X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Penyebab Mual & Cara Mengatasi Muntah Ketika Hamil, Ibu Boleh Cuba Makan Sedikit Tapi Kerap

7 min bacaan
Penyebab Mual & Cara Mengatasi Muntah Ketika Hamil, Ibu Boleh Cuba Makan Sedikit Tapi Kerap

Muntah ketika mengandung menyebabkan ibu hamil rasa lembik. Jadi cara mengatasi muntah ketika hamil anda boleh makan kerap tapi sikit.

Mengalami rasa loya dan muntah-muntah ketika mengandung memang keadaan yang kerap dialami ibu hamil. Mungkin anda tertanya-tanya mengapa semuanya berlaku dan jika ada cara mengatasi muntah ketika hamil ini. 

Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?

  • Cara mengatasi muntah ketika hamil 
  • Punca mual ketika hamil
  • Benarkah mual ketika hamil tanda janin kuat?
  • Apa perlu anda lakukan

Walau bagaimanapun, muntah ketika hamil ini sangat biasa dan sebenarnya normal. Tahukah anda, muntah juga mungkin menjadi tanda hormon kehamilan anda berfungsi dengan baik?

Cara mengatasi muntah ketika hamil 

cara mengatasi muntah ketika hamil, cara hilangkan alahan mengandung, cara hilangkan mual mengandung, hilangkan loya mengandung, cara hilangkan rasa nak muntah,loya, muntah ketika hamil

Mengalami raya loya dan sering mahu muntah kadang kala membuatkan ibu hamil serik untuk memulakan perjalanan kehamilan. Tetapi jangan risau ya, ada beberapa petua mudah untuk anda hilangkan loya mengandung. 

Perubahan gaya hidup mudah dan beberapa petua penjagaan diri ini mungkin membantu anda untuk mendapatkan kelegaan dari loya ketika mengandung. Jom kita semak. 

#1. Makan dalam kuantiti kecil tapi kerap 

Sebenarnya, perut yang kosong boleh membuat rasa loya lebih teruk, jadi pastikan anda makan awal, dan tepat pada waktunya. Anda juga dinasihatkan untuk tidak mengambil makanan terlalu banyak yang boleh membuat perut terlalu kenyang.

Ibu mengandung juga disarankan memilih makanan dalam kuantiti yang kecil dan makan secara kerap. Jangan makan "untuk dua orang" ya! Itu satu mitos.

Makan perlahan-lahan dan ambil masa untuk mengunyah makanan anda. Ini adalah cara hilangkan rasa nak muntah yang berkesan dan dikongsikan oleh ibu hamil yang berpengalaman sebelum ini. 

#2: Pilih makanan dengan betul

Elak makanan atau bau yang boleh membuat anda loya. Pemilihan makanan juga penting, jadi elakkan makanan berminyak, berlemak dan pedas.

Sebaliknya, anda harus pilih makanan yang tinggi kandungan protein dan karbohidrat, rendah lemak dan mudah dicerna. Pisang, beras, keropok, epal dan roti bakar adalah beberapa pilihan yang baik.

Selain itu, pengambilan makanan masin juga boleh membantu, dan begitu juga makanan yang mengandungi halia. Ada baiknya anda buat satu jadual makanan apa yang tidak buat anda loya dan apabila memakannya anda tidak muntah. 

#3. Perbanyakkan minum air

Seperti makanan, mengambil jumlah air yang mencukupi sepanjang hari mungkin dapat membantu. Tetapkan untuk minum 6-8 gelas cecair tidak berkafein setiap hari.

Elakkan minuman yang terlalu sejuk atau manis. Elakkan alkohol kerana ia tidak baik untuk bayi malah akan menyebabkan morning sickness semakin teruk!

Air juga penting bagi memastikan anda kekal terhidrat kerana jika alami muntah-muntah ia berisiko menyebabkan anda mengalami dehidrasi dan akhirnya mendatangkan bahaya kepada diri dan kandungan anda.

#4. Banyakkan Tidur dan Rehat

Pastikan anda tidur sekurang-kurangnya 8 jam setiap malam, kerana keletihan boleh menyebabkan loya ketika mengandung jadi lebih teruk dan cara hilangkan alahan mengandung ini adalah banyakkan tidur dan rehat. Anda boleh tidur sekejap (nap) sekiranya perlu.

Elakkan tergesa-gesa terjaga dan bangun dari katil terlalu cepat kerana ia akan membuatkan anda rasa lebih pening dan akhirnya menyebabkan loya menjadi lebih teruk. 

#5. Elakkan Tekanan

Tekanan boleh membuatkan alahan anda menjadi lebih teruk. Sekiranya anda berasa terlalu tertekan, cuba kurangkan beban kerja dengan membahagikan masa dengan lebih efektif. 

Luangkan sedikit masa untuk berehat dan de-stress setiap hari. Meditasi mungkin membantu anda berehat dan menghilangkan pemikiran negatif.

#6. Jangan Merokok, dan Jauhkan Diri Dari Asap Rokok 

Selain meningkatkan rasa loya, merokok semasa hamil akan memberi kesan negatif kepada anda dan kesihatan bayi.  Malah kesan kepada kandungan akibat merokok adalah sebelum, semasa, dan selepas bayi anda dilahirkan!

Merokok boleh menyebabkan kelahiran pramatang dan kecacatan kelahiran. Ia juga merupakan faktor risiko Sudden Death Infant Syndrome (SIDS).

Begitu juga sekiranya ibu terdedah kepada asap rokok semasa mengandung. Mereka mempunyai peluang untuk melahirkan bayi stillborn, bayi dengan berat lahir rendah, kecacatan bayi dan komplikasi kehamilan yang lain.

Bagi mereka yang pernah mengalaminya, bau asap rokok memang sangat membuatkan kita rasa pening kepala hingga nak muntah, jadi cara hilangkan mual mengandung akibat asap rokok ini sudah tentulah mengelakkan diri daripadanya. 

#7. Hirup Udara Segar

Pastikan bilik anda mempunyai sistem pengudaraan yang baik. Cari masa untuk berjalan-jalan di luar. Berjalan dan sedang bergerak juga senaman yang bagus untuk peredaran darah.

Udara segar akan mengekalkan oksigen kepada anda dan membuatkan anda lebih tenang dan damai. 

Punca mual ketika hamil

cara mengatasi muntah ketika hamil, cara hilangkan alahan mengandung, cara hilangkan mual mengandung, hilangkan loya mengandung, cara hilangkan rasa nak muntah,loya, muntah ketika hamil

Setiap yang berlaku kepada wanita hamil pasti ada puncanya. Kira-kira 70% wanita hamil akan mengalami keadaan ini dan kira-kira 3%, loya dan muntah menjadi lebih teruk. 

Jadi apakah puncanya? Perubahan hormon dalam 12 minggu pertama kehamilan mungkin salah satu punca mual ini. Namun anda akan menjadi lebih berisiko mengalami mual ketika hamil jika:

  • Mengandung anak kembar atau lebih kerana akan mempunyai tahap hormon kehamilan hCG yang lebih tinggi daripada wanita yang mengandung satu bayi.
  • Mengalami muntah teruk semasa kehamilan yang sebelumnya
  • Cenderung untuk mendapat mabuk perjalanan (contohnya, mabuk kereta)
  • Mempunyai sejarah migrain
  • morning sickness berlaku dalam keluarga
  • Pernah berasa sakit apabila mengambil pil yang mengandungi estrogen
  • Ini adalah kehamilan pertama anda
  • Berat badan berlebihan (BMI anda ialah 30 atau lebih)
  • Anda stres

Benarkah mual ketika hamil tanda janin kuat?

cara mengatasi muntah ketika hamil

Kajian Institut Kesihatan dan Pembangunan Kanak-kanak Kebangsaan (NICHD) mendapati loya dan muntah semasa kehamilan dikaitkan dengan risiko keguguran yang lebih rendah.

Mereka yang mengalami morning sickness semasa kehamilan mempunyai risiko 50 hingga 75 peratus lebih rendah untuk mengalami keguguran.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Menurut kajian itu, loya dan muntah menggalakkan wanita hamil mengubah tabiat pemakanan mereka, yang boleh memberi kesan kepada kehamilan yang sihat.

Selain itu, dapatan lain turut menemui loya dan muntah adalah tanda bahawa seorang wanita mempunyai plasenta kuat. Apabila plasenta terbentuk sepenuhnya, ia mengambil alih peranan pengeluaran hormon untuk janin yang sedang berkembang.

Hilangkan Loya dengan Kaedah Semula Jadi

Cuba buat sendiri minuman halia dengan didih kepingan halia segar untuk membuat teh halia yang bebas kafein dan selamat diminum. Selain itu, cuba hisap gula-gula peppermint yang bukan sahaja boleh menyegarkan mulut, malah menyingkirkan rasa loya.

Ramai ibu hamil sering mengidamkan makanan masam, dan mungkin sebahagian daripada sebabnya adalah makanan masam boleh mengurangkan loya.

Selain daripada buah-buahan sitrik seperti  limau, limau gedang dan beri, anda juga boleh cuba memakan makanan yang dikeringkan seperti kismis, apricot kering, buah tin dan buah-buahan kering yang lain.

Namun pastikan makan kering seperti asam dan sebagainya ini tidak mengandungi bahan pengawet yang boleh membahayakan anda dan kandungan kerana ada sesetengah asam dan jeruk boleh menyebabkan asma dan lelah kepada mereka yang alah kepada bahan-bahan tertentu dalam proses pengawetan. 

Apa perlu anda lakukan

Jika keadaan loya dan muntah anda terlalu teruk, ada baiknya anda dapatkan rawatan doktor kerana dikhuatiri anda mengalami hyperemesis gravidarum.

Ia adalah keadaan di mana, ibu hamil mual dan muntah yang melampau dan berterusan semasa mengandung. Ia boleh menyebabkan dehidrasi, penurunan berat badan, dan ketidakseimbangan elektrolit. 

Keadaan ini sangat dibimbangi oleh doktor kerana ia boleh menjejaskan kandungan sehingga dalam satu keadaan ibu terpaksa kehilangan bayinya akibat daripada tidak cukup nutrisi. 

Jadi, ibu, anda harus segera mendapatkan rawatan perubatan jika anda:

  • Air kencing berwarna gelap atau tidak kencing langsung melebihi 8 jam
  • Kerap muntah sehingga tidak makan/minum selama 24 jam.
  • Berasa terlalu lemah, pening dan rasa seperti akan pitam semasa berdiri.
  • Sakit perut.
  • Rasa sakit ketika kencing, atau kencing berdarah.
  • Kehilangan berat badan yang terlampau.

Kesemua di atas merupakan tanda dehidrasi ataupun jangkitan kencing kotor.

  1. webmd (July 29, 2020). Morning Sickness. www.webmd.com/baby/guide/morning-sickness-pregnant
  2. cleveland clinic (June 29, 2017). Morning Sickness (Nausea and Vomiting of Pregnancy) my.clevelandclinic.org/health/diseases/16566-morning-sickness-nausea-and-vomiting-of-pregnancy
  3. nhs.uk (February 27, 2017). Vomiting and morning sickness. www.nhs.uk/pregnancy/related-conditions/common-symptoms/vomiting-and-morning-sickness/
  4. Livescience (September 26, 2016). Morning Sickness Really Is a Good Thing. www.livescience.com/56255-morning-sickness-miscarriage.html

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Jaya dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah.

Baca juga: Ibu Mengalami Morning Sickness, Petanda Bayi Memiliki IQ Tinggi & Cerdas - Kajian

Baca juga: 14 Bahan Di Dapur Ini Boleh Merawat Morning Sickness Semasa Kehamilan

Baca juga: Normalkah Jika Ibu Tiada Alahan Ketika Mengandung? Ini 5 Fakta Kenapa Ia Terjadi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Penyebab Mual & Cara Mengatasi Muntah Ketika Hamil, Ibu Boleh Cuba Makan Sedikit Tapi Kerap
Kongsikan:
  • Seawal Trimester Kedua Ibu Sudah Boleh Mengesan Jantina Bayi, Take Note 5 Perkara Ini!

    Seawal Trimester Kedua Ibu Sudah Boleh Mengesan Jantina Bayi, Take Note 5 Perkara Ini!

  • Kenapa Tiada Alahan Semasa Mengandung, Adakah Ia Normal & Bayi Akan Baik-Baik Sahaja?

    Kenapa Tiada Alahan Semasa Mengandung, Adakah Ia Normal & Bayi Akan Baik-Baik Sahaja?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Seawal Trimester Kedua Ibu Sudah Boleh Mengesan Jantina Bayi, Take Note 5 Perkara Ini!

    Seawal Trimester Kedua Ibu Sudah Boleh Mengesan Jantina Bayi, Take Note 5 Perkara Ini!

  • Kenapa Tiada Alahan Semasa Mengandung, Adakah Ia Normal & Bayi Akan Baik-Baik Sahaja?

    Kenapa Tiada Alahan Semasa Mengandung, Adakah Ia Normal & Bayi Akan Baik-Baik Sahaja?

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.