X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Senam Aerobik Bagus Untuk Kesihatan, Adakah Ia Selamat Buat Ibu Mengandung?

4 min bacaan
Senam Aerobik Bagus Untuk Kesihatan, Adakah Ia Selamat Buat Ibu Mengandung?

Senam aerobik boleh membuatkan seseorang kekal aktif dan sihat. Walau bagaimanapun bagi ibu mengandung gerakannya hendaklah bersesuaian

Bersenam adalah cara terbaik untuk kekal sihat dan mengekalkan gaya hidup aktif. Untuk ibu mengandung, ramai yang melakukan jogging, senaman kegel serta yoga. Namun bagaimana pula dengan senam aerobik? Adakah ia selamat untuk anda?

Senam aerobik adalah cara terbaik untuk kekal cergas dan berseronok semasa hamil. Apabila dilakukan dengan betul dan dengan kelulusan doktor, ia boleh memberikan banyak manfaat kesihatan fizikal dan mental.

Isi Kandungan

  • Senam aerobik ketika mengandung
  • Faedah bersenam semasa hamil
  • Memilih jenis aktiviti aerobik yang betul
  • Panduan untuk senam aerobik
  • Mengubah suai intensiti senaman
  • Bilakah anda patut berhenti bersenam?

Senam aerobik ketika mengandung

senaman aerobik ketika hamil

Senam aerobik boleh membantu meringankan masalah dan sakit berkaitan kehamilan, mengurangkan risiko komplikasi dan meningkatkan tahap tenaga.

Selain itu, ramai wanita mendapati bahawa senaman aerobik membantu mereka mengekalkan bentuk badan serta membantu tubuh menyokong perkembangan bayi.

Faedah bersenam semasa hamil

Wanita hamil boleh mendapat manfaat yang besar daripada aktiviti fizikal yang kerap. Antara faedah senaman ketika mengandung adalah:

  • Mengurangkan risiko diabetes semasa hamil
  • Mengelakkan kelahiran pramatang
  • Mencegah preeklampsia
  • Meningkatkan kesihatan mental dan fizikal secara keseluruhan
  • Membantu meningkatkan sistem kardiovaskular
  • Membantu mengekalkan pertambahan berat badan yang sihat

Memilih jenis aktiviti aerobik yang betul

Jika ibu ingin melakukan senam aerobik ketika mengandung, adalah penting untuk memilih jenis aktiviti yang selamat dan sesuai untuk badan anda.

Senaman aerobik perlu dilakukan pada intensiti sederhana sekurang-kurangnya 20 minit, tiga kali seminggu.

Elakkan gerakan yang lasak terutamanya ketika trimester ketiga kerana ini boleh menyebabkan ketegangan pada sendi dan ligamen.

Panduan untuk senam aerobik

senaman aerobik untuk ibu hamil

Sebelum memulakan sebarang rutin senaman aerobik semasa hamil, adalah penting untuk menyediakan badan anda untuk aktiviti tersebut.

  1. Pastikan anda melakukan regangan selama sekurang-kurangnya lima minit sebelum dan selepas setiap sesi untuk membantu mengurangkan risiko kecederaan.
  2. Lakukan senaman dan gerakan sesuai mengikut kemampuan anda. Adalah lebih baik memulakannya dengan gerakan perlahan.
  3. Akhir sekali pastikan anda minum banyak air sebelum, semasa, dan selepas bersenam. 

Mengubah suai intensiti senaman

Seiring dengan usia kehamilan yang semakin meningkat, adalah penting untuk memastikan bahawa intensiti rutin aerobik anda bersesuaian dengan kemampuan diri.

Sebelum itu anda dinasihatkan untuk mendapatkan penjelasan dan bantuan doktor terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah terhadap diri serta bayi dalam kandungan.

Semasa setiap sesi senaman adalah penting untuk mendengar badan anda dan memberi perhatian kepada sebarang perubahan yang berlaku.

Jika mengalami sebarang keletihan, sesak nafas, pening, atau sakit dada semasa senam aerobik, anda harus berhenti dan mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Bilakah anda patut berhenti bersenam?

senaman ibu mengandung yang selamat

Adalah penting untuk memantau perubahan fizikal semasa kehamilan semasa melakukan aerobik. Apabila badan berubah dan bayi membesar, keamatan, tempoh dan jenis senaman perlu diselaraskan.

Anda dinasihatkan untuk berhenti melakukan senaman aerobik apabila:

  • Menyedari sebarang kesakitan atau sakit baru
  • Tahap tenaga berkurang atau keletihan melampau
  • Mengalami gejala seperti pening atau sesak nafas

Jika keadaan di atas berlaku, anda dinasihatkan untuk berhenti serta-merta dan segera ke klinik berhampiran.

Selain itu, ibu mengandung harus mengelakkan sebarang senaman yang melibatkan melompat atau melantun, kerana ini boleh memberi tekanan pada sendi, ligamen dan bahagian badan yang lain.

Kesimpulannya, senamrobik semasa hamil adalah selamat dan bermanfaat untuk ibu dan bayi. Ia boleh membantu membina kekuatan dan stamina, meningkatkan mood dan mengurangkan risiko komplikasi semasa mengandung dan bersalin.

Walau bagaimanapun adalah penting untuk berbincang dengan doktor sebelum melakukan sebarang bentuk aktiviti fizikal semasa hamil, kerana setiap kehamilan adalah unik dan menimbulkan risiko yang berbeza.

Dengan bimbingan dan penjagaan yang betul, aerobik boleh menjadi cara terbaik untuk kekal sihat semasa hamil.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Senaman Ibu Mengandung Perlu Mengikut Trimester, Ini 7 Alat Senaman Yang Bantu Ibu Bersenam Dengan Mudah

Baca juga: 8 Senaman Kardio Terbaik Untuk Ibu Hamil, Boleh Kurangkan Sakit Belakang & Bengkak Kaki

Baca juga: Senaman Squat Ketika Hamil Banyak Bantu Memudahkan Proses Kelahiran – Betul Ke?

Stories Rakan Kongsi
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Tawaran Sah Hanya Pada 11.11 Sahaja! Beli Friso Gold & Bawa Pulang Hadiah Edisi Terhad & Peluang Untuk Memenangi Baucar Pelancongan ke Belanda!
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Gaya Fesyen Trendy & Terkini, KWC Fashion Wholesale Masa Depan Fast Fashion di Malaysia
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Senam Aerobik Bagus Untuk Kesihatan, Adakah Ia Selamat Buat Ibu Mengandung?
Kongsikan:
  • Fosforus Untuk Ibu Hamil Ini 6 Fungsi & Kepentingannya

    Fosforus Untuk Ibu Hamil Ini 6 Fungsi & Kepentingannya

  • Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

    Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

  • Ini Punca Mengapa Tarikh Bersalin Anda Berubah, Tidak Sama Dengan Tarikh Jangkaan

    Ini Punca Mengapa Tarikh Bersalin Anda Berubah, Tidak Sama Dengan Tarikh Jangkaan

  • Fosforus Untuk Ibu Hamil Ini 6 Fungsi & Kepentingannya

    Fosforus Untuk Ibu Hamil Ini 6 Fungsi & Kepentingannya

  • Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

    Ibu Mengandung Pun Boleh Bercantik Di Pagi Raya, Ini Pilihan Baju Raya Ibu Mengandung Yang Cantik Dan Selesa

  • Ini Punca Mengapa Tarikh Bersalin Anda Berubah, Tidak Sama Dengan Tarikh Jangkaan

    Ini Punca Mengapa Tarikh Bersalin Anda Berubah, Tidak Sama Dengan Tarikh Jangkaan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.