X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Peningkatan Deria Bau Ketika Mengandung, Sebab Itulah Ibu Lebih Sensitif & Rasa Loya

4 min bacaan
Peningkatan Deria Bau Ketika Mengandung, Sebab Itulah Ibu Lebih Sensitif & Rasa Loya

Berapa lama deria bau akan pulih ketika alahan mengandung? Ia bergantung kepada setiap ibu kerana pembawakan setiap anak adalah tidak sama

Walaupun tiada kajian yang dapat mengesahkan deria bau meningkat semasa kehamilan, kira-kira dua pertiga wanita hamil mengatakan mereka lebih sensitif terhadap bau sebaik sahaja berbadan dua. Justeru apakah puncanya dan berapa lama deria bau akan pulih?

Pembawakan anak sememangnya menyebabkan perubahan terhadap tubuh anda seperti payudara dan perut sakit, kulit kusam dan lebih beremosi. Deria bau boleh meningkat terutamanya ketika berada awal fasa kehamilan.

Berapa lama deria bau akan pulih ketika hamil?

deria bau meningkat ketika hamil

Peningkatan deria bau ketika mengandung boleh membuatkan ramai ibu berasa kurang selesa. Malah tidak dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa. Antara bau yang boleh mencetuskan mual adalah seperti:

  • Bau minyak atau masakan
  • Bau minyak wangi atau bedak
  • Bau badan pasangan
  • Bau sabun atau pakaian

Keadaan deria bau yang menganggu ibu hamil ini dikenali sebagai hyperosmia. Ia adalah istilah perubatan yang digunakan untuk menggambarkan deria bau yang tinggi dan membuatkan hidung anda menjadi lebih sensitif untuk menghidu bau.

Hiperosmia sebenarnya sangat jarang berlaku. Ia mungkin berkaitan dengan keadaan yang menjejaskan bahagian pengesan bau pada otak anda, seperti epilepsi, penyakit Addison atau migrain.

Pakar mengatakan bahawa keadaan lebih sensitif terhadap bau semasa kehamilan boleh berfungsi sebagai perlindungan. Hidung memberi amaran kepada ibi tentang sesuatu yang berpotensi toksik kepada bayi sebelum anda memakannya.

Jika anda berdepan masalah ini, pastinya akan bertanya berapa lama deria bau akan pulih ketika hamil?  

Deria bau anda yang sangat tajam akan berkurangan menjelang akhir trimester pertama, sewaktu alahan mula membaik dan hormon anda menjadi stabil.

Kebanyakan wanita mendapati ia hilang sepenuhnya menjelang akhir kehamilan, bermakna anda sepatutnya boleh mengucapkan selamat tinggal kepada semua aroma yang tidak menyenangkan itu pada masa anda bersalin.

Sudah tentu, jika hiperosmia berterusan, adalah lebih baik untuk merujuk kepada doktor bagi mendapatkan rawatan yang betul. 

Punca deria bau menjadi sangat kuat semasa mengandung

punca deria bau meningkat ketika hamil

Human chorionic gonadotropin (hCG) adalah salah satu punca penyebab meningkatnya deria bau. Ia adalah hormon yang dihasilkan oleh badan anda selepas telur yang disenyawakan ditanam di dinding rahim anda.

Peningkatan tahap hCG pada awal kehamilan sepadan dengan perubahan bau yang terjadi kepada ramai wanita hamil.

Perkara yang terjadi dalam tempoh sembilan bulan ini boleh membuatkan anda lebih fokus pada bau yang mungkin berbahaya kepada bayi yang sedang membesar.

Cara mengurangkan sensitiviti deria bau semasa hamil

Tidak banyak yang boleh anda lakukan untuk menjadikan hidung kurang sensitif terhadap bau, tetapi anda boleh cuba mengelakkan bau yang anda rasa paling kuat dan tidak selesa.

Menurut kajian, ramai ibu mengandung mengatakan bau minyak wangi, haiwan peliharaan, daging, ikan dan telur adalah yang paling menganggu dan buah-buahan sebagai lebih menyenangkan.

Justeru beberapa tips bagi mengelakkan anda hidu bau aroma yang anda tidak suka iaitu:

deria bau ketika hamil

  1. Segarkan badan. Biarkan tingkap anda terbuka apabila boleh untuk menghilangkan bau masakan atau hapak.
  2. Jaga kebersihan. Basuh pakaian anda lebih kerap daripada biasa. Namun jangan letak terlampau banyak sabun
  3. Beralih kepada peralatan mandian yang tidak berbau atau berbau ringan bagi mengelakkan anda rasa loya
  4. Hidu perkara yang menyegarkan. Cuba kelilingi diri anda dengan aroma seperti pudina, limau, halia dan kayu manis bagi meredakan loya yang dialami
  5. Alih perhatian hidung anda. Kunyah sekeping gula-gula getah atau hisap gula-gula keras, yang boleh membantu mengalihkan perhatian anda daripada bau. Gula-gula pudina, khususnya, juga boleh membantu dengan loya.
  6. Jika bau masakan mengganggu anda, pertimbangkan untuk memakai topeng pelitup muka supaya dapat menghalang bau menjengkelkan.
  7. Minta bantuan pasangan orang terdekat untuk mengalihkan perkara yang boleh menyebabkan bau yang anda tidak suka.

Fasa awal kehamilan ini mungkin sesetengah ibu menjadi lebih cerewet. Jangan risau, ia adalah normal. Justeru elakkan berada di kawasan yang sesak dan banyakkan berehat di rumah bagi memulihkan anda daripada alahan teruk.

Semoga bermanfaat!

Baby Center, What To Expect

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Menyusu Ketika Hamil Boleh Menjejaskan Tumbesaran Bayi Dalam Perut? Ini Penjelasannya!

Baca juga: Guna Pengangkutan Awam Ketika Hamil, Ibu Jangan Malu Minta Tempat Duduk

Baca juga: Diet GDM Ibu Hamil Yang Bebas Gluten, Begini Cara Kawal Gula Agar Kandungan Sihat

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Peningkatan Deria Bau Ketika Mengandung, Sebab Itulah Ibu Lebih Sensitif & Rasa Loya
Kongsikan:
  • Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Huruf A Hingga L Yang Modern & Popular Tahun Ini

    Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Huruf A Hingga L Yang Modern & Popular Tahun Ini

  • Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

    Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

  • Ujian Sindrom Down Perlu Dilakukan Setiap Ibu Hamil, Ini Sebab-Sebab Mengapa Ia Penting

    Ujian Sindrom Down Perlu Dilakukan Setiap Ibu Hamil, Ini Sebab-Sebab Mengapa Ia Penting

  • Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Huruf A Hingga L Yang Modern & Popular Tahun Ini

    Pilihan Nama Anak Lelaki Islam Huruf A Hingga L Yang Modern & Popular Tahun Ini

  • Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

    Makanan Ini WAJIB Ibu Hamil Cuba Jika Ingin Teruskan Puasa Penuh & Bertenaga Sepanjang Hari

  • Ujian Sindrom Down Perlu Dilakukan Setiap Ibu Hamil, Ini Sebab-Sebab Mengapa Ia Penting

    Ujian Sindrom Down Perlu Dilakukan Setiap Ibu Hamil, Ini Sebab-Sebab Mengapa Ia Penting

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.