X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Kerusi Tinggi Bayi Kena Selamat, Bayi Boleh Jatuh Kalau Tak Ikut Tips Ini!

4 min bacaan
Kerusi Tinggi Bayi Kena Selamat, Bayi Boleh Jatuh Kalau Tak Ikut Tips Ini!

Suatu hari, si manja pasti akan membesar dan akan mula belajar makan sendiri. Pada waktu ini, mereka juga perlu belajar duduk di tempat sendiri menggunakan kerusi tinggi untuk melatih mereka berdikari ketika waktu makan. Tetapi, pastikan keselamatan anak diutamakan ketika menggunakan kerusi tinggi dengan tips-tips ini.

Waktu makan antara ibu, ayah dan si manja sebagai satu keluarga adalah waktu yang baik untuk mengakrabkan lagi hubungan kekeluargaan. Tetapi, dengan peningkatan usia bayi, kerusi baby duduk iaitu high chair perlu ada ciri keselamatan! 

Tips Memastikan Keselamatan Anak Ketika Menggunakan Kerusi Tinggi Bayi

kerusi baby duduk Foto: Mario Kids

Sebelum itu, anda perlulah mengetahui kecederaan-kecederaan yang biasa berlaku apabila menggunakan kerusi tinggi. Bukan niat kami untuk menakut-nakutkan anda, tetapi kami hendak anda lebih berwaspada supaya dapat mengelak situasi malang.

Antara kecederaan yang boleh berlaku sekiranya kerusi tinggi anak anda tidak dipasang dengan betul atau berada di tempat yang tidak sesuai, salah satu antara beberapa kecederaan ini boleh berlaku:

  • Kecederaan kepada kepala
  • Gegaran pada otak (concussion)
  • Kecederaan pada leher
  • Luka-luka
  • Patah tulang
  • Kecederaan pada mulut dan patah gigi (jatuh di atas muka)

Walaupun begitu, si manja anda bukan berisiko untuk jatuh sahaja apabila berada di atas kerusi baby duduk. Mereka juga boleh secara tidak sengaja mencederakan diri sendiri dengan barangan yang berada di atas atau berdekatan kerusi tersebut. Seperti:

  • Tercekik pada barangan kecil yang berada berdekatan
  • Melecur akibat makanan atau minuman panas
  • Tercedera akibat objek tajam yang tidak disimpan elok
  • Menterbalikkan kerusi tinggi apabila kaki mereka menyepak-nyepak
  • Terkepit jari pada ruang-ruang kecil kerusi tinggi

Oleh sebab itu, ibu dan ayah perlu mengambil inisiatif dengan mengaplikasikan tips-tips ini sebelum meletakkan si manja pada kerusi tinggi.

  • Cari tapak yang luas. Kerusi tinggi tentulah mempunyai kaki kerusi yang memanjang, jadi anda perlulah mencari ruangan yang luas bagi merapatkan kerusi dengan titik graviti supaya kerusi tersebut tidak mudah terbalik walaupun si manja menendang-nendang kaki mereka.
  • Kunci kerusi tinggi anda. Pastikan kerusi tinggi anak anda tidak akan bergerak. Sebelum meletakkan bayi, anda boleh cuba menolak high chair untuk menguji jika ia mudah jatuh. Sekiranya kerusi tinggi si manja mempunyai tayar untuk kemudahan pergerakan, pastikan tayar tersebut dikunci.

kerusi baby duduk

  • Memakai tali pinggang keselamatan. Setiap kerusi tinggi pasti mempunyai tali keselamatan untuk memastikan si manja dikemaskan pada kerusi tersebut. Setiap kali menggunakan high chair, pastikan anda mengikat mereka dengan tali keselamatan supaya mereka tidak boleh bergoyang-goyang untuk keluar.
  • Memastikan kedudukan kerusi. Jangan terlalu dekatkan kerusi dengan meja makan sekiranya terdapat objek-objek yang boleh menjadi merbahaya kepada si kecil seperti pisau pemotong daging stik atau makanan serta minuman yang panas.
  • Jangan tinggalkan bayi sendirian. Walaupun si manja kelihatan selamat ketika berada di dalam high chair, wajar untuk anda TIDAK meninggalkan mereka bersendirian kerana kemalangan boleh berlaku bila-bila sahaja jika tidak berwaspada.

Tetapi, adakah bagus jika ibu dan ayah menggunakan high chair ntuk mendidik si manja makan sendiri?

Apakah Kebaikan Kerusi Baby Duduk?

kerusi baby duduk

  • Memberi keselesaan pada anak. Kerusi tinggi datang dalam pelbagai rekabentuk dan saiz, dan ia direka untuk memberi keselesaan kepada si manja anda ketika waktu makan. Sesetengah high chair memberikan sensasi seperti didakap, jadi si manja tidaklah merengek hendak melekat bersama anda sepanjang waktu makan.
  • Mengajar anak makan sendiri. Lama kelamaan, dengan peningkatan usia anak, mereka perlu belajar menyuap makanan sendiri dan kerusi tinggi bagus untuk menggalakkan anak untuk makan sendiri, terutamanya jika kerusi mereka berada pada kedudukan yang tidak terlalu dekat dengan ibu dan ayah.
  • Memberi kesan kepada cara pembawakan anak. Apabila si manja mula menginjak usia 6 bulan, mereka lebih peka akan persekitaran sekeliling. Jadi, dengan meletakkan anak di high chair untuk makan sendiri sambil melihat ahli keluarganya berbual dan berkomunikasi, si manja secara tidak langsung akan mula belajar berkomunikasi dan bersosial juga ketika waktu makan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Mum Loves Best, Love n Care

Stories Rakan Kongsi
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Zaman Kanak-Kanak Yang Seimbang Dalam Era Digital - Pasti Boleh!
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul
Tanya Pakar: Bagaimana Untuk Memilih Sabun Pencuci Tangan untuk Anak-Anak dan Amalan Mencuci Tangan Yang Betul

Baca juga: Keselamatan & Kesihatan Anak Sama Penting, Ini Cara Nak Pastikan Anak Sentiasa Sihat dan Selamat di Rumah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Kerusi Tinggi Bayi Kena Selamat, Bayi Boleh Jatuh Kalau Tak Ikut Tips Ini!
Kongsikan:
  • Jom Biasakan Si Manja Duduk Di Kerusi Baby Untuk Makan Dari 6 Bulan, Pilih Dari 9 Pilihan Terbaik Ini!

    Jom Biasakan Si Manja Duduk Di Kerusi Baby Untuk Makan Dari 6 Bulan, Pilih Dari 9 Pilihan Terbaik Ini!

  • Bayi Yang Disuap Makan Oleh Ibunya Lebih Mudah Bertambah Berat Badan!

    Bayi Yang Disuap Makan Oleh Ibunya Lebih Mudah Bertambah Berat Badan!

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Jom Biasakan Si Manja Duduk Di Kerusi Baby Untuk Makan Dari 6 Bulan, Pilih Dari 9 Pilihan Terbaik Ini!

    Jom Biasakan Si Manja Duduk Di Kerusi Baby Untuk Makan Dari 6 Bulan, Pilih Dari 9 Pilihan Terbaik Ini!

  • Bayi Yang Disuap Makan Oleh Ibunya Lebih Mudah Bertambah Berat Badan!

    Bayi Yang Disuap Makan Oleh Ibunya Lebih Mudah Bertambah Berat Badan!

  • Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

    Rambut Gugur Selepas Melahirkan Anak? Atasi Masalah Ini Dengan Serum Rambut Terbaik!

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.