih dahulu serta pilih vitamin prenatal yang mengandungi bahan berikut:
- Asid folik: Membantu mencegah kecacatan kelahiran saluran saraf yang mempengaruhi otak dan saraf tunjang bayi yang baru lahir.
- Kalsium: Bayi menggunakan bekalan kalsium ibu untuk pertumbuhan tulang mereka sendiri semasa kehamilan dan ini boleh menyebabkan penurunan kepadatan tulang ibu jika dia tidak menerima jumlah kalsium yang mencukupi dari multivitamin pranatal yang baik.
- Iodin: Memastikan fungsi tiroid yang sihat semasa kehamilan. Kekurangan iodin boleh menyebabkan pertumbuhan terhambat, kecacatan mental dan pekak.
- Zat besi: Membantu darah membawa oksigen pada ibu dan bayi.
Oh ya, lebih bagus jika ibu boleh mendapatkan mencari vitamin prenatal yang mengandung vitamin C, vitamin D, vitamin A, vitamin E, vitamin B, zink dan iodin.
Secara amnya, elakkan pengambilan vitamin pranatal atau multivitamin dengan dos melebihi apa yang ibu perlukan setiap hari. Dos yang tinggi dalam sebilangan vitamin mungkin membahayakan bayi dalam kandungan tanpa disedari.
Contohnya, tambahan vitamin A semasa kehamilan berpotensi menyebabkan bahaya kepada si manja.
10 Vitamin Prenatal Terbaik di Pasaran
Selain membantu tumbesaran bayi, kajian menunjukkan bahawa suplemen tepat dapat menurunkan risiko keadaan tertentu untuk ibu dan bayi.
[product-comparison-table title="10 Vitamin Prenatal Terbaik di Pasaran"]
Jom semak senarai vitamin prenatal yang ada di pasaran.
Blackmores Pregnancy and Breastfeeding Gold
Vitamin Prenatal Terbaik Dengan 20 Nutrien Penting

Blackmores Pregnancy & Breast-Feeding Gold memberikan dos 20 nutrien penting untuk ibu termasuk asid folik, iodin dan vitamin D3 dengan nutrien sokongan untuk bayi.
Dengan omega-3 DHA untuk menyokong perkembangan otak dan sistem saraf bayi, ia juga mengandungi zat besi yang lebih rendah untuk elak risiko sembelit dan lembut pada sistem pencernaan.
Apa yang kami suka?
- 500 mikrogram asid folik yang jika diminum setiap hari selama satu bulan sebelum pembuahan dan semasa kehamilan, dapat mengurangkan risiko mempunyai anak dengan kecacatan spina bifida / tiub saraf
- 150 mikrogram iodin untuk perkembangan otak dan pendengaran bayi
- Kandungan zat besi yang tidak menyebabkan sembelit
- Minyak ikan tanpa bau dan pekat, kaya dengan DHA untuk perkembangan otak dan sistem saraf bayi
NATURELO Prenatal Multivitamin
Vitamin Prenatal Terbaik Untuk Vegetarian

Multivitamin prenatal Naturelo direka untuk menyokong kehamilan yang baik, selesa dan perkembangan janin yang sihat.
Produk berkualiti ini mengandungi vitamin dan mineral nabati yang mesra tumbuhan dan menggunakan vitamin B yang diaktifkan dan mesra MTHFR seperti Methyl Folate, B12 Methylcobalamin, dan Vitamin B6 P-5-P untuk ketersediaan bio yang lebih baik.
Produk ini juga mengandungi mineral chelated premium seperti zat besi, zink dan selenium yang lebih mudah untuk badan diserap tubuh dan serasi dengan perut.
Apa yang kami suka?
- Mengadungi folat, zat besi & DHA
- Tanpa GMO, tanpa soya, tanpa Gluten
- Sesuai untuk vegetarian
- Tanpa pengawet atau perasa
- GMP
Puritan’s Pride Prenatal Vitamins
Vitamin Prenatal Terbaik Dengan Zat Besi

Dirumus khas untuk memenuhi keperluan nutrisi unik wanita pranatal dan selepas bersalin, multivitamin harian ini mengandungi 800 mcg asid folik.
Asid folik penting bagi wanita hamil kerana diet yang sihat dengan folat yang mencukupi dapat mengurangkan risiko wanita mengandung anak dengan otak atau cacat tulang belakang.
Formula Puritan's Pride Prenatal Vitamin adalah sumber kalsium yang baik, salah satu mineral terpenting dalam badan dan juga merupakan sumber Vitamin D yang baik yang membantu penyerapan kalsium/
Apa yang kami suka?
- Mengandungi zat besi, komponen penting hemoglobin yang berperanan penting dalam metabolisme tenaga
- Boleh diteruskan pengambilan selepas bersalin dan semasa menyusukan anak
- Tanpa bahan pengawet,
- Tidak mengandungi gula, susu, laktosa, soya, gluten, gandum, ragi.
Nature's Plus Ultra Prenatal
Vitamin Prenatal Terbaik Harga Berpatutan

Ultra Prenatal baik kerana mempunyai jumlah vitamin yang tepat yang diperlukan untuk tempoh prenatal yang baik dengan harga yang luar biasa. Ia diformulasikan dengan mempertimbangkan keperluan unik seorang bakal ibu.
Produk ini juga sesuai untuk vegetarian, bebas gluten dan bebas dari warna tiruan dan bahan pengawet.
Apa yang kami suka?
- Bebas gluten
- Formula Kesihatan Wanita
- Vegetarian
- Bebas ragi
Nature Made Prenatal Multi+DHA
Vitamin Prenatal Terbaik Dengan DHA

Diformulasikan untuk menyokong perkembangan otak bayi, sistem saraf, tulang dan mata. Nature Made juga terbukti secara klinikal dalam penyerapan zat besi dan asid folik.
Disediakan dalam bentuk softgel, produk ini menggabungkan 18 nutrien penting multivitamin prenatal dengan 200 mg DHA menjadi satu dos yang mudah ditelan tanpa warna tambahan atau perisa tiruan.
Apa yang kami suka?
- 18 Nutrien utama bagi ibu dan wanita hamil yang ingin hamil.
- 200 mg DHA dapat membantu menyokong perkembangan otak dan mata janin.
- Diet yang sihat dengan folat yang mencukupi dapat mengurangkan risiko wanita mempunyai anak dengan kecacatan saraf.
Nordic Naturals Prenatal DHA, Unflavored Formula
Vitamin Prenatal Terbaik Kaya Omega-3

Prenatal DHA adalah satu sumber omega-3 yang asli dan segar yang mana memberikan keperluan membesar yang bayi anda perlukan untuk otak dan perkembangan sistem sarafnya, serta menyokong kesihatan semasa hamil buat anda sebagai ibu.
Ia secara meluasnya memenuhi setiap keperluan harian yang disarankan dalam menyalurkan DHA omega-3 untuk wanita hamil dan menyusukan anak, serta termasuklah 400 IU vitamin D3 untuk tambahan sokongan imun.
Apa yang kami suka?
- Mengandungi 830mg penuh omega-3s; 400 IU vitamin D3
- Didominasi pati minyak ikan DHA Omega-3, dengan vitamin D3 natural (cholecalciferol) untuk sokongan tambahan imun
- Gel lembut dengan perisa semula jadi strawberi atau tanpa perisa
- Mudah untuk ditelan, saiz gel lembut yang kecil
- Pemenang anugerah! Menerima anugerah Top-Notch 'Taste for Life'
Thorne Research Basic Prenatal
Vitamin Prenatal Terbaik Penyerapan Nutrien Yang Baik

Thorne's Basic Prenatal diformulasikan secara spesifik dengan konsep keperluan istimewa, untuk wanita hamil dan menyusukan anak. Formulanya mengandungi penyerapan yang baik, vitamin yang tersedia dengan tisu, dan mineral yang lembut pada perut dan tidak menyebabkan sembelit.
Ia juga sesuai untuk wanita yang cuba untuk hamil. Ia diperbuat tanpa bahan tambahan dan selaput yang ditemui di dalam banyak supplemen tambahan terkenal lain.
Apa yang kami suka?
- Menyokong multi-vitamin dan mineral harian untuk seorang wanita yang subur
- Menyediakan nutrisi bermanfaat yang penting dari momen di mana sedang mencuba untuk hamil
- Folat menyalurkan kesihatan untuk otak dan perkembangan sarat tunjang.
- Termasuk folat berbentuk bioaktif - 5-MTHF
- Mengandungi vitamin C, B6, dan K telah menunjukkan berkesan untuk masalah "morning sickness."
- Mengandungi iron bisglycinate yang menyerap dengan lebih baik dan telah dikaji dengan baik untuk mencapai peningkatan iron yang diperlukan wanita hamil
- Menyediakan nutrien tambahan yang diperlukan untuk meneruskan perkembangan kesihatan fetal dan untuk menyediakan ibu dan bayi untuk kelahiran
- Sokongan nutrisi untuk meningkatkan permintaan untuk kalsium dan vitamin D di dalam diet
Garden of Life, Vitamin Code RAW Prenatal
Vitamin Prenatal Terbaik Dengan Lebih 20 Serbuk Organik Buah dan Sayur

Vitamin Code RAW Prenatal keluaran Garden of Life mempunyai formula komprehensif multi-nutrien semua makanan, yang diformulasikan secara khusus untuk mencapai keperluan unik bagi wanita semasa pra-hamil.
Ia menyediakan khasiat untuk menyokong kedua-dua ibu dan perkembangan bayi, Vitamin Code RAW Prenatal mengandungi lebih 20 serbuk organik buah-buahan dan sayur-sayuran dengan menyokong antioksidan, vitamin dan nutrien faktor tepi.
Apa yang kami suka?
- Makanan multi penuh untuk kesihatan ibu dan bayi
- Diformulasikan khusus untuk pra-hamil, hamil dan ibu menyusu
- Mengandungi 800mcg folat untuk menyokong kesihatan perkembangan tiub neural
- Mengandungi 27mg iron yang mesra pada perut untuk kesihatan darah dan pembiakan
- Terbukti selamat menerusi ujian berterusan, yang produk ini telah dihasilkan menurut kepada amalan terbaik berdasarkan konsensus untuk mengelakkan GMO
- Mempunyai Sijil NSF Bebas Gluten untuk memastikna syarikat mempunyai perancangan pematuhan bebas gluten dan melalui pemeriksaan di atas lapangan akan penghasilan dan pengendalian di fasiliti
- Mengandungi probiotik untuk menyokong sistem imun ibu dan anak
- Tanpa pengikat sintetik, pengisi, perisa buatan, atau pemanis tambahan
MegaFood Baby & Me 2
Vitamin Prenatal Terbaik Diperbuat Dari Makanan Sebenar

MegaFood Baby & Me 2 Prenatal multivitamin menyokong nutrisi optimal untuk ibu dan perkembangan bayi.
Produk MegaFood ini diperbuat dengan makanan sebenar, yis bernutrisi penuh, dan tambahan nutrien. Vitamin ini dipadankan dengan makanan penuh menggunakan proses unik.
Jenama ini percaya yang nutrisi makan kebanyakkannya hadir daripada tanah yang sihat dan pekebun yang bermutu tinggi.
Gol mereka adalah untuk bekerja dengan pekebun yang berkongsi komitmen yang sama untuk menghasilkan tanaman yang organik dan penjanaan semula.
Apa yang kami suka?
- Menyokong nutrisi optimal sebelum dan sewaktu hamil dengan kunci nutrien seperti iron, vitamin B12, B6 dan D3
- Folat kolin dan dimetilasi (bentik aktif asid folik) untuk menyokong kesihatan fetal
- Kunci nutrien kepada anda dan perkembangan bayi yang diperlukan, dipadankan dengan makanan sebenar seperti brokoli, lobak merah dan buah oren
- Diformulasikan oleh doktor Tieraona Low Dog, M.D., Ketua Penasihat Perubatan MegaFood dan pakar dalam kesihatan wanita dan diet makanan tambahan
- Telah di uji untuk 125+ racun rumpai dan perosak, mendapat pensijilan Bebas Glyphosate Residue
- Hanya perlu ambil dua tablet, tidak kira masa, walaupun ketika perut kosong
Rainbow Light Prenatal One, Multivitamin
Vitamin Prenatal Terbaik Perlindungan Untuk Ibu dan Bayi

Prenatal One dari Rainbow Light adalah vitamin prenatal yang mengandungi nutrien penting dalam potensi untuk menyalurkan khasiat optimal dan perlindungan untuk ibu dan bayi sepanjang hamil dan penyusuan.
Multivitamin ini juga menyediakan 600 mikrogram asid folik, yang mana kritikal untuk mengelakkan kecacatan tiub saraf dan mempromosikan kesihatan otak dan perkembangan tulang belakang.
Apa yang kami suka?
- Terbukti secara klinikal penyerapan untuk Vitamin D, B2, 5, folat, kalsium, iron dan zink
- Mempromosikan imun sihat dengan sumber potensi tinggi Zink
- Khasiat vitamin, mineral superfood, dan botanical untuk menyokong nutrisi dan tenaga tubuh
- Asid folik untuk menyokong perkembangan otak dan tulang belakang
- Campuran pranatal yang lembut menyalurkan nutrisi dan mengurangkan ketidakselesaan harian untuk wanita hamil
- Penuh dengan B-complex untuk menyokong produksi tenaga semula jadi dan stress
- Gabungan 90miligram pranatal yang mana mengandungi superfood spirulina, serta raspberi merah dan halia, digabungkan dengan enzim sumber tumbuhan 25 juta CFU probiotik untuk meningkatkan pencernaan tanpa mengganggu sistem usus atau menyebabkan sakit perut
Perbandingan Harga
Produk |
Kapsul/tablet |
Harga Pasaran |
1. Blackmores Pregnancy and Breastfeeding Gold |
180 kapsul |
RM88.00 |
2. NATURELO Prenatal Multivitamin |
180 kapsul |
RM290.00 |
3. Puritan’s Pride Prenatal Vitamins |
100 kaplet |
RM54.90 |
4. Nature's Plus Ultra Prenatal |
180 table |
RM163.80 |
5. Nature Made Prenatal Multi+DHA |
150 gel lembut |
RM122.00 |
6. Nordic Naturals Prenatal DHA, Unflavored Formula |
180 gel lembut |
RM185.08 |
7. Thorne Research Basic Prenatal |
90 kapsul |
RM117.69 |
8. Garden of Life, Vitamin Code RAW Prenatal |
90 kapsul sayuran |
RM143.93 |
9. MegaFood Baby & Me 2 |
60 & 120 tablet |
RM125.41 - RM242.18 |
10. Rainbow Light Prenatal One, Multivitamin |
90 & 150 tablet
|
RM155.18 - RM186.91 |
Bagaimana Ingin Mengambil Vitamin Prenatal Dan Bila Waktunya Anda Patut Menghubungi Doktor?
[caption id="attachment_437727" align="aligncenter" width="670"]
Kredit: Freepik.com[/caption]
- Lebih adalah tidak elok pabila bercakap tentang vitamin. Jadi kekal dengan dos yang disarankan serta jangan ambil sebarang suplemen tambahan lain, melainkan jika doktor anda yang menyarankannya.
- Pastikan anda memeriksa dengan pengamal perubatan juga, jika anda mengambil sebarang suplemen berasaskan herba; kerana sesetengah herba boleh jadi merbahaya pabila anda sedang mencuba untuk hamil atar sedang mengandung.
- Tetapkan di dalam minda yang vitamin prenatal adalah pelengkap diet sihat, tetapi bukan untuk menggantikan diet sihat. Ini bermakna ia masih sangat penting untuk anda mengamalkan pemakanan yang seimbang, kaya nutrien sepanjang tempoh hamil. Fikirkan vitamin prenatal itu hanyalah sebagai backup - bukan sebaliknya.
Jadi, diharapkan dengan artikel ini dapat memberikan para wanita dan bakal ibu satu persiapan lebih baik sebelum menimang cahaya mata agar si comel lahir dengan cukup sifat dan baik kesihatannya.
Semoga bermanfaat.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Ibu Hamil Perlu Amalkan Vitamin C Setiap Hari, Ia Mengurangkan Risiko Diabetes & Praeklampsia
Baca juga: Positif Hamil: 8 Perkara Pertama Dilakukan Sebaik Sahaja Disahkan Hamil
Baca juga: Vitamin Ibu Mengandung Penting Bagi Kesihatan Diri Dan Janin