X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Sering Terjatuh Kepala Dahulu Bukan Perkara Biasa, Mereka Berisiko Gegaran Otak

4 min bacaan
Anak Sering Terjatuh Kepala Dahulu Bukan Perkara Biasa, Mereka Berisiko Gegaran Otak

Dalam membesarkan anak-anak, ibu ayah pasti memantau sepenuhnya pergerakan mereka. Namun, sedikit kecelakaan sahaja boleh menyebabkan gangguan otak

Dalam membesarkan anak-anak, pastinya pelbagai ujian yang datang melanda. Ada hari anak dilanda demam dan ada pula terjatuh ketika bermain. Namun tahukah anda ia berpotensi untuk mengalami masalah gangguan otak?

Mengekalkan keselamatan serta fizikal yang sihat terletak pada bahu ibu ayah. Anda perlulah sentiasa memantau setiap pergerakan mereka dalam menerokai keseronokan dunia secara normal.

Salah satu cara yang paling penting ialah sentiasa memberi perhatian kepada setiap aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak serta mencegah sebarang kejadian yang tidak diingini.

Jatuh penyebab gangguan otak

gangguan kepala

credit to sources

Sebenarnya, ramai kanak-kanak terjatuh kerana usia mereka yang terlalu kecil dan sukar untuk mengimbangi badan dengan baik.

Sekiranya kerap terjadi kepada anak-anak, ia adalah suatu keadaan yang cukup berbahaya terutamanya apabila  tertumpu di bahagian kepala.

Biarpun pada luarannya tidak menunjukkan sebarang kecederaan, namun mungkin ia memberi kesan terhadap luka dalaman. 

Anda jangan terlalu bertenang, keadaan boleh menjadi sebaliknya kesan gangguan otak yang dialami boleh meletakkan diri anak-anak dalam keadaan bahaya.

Berikut adalah penjelasan tentang bahaya anak yang jatuh di belakang kepala yang perlu anda beri perhatian:

#1. Kecederaan kepala

Satu lagi keadaan yang boleh mendatangkan bahaya apabila anak jatuh bahagian belakang kepala adalah kecederaan kepala ringan.

Kecederaan kepala kecil boleh berlaku akibat trauma fizikal yang dirasakan oleh belakang kepala. Ia boleh dikatakan ringan termasuk seperti luka terbuka, bengkak dan pendarahan.

Namun, sekiranya anak terjatuh dari tempat yang tinggi dan kuat, mereka terdedah kepada kecederaan yang teruk dengan tanda-tanda gangguan otak seperti tidak sedarkan diri dalam masa yang tertentu, loya, muntah, hilang tenaga dan waktu tidur yang panjang.

Keadaan ini turut menyebabkan kekejangan pada bahagian tubuh anak-anak kerana sistem otak telah terganggu.

#2. Muntah-muntah

gangguan otak bayi

foto: sehatQ

Gejala muntah adalah salah satu kesan melanda kanak-kanak yang jatuh dan mengalami perlanggaran di bahagian belakang kepala.

Muntah yang disertai dengan benjolan bahagian belakang kepala akan menjadi keadaan cukup berbahaya bagi bayi. 

#3. Lebam

Bahaya anak yang jatuh dengan kepalanya dahulu mungkin akan meninggalkan kesan lebam.

Keadaan ini pastinya lebih berbahaya daripada lebam di bahagian anggota badan yang lain. Lebam pada kanak-kanak boleh diatasi dengan rawatan di rumah menggunakan air suam atau sejuk.

Sekiranya keadaan lebam berterusan selama lebih dari satu hari, ia boleh dibantu dengan menggunakan gel anti-radang seperti thrombophop untuk mencegah penggumpalan darah di bawah kulit atau lebam.

#4. Bunyi anak menangis

bahaya gangguan otak

credit to sources

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

Anak-anak menangis adalah perkara yang biasa berlaku ketika mereka terjatuh atau berasa sakit kerana luka yang dialami.

Walaupun keadaan ini tidak memberikan impak besar, anda perlu memberikan perhatian yang serius. Anda perlu bijak dalam membezakan bunyi anak menangis kerana meragam atau menangis kerana kesakitan.

Kebiasaannya, mereka yang dalam keadaan berbahaya akan menangis secara terkejut dengan nada yang cukup tinggi.

#5. Gegaran

Satu lagi keadaan yang mendatangkan bahaya untuk anak yang terjatuh bahagian belakang kepala dan perlu ditekankan adalah simptom gegaran otak.

Umumnya, gegaran adalah trauma kepala yang tidak disertai kerosakan otak menyebabkan kanak-kanak menjadi lemah selama kira-kira 10 minit.

Sekiranya ia terjadi kepada anak, mereka merasai gegaran otak akan secara automatiknya bangun dari tempat jatuh dan pasti mengadu rasa sakit di kepala.

Kanak-kanak berhadapan masalah ini perlu segera mendapatkan rawatan yang betul untuk mengelakkan sebarang komplikasi  berbahaya.

Gangguan otak bukan hanya disebabkan oleh terjatuh, namun ia boleh terjadi sekiranya anda terlalu kerap memukul bahagian kepala anak-anak.

Bahaya yang disebutkan di atas adalah perlu diatasi sehingga kondisi anak selalu dalam keadaan yang sehat tanpa adanya risiko masalah kesihatan.

Menjaga anak ketika bermain dapat mengurangkan risiko kejadian anak terjatuh dengan kepala belakang yang terbentur terlebih dahulu.

Penelitian serta rawatan yang tepat pada anak dapat membantu mengurangkan sebarang komplikasi bahaya yang muncul.

Sumber: Hamil.co.id

Kredit foto: Sumber

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Anak Sering Terjatuh Kepala Dahulu Bukan Perkara Biasa, Mereka Berisiko Gegaran Otak

Baca juga:

https://my.theasianparent.combayi-7-bulan-terjatuh-dari-katil

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Anak Sering Terjatuh Kepala Dahulu Bukan Perkara Biasa, Mereka Berisiko Gegaran Otak
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham