X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Selain Naik Ruam & Gatal-Gatal, Ini Tanda Bayi Alergi Makanan Yang Ibu Kena Waspada

4 min bacaan
Selain Naik Ruam & Gatal-Gatal, Ini Tanda Bayi Alergi Makanan Yang Ibu Kena Waspada

Si manja anda kini sudah berusia 6 bulan dan bersedia menikmati makanan pejal? Ibu jangan begitu teruja, perhatikan tanda-tanda bayi alergi makanan ini!

Ketika bayi sudah melangkah usia 6 bulan, ini bermakna si manja sudah bersedia untuk menikmati makanan pejal. Meskipun saat ini yang paling ditunggu-tunggu oleh ibu, anda juga perlu memerhatikan beberapa tanda bayi alergi makanan.

Perkara paling utama ibu kena tekankan adalah hanya memberikan bubur kosong tanpa gula dan garam, elakkan terlalu obses dengan puri buah-buahan kerana ia boleh menyebabkan anak menjadi memilih untuk makan (picky eater). Si kecil anda memerlukan masa bagi merasai makanan memandangkan sebelum ini dia hanya minum susu sahaja!

Baca juga: Bahaya Telur Jika Diberi Setiap Hari Pada Anak, Jangan Berlengah Jika Muncul Ruam Merah Ini

Tanda bayi alergi makanan yang para ibu perlu teliti

tanda bayi alahan makanan

credit to sources

Tidak dinafikan dalam keterujaan anda memperkenalkan makanan pejal kepada si manja, ia boleh cenderung menyebabkan beberapa tanda bayi alergi makanan.

Menurut pakar alergi dari Hassenfeld Children’s Hospital, Dr Sujan Patel menjelaskan bahawa masalah ini biasanya akan terjadi dalam tempoh 2 jam pertama setelah sesuatu makanan diberikan.

Disebabkan oleh si manja masih belum dapat berbicara dan memberitahu ibu mengenai keadaan tubuhnya, maka andalah yang perlu memerhatikan tanda-tanda bayi alahan makanan setiap kali memperkenalkan jenis makanan baru untuknya.

Berikut beberapa gejala bayi alergi makanan yang umum terjadi:

#1. Berlaku perubahan pada kulit

Perubahan pada kulit bayi menjadi salah satu tanda yang paling mudah untuk ibu melihatnya ketika si manja mengalami alergi terhadap makanan. 

Antara tanda lainnya ialah gatal-gatal, naik ruam dan kulit kemerah-merahan terutamanya di sekitar bahagian mulut serta mata. Reaksi anak alahan terhadap makanan juga boleh menyebabkan pembengkakkan pada bibir, lidah dan tekak.

Sekiranya ia berlaku agak teruk, keadaan ini boleh menyebabkan bayi mengalami kesukaran untuk bernafas. Kesan yang paling dibimbangi adalah bayi berubah menjadi kebiruan dan boleh mengancam nyawa.

Jika beberapa perkara ini terjadi, ada baiknya ibu segera ke unit kecemasan bagi mendapatkan rawatan yang sesuai.

#2. Anak menjadi lebih cerewet

Bayi anda mungkin akan menjadi lebih cerewet dari biasa setelah diberikan makanan yang baru pertama kali dicubanya, justeru ini mungkin menjadi petanda bahawa si manja alergi dengan makanan tersebut.

”Bayi mungkin menjadi cerewet dan menolak untuk makan kerana ia membuatkannya tidak selesa,” jelas penasihat Food Allergy Research & Education, Dr. Thomas Casale.

bayi alahan makanan

credit to sources

Manakala sesetengah bayi sememangnya memiliki kebiasaan untuk makan sendiri menggunakan tangan, namun jika perkara ini tidak terjadi kepada si manja anda, ini mungkin juga menjadi simptom bayi alergi terhadap makanan.

Dalam keadaan lain, anda juga boleh melihat perilaku si manja tiba-tiba berubah seperti menggeluarkan makanan, menjelir lidah dan suaranya menjadi lebih serak dari biasa.

#3. Gangguan pernafasan dan pencernaan

Ketika anak mengambil sesuatu makanan yang boleh menjadi penyebab alergi, ia turut berupaya menganggu sistem pencernaan si manja dengan pelbagai cara berbeza.

Si manja anda mungkin mengalami sakit perut, mual, muntah, cirit birit sehingga membuatkannya tidak selesa. Gejala lainnya seperti hidung tersumbat, bersin hingga batuk ringan boleh kelihatan seperti gejala demam.

Jika anak mengalami reaksi lebih teruk, tekanan darah boleh turun secara tiba-tiba sehingga menyebabkan kejutan anafilaksis dan mengancam nyawa. 

Antara makanan yang paling biasa menyebabkan alahan makanan adalah telur, kacang tanah, susu dan kekacang yang lain seperti badam, walnut serta hazel. Statistiknya ialah:

makanan bayi alergi

credit to sources

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
  • Kacang tanah: Sehingga 2 peratus kanak-kanak
  • Telur: Kira-kira 2 peratus kanak-kanak di bawah usia 3 tahun
  • Susu: Antara 1.6 peratus dan tujuh peratus pada bayi

Bolehkah jika ibu ayah menghalang masalah anak alahan makanan?

Tiada bukti yang mengatakan bahawa makanan semasa kehamilan atau menyusu memberikan kesan sampingan terhadap bayi sehingga mengalami alahan makanan.

Bukan itu sahaja, ini tidak bermakna si manja anda perlu dielakkan dari mengambil makanan tersebut sampai bila-bila. Meskipun tiada bukti yang jelas, khasiat yang ada dalam susu ibu dan tempoh penyusuan sekurang-kurangnya 6 bulan atau lebih mampu mengurangkan risiko ini.

Justeru, ibu ayah jangan risau kerana alahan terhadap makanan boleh hilang dengan sendirinya seiring dengan peningkatan usia si manja. Dianggarkan kira-kira 90 peratus kanak-kanak hilang masalah alergi terhadap susu lembu dan telur, manakala kira-kira 10-20 peratus bebas dari alahan kacang tanah.

Jadi, berbincang dan ikutilah nasihat pakar pemakanan bagi mengelakkan makanan pencetus masalah ini. Berhati-hati dalam memilih makanan harian dan pastikan anda sediakan ‘stok’ ubat sekiranya keluar bercuti.

Sumber: Orami, babycenter

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Selain Naik Ruam & Gatal-Gatal, Ini Tanda Bayi Alergi Makanan Yang Ibu Kena Waspada
Kongsikan:
  • Gara-Gara Kerap Guna Tisu Lembap Pada Bayi, Kulit Terus Naik Alahan Teruk! Hati-Hati Ya Ibu

    Gara-Gara Kerap Guna Tisu Lembap Pada Bayi, Kulit Terus Naik Alahan Teruk! Hati-Hati Ya Ibu

  • Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Lepas Guna Ubat Gigi Yang Ada Tindak Balas Pada Alahan

    Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Lepas Guna Ubat Gigi Yang Ada Tindak Balas Pada Alahan

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

  • Gara-Gara Kerap Guna Tisu Lembap Pada Bayi, Kulit Terus Naik Alahan Teruk! Hati-Hati Ya Ibu

    Gara-Gara Kerap Guna Tisu Lembap Pada Bayi, Kulit Terus Naik Alahan Teruk! Hati-Hati Ya Ibu

  • Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Lepas Guna Ubat Gigi Yang Ada Tindak Balas Pada Alahan

    Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Lepas Guna Ubat Gigi Yang Ada Tindak Balas Pada Alahan

  • Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

    Anak Kuat Menangis Walaupun Sudah Menyusu & Tukar Lampin? Dia Mungkin Hidap Colic!

  • Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?
    Stories Rakan Kongsi

    Apa Itu Cacar Air & Kenapa Kita Perlu Melindungi Anak Daripadanya?

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.