X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Resepi Creamy Vege Soup Yang Sedap, Sesuai Untuk Pikat Selera Si Kecil Makan Sayur

4 min bacaan
Resepi Creamy Vege Soup Yang Sedap, Sesuai Untuk Pikat Selera Si Kecil Makan Sayur

Resepi bubur bayi 7 bulan ini amat mudah untuk ibu sediakan di rumah. Bukan itu sahaja, ia menjadi cara dalam memastikan anak mendapat nutrisi sayur-sayuran

Keterujaan menyediakan hidangan untuk bayi yang sudah mula makan makanan pejal memang tidak dapat disangkal. Jika anda tercari-cari resepi sihat, kali ini kami ingin berkongsi resepi bubur bayi 7 bulan serta cara mudah untuk memastikan anak-anak makan sayur.

Namun harus diingat – sebelum memberi bayi anda menu ini, pastikan mereka sudah lulus ujian tidak alergi terhadap semua bahan yang digunakan di dalam resipi ini.

Jom kita lihat apakah resepi resepi bubur bayi 7 bulan seperti yang dikongsikan ibu ini, Nor Fikrah.

Resepi bubur bayi 7 bulan- Cara mudah bagi anak makan sayur

“Anak kecil memang susah sangat nak makan sayur, kan?
Kadang-kadang masak sup sayur mesti sayur dikuis letak tepi pinggan,tak berusik pun!

Harini, saya nak tunjuk resepi yang diadaptasi dari kakak pogo a.k.a Puan Lily Moha,
dietitian yang tak lokek ilmu nya..”

Bahan-bahan yang diperlukan untuk resepi bubur bayi 7 bulan: 

  • 1 batang leeks dipotong nipis
  • 1/2 batang lobak merah dipotong dadu
  • 2 biji kentang dipotong dadu
  • 3 sudu besar yogurt
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 1/2 sudu kecil oregano
  • Sedikit garam (hanya untuk anak yang berumur 1-2tahun ke atas serta gunakan garam belum di luntur menjadi putih)
  • Sedikit minyak masak untuk menumis
  • 2 cawan air rebusan ayam
  • 1/2 cawan air

Cara-cara memasak resepi bubur bayi 7 bulan:

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih

  2. Masukan oregano

    resipi bayi 7 bulan, resipi bayi, resepi bubur bayi 7 bulan, makanan untuk bayi, resipi makanan bayi, masak untuk bayi, bayi, makanan bayi, ibu, tip ibu, makanan sihat, pemakanan sihat, resipi ringkas

  3. Tambahkan 2 cawan air rebusan ayam

  4. Masukkan sayur

    resipi bayi 7 bulan, resipi bayi, resepi bubur bayi 7 bulan, makanan untuk bayi, resipi makanan bayi, masak untuk bayi, bayi, makanan bayi, ibu, tip ibu, makanan sihat, pemakanan sihat, resipi ringkas

  5. Tambah setengah cawan air dan masak hingga sayur sedikit lembut

    resipi bayi 7 bulan, resipi bayi, resepi bubur bayi 7 bulan, makanan untuk bayi, resipi makanan bayi, masak untuk bayi, bayi, makanan bayi, ibu, tip ibu, makanan sihat, pemakanan sihat, resipi ringkas

  6. Bila sayur sudah lembut, tambah yogurt dan perasa dengan sedikit garam. Didihkan sekejap kemudian tutup api dan sejukkan sebentar.

    resipi bayi 7 bulan, resipi bayi, resepi bubur bayi 7 bulan, makanan untuk bayi, resipi makanan bayi, masak untuk bayi, bayi, makanan bayi, ibu, tip ibu, makanan sihat, pemakanan sihat, resipi ringkas

  7. Apabila dah suam sedikit,bolehlah kisar hingga hancur.

    resipi bayi 7 bulan, resipi bayi, resepi bubur bayi 7 bulan, makanan untuk bayi, resipi makanan bayi, masak untuk bayi, bayi, makanan bayi, ibu, tip ibu, makanan sihat, pemakanan sihat, resipi ringkas

  8. Siap! Sesuai juga dimakan dengan nasi, roti atau pasta mengikut umur anak.

    resipi bayi 7 bulan, resipi bayi, resepi bubur bayi 7 bulan, makanan untuk bayi, resipi makanan bayi, masak untuk bayi, bayi, makanan bayi, ibu, tip ibu, makanan sihat, pemakanan sihat, resipi ringkas

resipi bayi 7 bulan, resipi bayi, resepi bubur bayi 7 bulan, makanan untuk bayi, resipi makanan bayi, masak untuk bayi, bayi, makanan bayi, ibu, tip ibu, makanan sihat, pemakanan sihat, resipi ringkas

Menurut ibu Nor Fikrah, menu yang dipanggil creamy vege soup ini kaya dengan pelbagai khasiat. Antaranya ialah:

Leeks: 

  • tinggi dengan serat yang membantu melancarkan proses pengahadaman.
  • tinggi dengan asid folik, niacin, riboflavin, magnesium and thiamin yang bagus untuk menaikan hemoglobin .
  • tinggi dengan allicin yang bertindak sebagai antiviral dan antifungus.

Lobak merah:

  • kaya dengan beta-karotin yang bagus untuk mata.

Ubi kentang:

  • Tinggi dengan folat yang bagus untuk pembentukan sel darah merah.

Tips menjadikan waktu makan bersama anak lebih mudah

Menurut perkongsian oleh pakar pemakanan, Puan Fizah Sobri, ada beberapa petua untuk mengatasi masalah anak memilih makanan yang dihadapi oleh kebanyakan ibu pada hari ini.

  •  Menjaga waktu makan

Jangan lebih dari 25 minit. Lagi lama sebenarnya lagi susah untuk anak menghabiskan makanan dalam pinggan mereka. Bukan itu sahaja, ibu juga dinasihatkan melihat perubahan perangai anak.

Sekiranya waktu awal si manja sudah berubah mood, maksudnya persekitarannya tidak sesuai untuk menikmati makanan. Mungkin disebabkan oleh rasa mengantuk, merajuk atau baru lepas kena marah ibu.

Jika waktu awal mood okay, kemudian tiba-tiba jadi tidak okay. Maksudnya ada kaitan dengan menu yang dihidangkan. Adakah menarik? atau ada benda lain mengalih perhatian anak seperti telefon pintar atau televisyen.

  • Makan bersama

Jangan biarkan si manja anda makan keseorangan di meja. Ibu ayah perlu duduk dan makan bersama-sama agar anak lebih berselera.

  • Pelbagaikan warna di atas pinggan

Yang mana lebih menarik, nasi sup kosong dengan ayam goreng sahaja atau nasi goreng bersama sup sayur dan dipadankan lagi dengan buah-buahan?

  • Makan on time

Jadual makan yang konsisten dan waktu yang sama setiap hari akan membuatkan si manja berasa lapar pada masa sepatutnya.

  • Jangan ada gajet di meja

Tutup televisyen, tutup ipad dan telefon pintar. Elakkan ada gangguan lain ketika waktu makan si manja. Jadikan ia sebagai waktu keluarga yang amat bermakna.

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Sumber: Nor Fikrah, #resepimamafik

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Biskut Homemade Untuk Bayi Gatal Gusi & Baru Tumbuh Gigi Tanpa Gula, Garam

Baca juga: Resepi Bekal Makanan Bayi Untuk Ke Rumah Pengasuh, Ibu Bekerja Pun Sempat Buat!

Baca juga: Resepi Berkhasiat Fluffy Egg Rice, Sesuai Untuk Si Manja Yang Tak Suka Makan Nasi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Resepi Creamy Vege Soup Yang Sedap, Sesuai Untuk Pikat Selera Si Kecil Makan Sayur
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham