TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Tragedi Ibu Angkat Terus Tolak Untuk Bela Bayi Istimewa Ini Lepas Melihatnya...

23 Oct, 2017
Tragedi Ibu Angkat Terus Tolak Untuk Bela Bayi Istimewa Ini Lepas Melihatnya...

Ibu ini sangka keluarga angkat akan menjaga anaknya dengan sehabis baik. Tapi lepas melihat bayi istimewa ini, ibu angkat itu tak mahu langsung membelanya!

Kelahiran seorang bayi yang istimewa

Sebelum bayi yang bernama Abigail Lynn Fischer ini lahir lagi, ibu kandungnya telah memutuskan untuk memberi beliau pada keluarga angkat.

Ia keputusan yang paling sukar buat ibu tersebut, Christina Fisher. Tapi dia tiada pilihan lain. 

Dia tiada tempat duduk, malah hanya tinggal di tempat parking trailer tanpa pendapatan tetap dan tidak menerima sebarang kos sara diri dari si suami.

Jadi, Christina tahu anak yang dikandungnya pasti akan dijaga dengan lebih baik jika beliau dibela oleh keluarga lain.

Satu hari, Christina menjumpai sebuah keluarga yang sesuai untuk Abigail, menerusi pencarian agensi.

Sejak itu, dia kerap kali memberi mereka gambar ultrasound dan maklumat terkini tentang kandungannya.

bayi istimewa

Kredit: Oksana Peery

Ibu angkat terus menolak Abigail

Christina dimasukkan ke wad bersalin pada 6 Januari lalu. Keluarga angkat tersebut pantas meluru ke hospital untuk menemani Christina.

Namun selepas selesai proses bersalin dan ibu angkat tersebut memandang Abigail, dia menangis dan terus tidak jadi untuk mengambil Abigail sebagai anak angkat!

Semuanya gara-gara bayi istimewa itu “tidak cukup sifat”. Ya Allah, kasihannya!

Tragedi Ibu Angkat Terus Tolak Untuk Bela Bayi Istimewa Ini Lepas Melihatnya...

Kredit: Oksana Peery

Christina yang tersentak dengan keputusan ibu angkat terbabit pantas memeluk dan nekad untuk menjaga anaknya itu.

Dia dipetik mengatakan –

“Ketika itu baru saya sedar, Abigail adalah anak saya. Saya akan menjaganya. Saya tak dapat bayangkan hidup saya tanpanya…”

Bayi istimewa yang lahir dengan masalah genetik

Abigail dilahirkan dengan satu masalah kelahiran yang jarang sekali berlaku. Ia dikenali sebagai sindrom Treacher Collins. 

Masalah genetik ini boleh terjadi sekali dalam setiap 50,000 kelahiran dan ia tidak boleh dikesan melalui sebarang ujian atau ultrasound.

Tragedi Ibu Angkat Terus Tolak Untuk Bela Bayi Istimewa Ini Lepas Melihatnya...

Kredit: Oksana Peery

Sebab itu Christina mahupun ibu angkat tersebut tidak mengetahui tentang masalah genetik yang dihidap Abigail.

Menurut Genetics Home Reference, sindrom Treacher Collins menjejaskan perkembangan tulang dan tisu muka bayi baru lahir.

Bayi yang lahir dengan sindrom ini akan menghadapi masalah pendengaran mahupun penglihatan kerana saluran telinga dan mata mereka tidak berkembang dengan sewajarnya.

Namun kini, bayi istimewa itu selamat dalam pelukan ibu kandungnya. Christina amat berbangga dengan Abigail. 

Sebab itu dia menyuruh seorang jurugambar terkenal untuk menangkap koleksi foto antara dirinya dan Abigail agar dijadikan kenangan!

Tragedi Ibu Angkat Terus Tolak Untuk Bela Bayi Istimewa Ini Lepas Melihatnya...

Kredit: Oksana Peery

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Awww, comel sungguh bayi ini. 

Kini, Christina telah membuka halaman GoFundMe untuk mengumpul dana bagi membantu dirinya membeli baju, lampin dan pelbagai perkakas keperluan bayi yang lain.

Sifat dermawan masyarakat telah membuatkan Christina berjaya mengumpul sejumlah $22,000 hingga sekarang.

Abigail sudah masuk usia 10 bulan. Beliau dijaga oleh ibu kandungnya dengan penuh kasih sayang.

Kami di theAsianparent amat berbangga dengan Christina dan bayi istimewa ini. Semoga mereka sentiasa dilindungi oleh Tuhan. Amin.

Artikel ini telah disumbang oleh theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comlynlee-hope-bayi-istimewa-yang-dilahirkan-ke-dunia-sebanyak-dua-kali/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Anak angkat
  • /
  • Tragedi Ibu Angkat Terus Tolak Untuk Bela Bayi Istimewa Ini Lepas Melihatnya...
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham