X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Dalam Fasa Aktif Kena Lebih Jaga-Jaga, 7 Kecederaan Ini Boleh Berlaku Jika Terjatuh Kerusi Makan

4 min bacaan
Bayi Dalam Fasa Aktif Kena Lebih Jaga-Jaga, 7 Kecederaan Ini Boleh Berlaku Jika Terjatuh Kerusi Makan

High chair baby atau kerusi makan bayi sering digunakan oleh ibu ayah. Namun tanpa pengawasan orang dewasa, si manja boleh terjatuh dan cedera

Beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan berita yang mendukacitakan apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia selepas kepalanya terhentak akibat terjatuh dari kerusi makan bayi  atau high chair baby di sebuah restoran di Johor.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang ketika kanak-kanak itu sedang menjamu selera bersama keluarganya.

Kanak-kanak 2 tahun meninggal selepas terjatuh dari high chair baby

kerusi makan bayi bahaya

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah, berkata siasatan awal mendapati, sewaktu makan mangsa telah menolak meja menggunakan kakinya, lantas membuatkannya terjatuh bersama kerusi bayi berkenaan.

“Ketika terjatuh, kepala mangsa telah terhentak kuat pada lantai dan menangis sebelum pengsan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kejadian tragis tersebut turut disaksikan oleh pekerja restoran sebelum bapa kanak-kanak itu bergegas membawanya ke klinik swasta, namun dinasihatkan doktor untuk dihantar terus ke hospital berikutan keadaannya dilihat serius.

“Bapa kanak-kanak itu kemudian membawanya ke sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang bertugas,” katanya.

Penggunaan kerusi makan bayi (high chair baby) berisiko menyebabkan kemalangan

Kerusi makan bayi atau baby high chair menjadi salah satu peralatan yang diperlukan oleh bayi setelah berusia 6 bulan ke atas dalam membolehkan si manja menikmati makanan pejal.

Bukan itu sahaja, penggunaan kerusi bayi ini adalah untuk melatih kemahiran makan si manja. Walau bagaimanapun ibu ayah dinasihatkan lebih berhati-hati sewaktu meletakkan bayi dalam kerusi ini.

Hal ini kerana di Amerika Syarikat telah dilaporkan sebanyak 9,400 kemalangan berlaku pada bayi semasa menggunakan high chair baby. Menurut pakar kanak-kanak, peralatan ini amat berbahaya sekiranya tidak digunakan dengan betul.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal Clinical Pediatrics, kadar kecederaan disebabkan oleh kecuaian sewaktu menggunakan kerusi makan ini menunjukkan peningkatan sebanyak 22 peratus dari tahun 2003 sehinggalah 2010.

Kecederaan yang paling banyak dilaporkan akibat terjatuh dari kerusi makan adalah melibatkan bahagian kepala. Dalam kajian itu juga, para pengkaji telah membuat analisis data melibatkan bayi berusia 3 tahun dan kebawah yang dikejarkan ke jabatan kecemasan di Amerika Syarikat.

Menurut pengarah Pusat Penyelidikan dan Polisi Kecederaan di Hospital Kanak-Kanak Nationwide di Columbus, Ohio, hampir kesemua kecederaan adalah disebabkan oleh terjatuh.

Kebanyakan bayi jatuh ketika memanjat atau berdiri di atas kerusi makan. Hal ini bermakna, sistem keselamatan tempat duduk bayi berkenaan boleh dikatakan tidak selamat untuk mereka.

Kecederaan yang boleh berlaku disebabkan oleh kerusi makan bayi

bahaya baby high chair

Kebanyakan kecederaan terjadi adalah akibat terjatuh- sama ada kerana ciri keselamatan tidak digunakan atau kerana ia terlalu longgar.

Jatuh dari kerusi yang tinggi boleh mendatangkan bahaya, terutamanya jika ruang makan tersebut mempunyai lantai keras seperti jubin atau kayu. Jika anak kecil jatuh kepala dahulu ke permukaan keras ini, kecederaan yang serius boleh berlaku.

Antaranya adalah:

  • Kecederaan kepala
  • Gegaran otak
  • Kecederaan leher
  • Patah tulang
  • Kecederaan bahagian muka
  • Kecederaan mulut
  • Patah gigi

Selain itu bayi atau kanak-kanak berisiko berdepan bahaya disebabkan oleh perkara yang ibu ayah tidak jangka sama sekali, seperti:

  1. Tercekik lebihan makanan yang ditinggalkan atas kerusi makan
  2. Kemalangan disebabkan anak menggapai makanan atau minuman panas yang berdekatan dengannya
  3. Memegang objek tajam yang ditinggalkan berhampiran kerusi makan bayi
  4. Menjatuhkan kerusi makan dengn menolak meja dengan kaki mereka tanpa ibu ayah sedar

Tips untuk kekal selamat ketika menggunakan kerusi makan bayi atau high chair baby

#1. Gunakan sekatan keselamatan yang telah disediakan

Kebanyakan kecederaan yang berkaitan dengan kerusi tinggi boleh dicegah dengan menggunakan sekatan keselamatan dengan betul setiap kali anak anda berada di tempat duduk.

Pastikan semua tali diikat, termasuk tali kelangkang jika ada, dan pastikan tali itu sesuai dengan si manja. Jika dia boleh menggoyangkan tali, ia tidak cukup ketat.

#2. Tetapkan peraturan

Ibu ayah juga hendaklah menetapkan peraturan bahawa kerusi tinggi adalah untuk duduk sahaja – tidak dibenarkan berdiri, memanjat atau bermain di atas kerusi.

#3. Pastikan kawasan sekitar kerusi selamat

kerusi bayi

kredit gambar: nadia farahida

Jauhkan alas meja, alas letak, peralatan tajam, pinggan dan makanan/cecair panas daripada capaian anak anda.

#4. Jarakkan kerusi bayi dengan meja atau dinding

Pastikan juga kerusi makan bayi tidak terlalu dekat dengan meja, kaunter atau dinding. Anak yang sedang dalam fasa aktif boleh menendangkan kaki mereka dan sekelip mata boleh terjatuh.

#5. Sentiasa duduk bersama bayi ketika waktu makan

Kanak-kanak yang tidak diawasi lebih cenderung untuk cuba melarikan diri dari kerusi tinggi atau tercekik makanannya. Justeru jangan sesekali meninggalkan anak bersendirian di dalam kerusi makan bayi.

Semoga bermanfaat!

Berita Harian, Kompas, Safekids

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia

Baca juga: Jom Biasakan Si Manja Duduk Di Kerusi Makan Baby Dari 6 Bulan, Pilih Dari 5 Pilihan Terbaik Ini!

Baca juga:  Jangan Panik Bila Bayi Jatuh Katil, Buat 5 Langkah Ini Dulu Dengan Cepat!

Baca juga:  Kerusi Tinggi Bayi Kena Selamat, Bayi Boleh Jatuh Kalau Tak Ikut Tips Ini!

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Bayi Dalam Fasa Aktif Kena Lebih Jaga-Jaga, 7 Kecederaan Ini Boleh Berlaku Jika Terjatuh Kerusi Makan
Kongsikan:
  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

  • Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

    Bayi Sembelit Sukar Membuang Air Besar, Ini Cara Mengatasi Bayi Tidak Berak Dengan Berkesan

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

    Simptom HFMD Bayi: Waspada Tanda Awal Penyakit Tangan, Kaki & Mulut Sebelum Terlambat!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham