X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kulit Mudah Lebam? JANGAN Ambil Ringan Platelet Rendah Dalam Tubuh, Boleh Maut!

4 min bacaan
Kulit Mudah Lebam? JANGAN Ambil Ringan Platelet Rendah Dalam Tubuh, Boleh Maut!

Walaupun jarang berlaku, trombositopenia yang teruk boleh menyebabkan pendarahan ke dalam otak yang boleh membawa maut!

Tahukah anda tentang risiko platelet rendah dalam badan?

Apabila kulit mengalami luka atau kecederaan, platelet darah akan bergumpal bersama dan membentuk bekuan untuk menghentikan pendarahan.

Namun bagi individu yang mempunyai kadar platelet rendah, tubuh  tidak dapat membentuk bekuan ini, dan menyukarkan proses penyembuhan.

Jangan ingat perkara ini normal ya, ini kerana pendarahan yang tidak berhenti merupakan keadaan kecemasan.

Pernah tak berlaku macam ni? Kalau rasa macam pernah mengalami seperti ini, baca lanjut keterangan di bawah, mana tahu ada tanda lain yang lebih serius.

Apa Itu Trombositopenia @ Platelet Rendah?

platelet rendah

Keadaan kiraan platelet darah rendah juga dikenali sebagai Trombositopenia atau ITP (Idiopathic Thrombocytopenic Purpura). Trombosit (trombosit) adalah sel darah tidak berwarna yang membantu pembekuan darah yang dinyatakan seperti di atas.

Jom kenali lebih lanjut mengenai keadaan platelet rendah ini.

Trombositopenia mempunyai banyak gejala namun gejala bergantung kepada kiraan platelet dalam tubuh.

Kes-kes yang ringan seperti platelet rendah semasa kehamilan biasanya tidak menyebabkan sebarang gejala, berbeza dengan kes yang lebih teruk yang boleh menyebabkan pendarahan yang tidak terkawal.

Jika anda mempunyai kiraan platelet rendah, anda mungkin mengalami:

  1. Lebam merah, ungu, atau coklat yang dipanggil purpura
  2. Hidung berdarah
  3. Pendarahan gusi
  4. Pendarahan tidak berhenti
  5. Ruam dengan titik kecil merah atau ungu disebut petechiae
  6. Haid yang banyak
  7. Pendarahan dari rektum
  8. Berak berdarah
  9. Kencing berdarah
  10. Muntah berdarah @ kehitaman

Dalam kes yang jarang berlaku, keadaan ini boleh mengakibatkan pendarahan di otak. Jika anda mempunyai kiraan platelet rendah dan kerap sakit kepala serta mengalami masalah saraf, beritahu doktor dengan kadar segera!

Rawatan Untuk Platelet Rendah Dalam Darah

platelet dalam darah

Tidak semua orang dengan jumlah platelet yang rendah memerlukan rawatan.

Sesetengah keadaan yang menyebabkan kiraan platelet rendah akhirnya akan pulih dengan sendiri dan kiraan platelet akan kembali ke tahap yang sihat.

Masalah ini boleh didiagnos dengan cara menjalani ujian darah, imbasan ultrasound atau pemeriksaan sumsum tulang dan biopsi.

Sekiranya kes platelet rendah masih ringan dan boleh dikawal, doktor mungkin akan menangguhkan rawatan dan sekadar memantau kesihatan sahaja seperti berikut:

  • Mengelakkan sukan bersentuhan
  • Mengelakkan aktiviti dengan risiko pendarahan atau lebam
  • Mengehadkan penggunaan alkohol
  • Hentikan pengambilan ubatan yang mempengaruhi platelet, termasuk aspirin dan ibuprofen

Dalam sesetengah kes yang lebih teruk, doktor mungkin akan melakukan cara rawatan seperti berikut:

  • Pemindahan darah atau platelet
  • Steroid
  • Globulin imun
  • Kortikosteroid untuk menghalang antibodi platelet
  • Pengambilan ubat yang menyekat sistem imun
  • Pembedahan buang limpa

Apa Yang Menyebabkan Keadaan Ini?

kiraan platelet dalam badan

Trombositopenia boleh diwarisi atau mungkin disebabkan oleh pengambilan sesetengah ubat. Walau apapun puncanya, platelet berkurang mengikut peringkat proses berikut:

#1 Terperangkap di limpa 

Limpa yang mengembang boleh menyebabkan penghasilan platelet terlalu banyak, menyebabkan penurunan bilangan platelet dalam kitaran

#2 Pengurangan penghasilan platelet

Sekiranya penghasilan platelet rendah, ini boleh menyebabkan Trombositopenia. Faktor-faktor yang boleh mengurangkan pengeluaran platelet termasuk:

–Leukemia
-Anemia
-Jangkitan virus, seperti hepatitis C atau HIV
-Ubat kemoterapi
-Penggunaan alkohol berat

#2 Peningkatan kemusnahan platelet

Stories Rakan Kongsi
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
Penyakit Biasa Dalam Kalangan Kanak-Kanak & Vaksinasi-Vaksinasi Penting Untuk Melindungi Daripadanya
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
ROTAVIRUS: Punca Utama Cirit-birit pada Kanak-kanak
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca

Sesetengah keadaan boleh menyebabkan badan anda mengguna atau memusnahkan platelet dengan lebih cepat daripada yang dihasilkan.

Ini membawa kepada kekurangan platelet dalam aliran darah anda. Contoh keadaan seperti: 

  • Kehamilan
  • Trombositopenia imun
  • Bakteria dalam darah
  • Thrombotic thrombocytopenic purpura
  • Sindrom uremic hemolytic.
  • Ubat-ubatan.

Pendarahan dalaman yang berbahaya boleh berlaku sekiranya kiraan platelet jatuh di bawah 10,000 platelet setiap mikroliter. Walaupun jarang berlaku , trombositopenia yang teruk boleh menyebabkan pendarahan ke dalam otak yang boleh membawa maut.

Jika anda rasa ada mengalami beberapa simptom di atas, sila jumpa doktor untuk mendapatkan diagnos dengan segera ya.

Jangan ambil ringan pula, sekurang-kurangnya anda boleh lebih berwaspada.

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Kulit Mudah Lebam? JANGAN Ambil Ringan Platelet Rendah Dalam Tubuh, Boleh Maut!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: healthline/mayoclinic

Baca juga:

https://my.theasianparent.comakibat-kekurangan-vitamin-c

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Kesihatan
  • /
  • Kulit Mudah Lebam? JANGAN Ambil Ringan Platelet Rendah Dalam Tubuh, Boleh Maut!
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

    Apa Itu Cerebral Palsy: Ini Penyebab, Gejala & Faktor Risiko

  • Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

    Daun Salam (Bay Leaf): Kegunaan Dan Khasiat Baik Untuk Pencernaan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham