Bayi Ajaib 'Survive' Tanpa Tempurung Kepala, Biarpun Dijangka Tidak Akan Lama

Bayi Ajaib 'Survive' Tanpa Tempurung Kepala, Biarpun Dijangka Tidak Akan Lama

Bayi tanpa tempurung kepala bukanlah takdir yang mudah bagi ibu ayah untuk menerimanya. Namun, siapa sangka bayi ini telah berjaya meneruskan kehidupannya

Siapa sangka Tuhan menghantar ujian melalui bayi yang anda kandung hampir 9 bulan mengalami masalah  kecacatan bayi tanpa tempurung kepala yang anda sendiri tidak memintanya untuk terjadi.

Apabila melihat sahaja timbul ‘double line’ pada penguji kehamilan, anda pasti teruja menantikan kehadiran cahaya mata yang fizikalnya sempurna dan sihat.

Bayi tanpa tempurung kepala

anak tanpa tempurung kepala

foto: omobola gordon

Begitulah yang dihadapi oleh pasangan ibu ayah yang tabah apabila Omobola Gordon, 25,  mendapati perjalanan kehamilannnya normal seperti ibu yang lain.

Namun, ketika dia melakukan imbasan kandungan minggu ke-20, pihak perubatan berhadapan kesukaran untuk mengukur saiz kepala bayi.

Seterusnya, dia terus merujuk doktor pakar yang mengatakan bahawa bayi berkenaan kelihatan seperti mempunyai pembukaan pada tengkorak kepala.

Omobola yang berasal dari Houston, Texas, diberitahu bahawa bayinya mungkin dilahirkan dengan beberapa kecacatan pada otak atau tengkorak dan dia diberi tawaran untuk penamatan bayi.

Namun, dia dan suaminya, Checotah, 26, enggan berbuat demikian kerana mereka belum mengetahui perkara yang sebenar terjadi pada bayi mereka sehingga lahir.

Pasangan itu perlu melalui pelan penjagaan paliatif pada minggu akhir kehamilan sekiranya anak mereka tidak dapat bertahan lama selepas dilahirkan.

Masih panjang umur

bayi tanpa tulang kepala

foto: Omobola Gordon

Pada 1 Oktober 2018, seorang bayi lelaki bernama Ozzie telah selamat dilahirkan ke dunia dengan berat sebanyak 7lb 5oz.

Pada usianya menjangkau 4 bulan, bayi hebat ini telah berjaya menjalani pembedahan untuk mengeluarkan encephalocele.

Walaupun dia tidak dapat merangkak atau melompat seperti bayi yang lain, Ozzie boleh mengeluarkan bunyi-bunyi comel dan tersenyum dengan semua orang yang bertemu dengannya.

“Perkembangannya agak perlahan. Dia tidak merangkak atau berjalan, tetapi dia dapat menghidupkan suasana dan senyumannya menghangatkan hati setiap orang,” kata Omobola. 

Tambahnya, bayi lelaki ini sangat kuat pada setiap hari biarpun sering mengalami sawan dengan pengambilan ubat-ubatan yang boleh melindunginya.

“Pemeriksaan dan ujian telah dilakukan tidak dapat dipastikan sejauh mana dia dapat bertahan,”

Namun, pendengarannya mungkin normal kerana kami perasan bahawa dia memberi respon dalam apa yang berlaku di sekelilingnya.” katanya.

Bukan itu sahaja, Omobola turut berkongsi mengenai pengalaman yang membantunya untuk keluar dari waktu ”kegelapan”.

Katanya, ketika beberapa bulan pertama kehadiran cahaya mata ini, dirinya sangat lemah dari segi mental dan emosi.

”Saya sering berkongsi cerita dengan orang lain bagi membolehkan diri saya tidak menyimpan perasaan sendirian yang membuatkan tekanan bertambah.”

Ujarnya lagi, dirinya sering mendapat sokongan kasih sayang yang membuatkan lebih tabah untuk mengharungi dugaan membesarkan bayi ajaib ini.

Rupa yang berbeza

kecacatan otak bayi

foto: omobola gordon

Omobola yang hanya seorang suri rumah mendapati anak lelakinya sering mendapat perhatian dari orang sekeliling yang bentuk wajahnya berbeza dari bayi yang lain.

Dia memahami rasa ingin tahu mereka dan berharap anak lelaki ini dapat menjadi contoh bahawa keajaiban sememangnya boleh berlaku.

“Kami faham bahawa orang ramai mungkin ingin tahu dan malu untuk bertanya, kami sentiasa terbuka untuk menjawab soalan tentang bagaimana menjaga sebanyak mungkin bayi yang tiada tempurung kepala ini.”

Bukan itu sahaja, pasangan ini mempunyai ramai kenalan yang memiliki anak-anak istimewa yang sering dijadikan sebagai rujukan dalam membesarkan Ozzie.

Kebanyakan dari mereka mengucapkan perasaan bangga kepada pasangan ini kerana telah memberikan yang terbaik dan mengasihinya seperti anak yang normal.

“Kami sangat berharap dapat memberikannya kehidupan yang terbaik dan berharap agar dia diterima oleh masyarakat tanpa mengira dia kecacatan yang dialami sehingga membuatkannya kelihatan berbeza.

Bukan itu sahaja, Omobola turut berharap bahawa anaknya boleh menyentuh hati orang lain dan menjadi contoh yang keajaiban berlaku.

Anak-anak istimewa layak mendapatkan kasih dan penjagaan yang sama seperti anak-anak yang lain lain.

“Saya hanya mahu keluarga yang mengalami perkara yang sama seperti kami alami untuk mengetahui bahawa mereka tidak bersendirian,”

“Secara peribadinya, kami bergantung kepada Tuhan agar memperoleh kekuatan diri dalam melakukan perkara yang betul ketika mengharungi setiap pancaroba kehidupan,” katanya.

Penyebab bayi lahir tanpa tempurung kepala

St. Louis Children’s Hospital dalam websitenya menjelaskan bahawa keadaan bayi lahir tanpa tempurung kepala di Amerika Serikat boleh terjadi sekitar 3 dari 10 000 kehamilan setiap tahun.

Bayi yang lahir tanpa tempurung kepala belum diketahui penyebab utamanya. Namun, penelitian dari para perubatan mendapati ia berkaitan dengan beberapa faktor iaitu:

  • Kelainan genetik
  • Kurangnya pengambilan asid folik 
  • Berat badan ibu berlebihan
  • Terdedah kepada radiasi
  • Terdedah bahan kimia beracun 
  • Mengambil ubat-ubatan bahaya ketika mengandung
  • Terdedah dengan suhu yang panas seperti sauna atau pernah mengalami demam panas ketika hamil.

Sumber: The Sun, Pop Mama

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Bayi Ajaib 'Survive' Tanpa Tempurung Kepala, Biarpun Dijangka Tidak Akan Lama

Baca juga:

Bayi Maut Sekelip Mata Akibat Kekurangan Asid Folik Seawal Kandungan Ibunya!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner