Apabila anak cukup umur dan boleh mula mengambil makanan pejal, terdapat ibu-ibu yang kurang pasti cara untuk mengatur jadual makanan untuk bayi 6 bulan sampai 1 tahun.
Jangan bimbang, kami di theAsianparent sedia membantu. Ibu-ibu pasti sudah biasa dengan corak penyusuan anak, kerana untuk 6 bulan pertama anak hanya bergantung kepada susu untuk mendapat nutrien.
Tapi kini, anda akan mula menggabungkkan jadual makanan pejal dengan perlahan-lahan bersama dengan jadual penyusuan pula.
Makanan untuk bayi 6 bulan sampai 1 tahun: Antara makanan pejal dengan susu
Makanan untuk bayi 6 bulan sampai 1 tahun memastikan bayi anda tidak kekurangan zat besi yang penting untuk perkembangannya.
Apabila bayi anda berusia 6 bulan, dia akan memerlukan lebih banyak zat besi yang tidak dapat diperolehi dari susu saja. Inilah sebab utama mengapa makanan pejal diperkenalkan.
Ibu bapa boleh mula dengan 1 sajian sehari sebagai permulaan, contohnya semasa waktu makan tengah hari saja.
Kekerapan ini boleh ditambah dengan perlahan-lahan sehingga bayi anda makan sebanyak 3 kali sehari. Sementara itu, susu ibu masih perlu diberikan mengikut jadual biasa, iaitu setiap 2 – 3 jam, atau mengikut permintaan bayi.
Apabila memperkenalkan makanan baru, mula dengan 1 bahan sahaja selama 3-5 hari berturut-turut. Tujuan ini, ialah untuk melihat jika bayi anda mempunyai sebarang alahan terhadap makanan tertentu.
Misalnya, ibu bapa boleh mula dengan bubur nasi yang ditambah dengan susu ibu untuk 3 hari pertama.
Selain menyediakan makanan untuk bayi 6 bulan sampai 1 tahun, ibu masih digalakkan untuk menyusu mengikut permintaan anak.
Tapi janganlah sehingga bubur itu terlalu cair ya! Ibu bapa boleh memberi bubur yang lebih pekat apabila anak tidak menghadapi masalah untuk menelan.
Bayi juga perlu belajar untuk mengunyah walaupun belum mempunyai gigi dan juga untuk menggunakan lidahnya.
Pada dasarnya, kita ingin membiasakan anak untuk mengikut jadual makanan orang dewasa. Sebab itu penting untuk ibu mengatur jadual pemakanan bayi 6 bulan.
Ini terdiri dari sarapan pagi, snek pagi, makan tengahari, snek petang, dan makan malam.
Berikut adalah panduan untuk menguruskan jadual makanan untuk bayi 6 bulan sampai 1 tahun.
Panduan mengatur jadual makanan bayi
Untuk bayi 6 bulan
- Susu ibu – seperti jadual biasa atau mengikut permintaan bayi.
- Bubur nasi– 1 kali untuk 3-5 hari pertama. 2 kali pada minggu berikutnya, kemudian tingkatkan sehingga 3 kali. Kemudian, secara beransur-ansur, tambahkan bahan lain seperti sup stok ayam, kuning telur, puri sayuran ke dalamnya.
Ibu bapa boleh tengok contoh bahan yang boleh ditambah ke dalam bubur anak dalam Resepi bubur, stok ayam dan makanan puri yang bagus untuk bayi 6 bulan.
- Puri buah atau/dan snek yang berupa biskuit bayi yang dilenyek bersama susu ibu – 1 kali.
Untuk bayi 7-8 bulan
Alpukat adalah buah yang kaya dengan lemak baik dan pilihan baik sebagai makanan untuk bayi 6 bulan sampai 1 tahun. Sumber gambar: Youtube
- Susu ibu – mengikut permintaan bayi.
- Bubur yang lebih likat– 3 kali. Sama seperti bubur yang diberikan ketika berusia 6 bulan, bubur ini boleh ditambah dengan pelbagai bahan makanan lain supaya si manja anda mendapat nutrisi yang lengkap. Ibu bapa juga boleh mula memberi sedikit daging cincang, selain stok sup ayam. Untuk contoh resipi lain, layar di sini.
- Buah dan/atau snek biskuit bayi – 2 kali. Buah yang diberi tidak perlu dipuri hingga halus lagi. Sebaliknya pilihlah buah yang lembut seperti pisang, betik dan alpukat yang dipotong kecil-kecil yang boleh disuap dengan susu kecil.
Untuk bayi 9-11 bulan
- Susu ibu – mengikut permintaan bayi.
- Bubur / nasi lembut / Pasta / Noodle – 3 kali.
- Finger food (makanan yang dipotongan kecil sehingga dapat diambil sendiri oleh bayi) misalnya buah, sayuran, roti, kentang, dll – 2 kali sebagai snack dan sarapan.
Pada usia ini bayi sudah pandai mengunyah dan giginya juga makin kuat. Jadi hidangkan juga pasta atau mee, menu makanan bayi. Namun jika bayi mengalami kesukaran mengunyahnya dalam saiz biasa, anda boleh potong atau blend mee atau pasta berikut.
Semoga bermanfaat.
Sumber: theAsianparent Indonesia, Parents
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Makanan Yang Dilarang Untuk Bayi Dibawah 1 Tahun
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!