X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Buat Check-up Kandungan Di Klinik Kerajaan Atau Klinik Swasta, Mana Yang Lebih Baik?

5 min bacaan
Buat Check-up Kandungan Di Klinik Kerajaan Atau Klinik Swasta, Mana Yang Lebih Baik?Buat Check-up Kandungan Di Klinik Kerajaan Atau Klinik Swasta, Mana Yang Lebih Baik?

Pemeriksaan ibu hamil atau check up kehamilan semasa di awal hingga hujung kehamilan adalah penting bagi memastikan perkembangan bayi normal

Apabila tahu diri sedang mengandung, tentunya soalan pertama yang bermain di fikiran adalah tempat untuk melakukan pemeriksaan ibu hamil sama ada di klinik swasta atau Klinik Kesihatan Kerajaan. Masing-masing ada kelebihan sendiri, semuanya bergantung kepada kesenangan anda.

Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Pemeriksaan ibu hamil, ramai memilih klinik swasta
  • Ada ibu yang gemar buat pemeriksaan ibu hamil di klinik kesihatan kerajaan
  • Perbezaan pemeriksaan ibu hamil di klinik kerajaan atau swasta

Kami ada terima dalam posting yang dimuat naik pada minggu lepas tentang checkup kehamilan ini. Posting yang diajukan ini mendapat 46 likes dan 85 maklum balas dari pengguna aplikasi theAsianparent.

Pemeriksaan ibu hamil, ramai ibu memilih klinik swasta berbanding kerajaan

Sebelum pergi lebih jauh, kami ingin bertanya adakah anda sudah download aplikasi theAsianparent? Ini kerana ada banyak informasi, panduan dan artikel yang anda boleh tahu malah ia jauh lebih mudah buat anda!

Bahkan jika ada banyak soalan dan rasa sangsi tentang perkembangan atau kehamilan, maka anda boleh secara terus bertanyakan soalan kepada para ibu, ayah dan pakar yang berpengalaman tentang hal itu. Mana tahu, sedikit sebanyak anda boleh berkongsi ilmu dengan mereka.

pemeriksaan ibu hamil

Menurut salah seorang pengguna aplikasi theAsianparent yang menggunakan nama Puan Arin, dia memilih hospital swasta untuk pemeriksaan ibu hamil kerana di sana mempunyai doktor pakar.

Malah, ibu yang mempunyai masalah kesihatan akan rasa lebih selesa dan boleh memilih masa yang sesuai untuk check up. Namun, anda perlu menyediakan sejumlah wang untuk check up setiap bulan.

Manakala itu, ibu bernama Elfinahlis Mabang pula mengatakan dia check up kehamilan di kedua-duanya iaitu scan di klinik swasta manakala check up di klinik kerajaan.

Walau bagaimanapun katanya lagi, ia bergantung kepada kewangan anda kerana keduanya adalah sama cuma ibu wajib buka buku pink di klinik kerajaan.

Bagi Mama Cikin pula, dia lebih prefer swasta kerana tak perlu ambil cuti bahkan di sebelah malam atau hujung minggu juga boleh melakukan check up. Lagi pula, dia sudah biasa dengan seorang doktor ini sejak anak pertama lagi.

Apa yang lebih menyeronokkan, pelbagai soalan boleh diajukan yang berbeza dengan doktor kerajaan di mana perlu melayan ramai pesakit lain.

Ada juga ibu gemar buat pemeriksaan ibu hamil di klinik kesihatan kerajaan

pemeriksaan kandungan

Bagi pendapat Lora Bte Madiwi pula, dia memilih klinik kerajaan kerana cepat jika datang awal di sebelah pagi. Bahkan, pemeriksaan kehamilan juga lebih details.

Jika ada sebarang masalah, jururawat akan terus rujuk kes pada doktor. Malah, jika ibu sudah masuk  ke trimester ketiga ibu perlu hadir setiap minggu untuk melakukan check up. Dari situ, ibu boleh pantau perkembangan bayi dari dalam kandungan.

Berbeza pula dengan Khadijah Ahmad Bakari yang memberi sedikit komen negatif tentang klinik kerajaan dengan mengatakan dia hanya diperiksa ala kadar dan scan juga tidak terang. Apabila tidak berpuas hati, dia akan berjumpa dengan doktor di klinik lain supaya tahu keadaan kandungannya.

Liah Man pula memuji Klinik Kerajaan yang bagus dari segi check up kehamilan kerana lebih lengkap terutama tentang kesihatan ibu semasa mengandung. Namun, ibu semua perlu lebih bersabar kerana  turn menunggu yang agak lama.

Perbezaan pemeriksaan ibu hamil di klinik kerajaan dan swasta 

Ini antara kelainan jika anda melakukan pemeriksaan di klinik kerajaan mahupun swasta. Baca dahulu sebelum membuat keputusan ya.

#1. Prosedur buka buku kehamilan

Klinik kerajaan - Pertama kali melakukan check up di klinik kerajaan apa yang anda perlu buat adalah mengisi maklumat dalam buku pink, ujian air kencing, timbang berat, tekanan darah, ambil ujian darah dan pemeriksaan perut.

Prosedur pertama kali ini memang sedikit lama kerana banyak ujian yang perlu dilakukan kerana doktor perlu tahu sejarah mengandung dan sejarah penyakit keluarga untuk direkodkan.

Klinik swasta - Hanya perlu buka buku kehamilan, ujian air kencing, timbang, tekanan darah dan scan bayi seperti biasa.

#2. Waktu appointment check up

check up kehamilan klinik swasta

Klinik kerajaan - Ibu perlu datang seawal 8.30 pagi bagi mengelakkan menunggu terlalu lama dan mengikut waktu yang telah ditetapkan oleh jururawat sama ada jam 8 pagi, 9 pagi, 10 pagi dan 2 petang.

Kemudian buku kehamilan perlu diletakkan dalam bakul yang disediakan beserta dengan nombor giliran yang akan dipanggil.

Klinik swasta pula hanya mengambil nombor dan tunggu giliran anda sehingga dipanggil. Anda juga boleh hadir pada bila-bila masa mengikut temujanji anda dengan doktor.

#3. Prosedur pemeriksaan kehamilan

Klinik kerajaan 

- Setiap pagi sampai saja di klinik perlu buat ujian air kencing.
- Cek tekanan darah.
- Timbang berat
- Jumpa jurururawat kalau ada kencing manis dan sebagainya perlu jumpa doktor.
- Cek degupan jantung bayi.

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Why all pregnant mums need to know about gestational diabetes
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?
Mengapakah ibu-ibu mengandung dan menyusu memerlukan suplementasi DHA?

Klinik swasta

- Perlu melakukan ujian air kencing, timbang berat dan tunggu masa untuk scan baby.
- Semasa scan doktor akan memberitahu setiap perkembangan bayi dalam kandungan.
- Doktor akan check saiz, degupan jantung, berat bayi, jumlah air ketuban dan sebagainya.

#4. Bayaran dan ubat

Klinik kerajaan tiada bayaran dan ubat atau vitamin kehamilan juga adalah percuma. Sementara di klinik swasta pula anda perlu membayar sendiri mengikut harga yang telah ditetapkan oleh klinik berkenaan.

Pokok pangkalnya tidak kisah pemeriksan ibu hamil di mana sekalipun asalkan ibu dan bayi sihat sehingga melahirkan. Yang penting, wajib pergi lakukan pemeriksaan. Jangan sesekali skip temujanji tau!

Semoga bermanfaat.

Kementerian Kesihatan Malaysia

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: ''Masa Buat Dengan Suami Ok Pulak''- Ramai Ibu Luah Kena Sound Nurse Ketika Layan Contraction

Baca juga: Tiap Kali Scan Bayi Selalu Sorokkan Jantina? Rahsianya Ibu Kena Minum Banyak Air Kosong!

Baca juga: Senarai Hospital Bersalin Swasta Yang Islamik & Mesra Ibadah, Pilihan Kebanyakan Ibu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Buat Check-up Kandungan Di Klinik Kerajaan Atau Klinik Swasta, Mana Yang Lebih Baik?
Kongsikan:
  • Baru Tahu Diri Hamil? Ini Langkah Seterusnya Yang Perlu Anda Lakukan

    Baru Tahu Diri Hamil? Ini Langkah Seterusnya Yang Perlu Anda Lakukan

  • 12 Susu Ibu Mengandung Yang Terbaik, Bagus Untuk Minum Setiap Hari

    12 Susu Ibu Mengandung Yang Terbaik, Bagus Untuk Minum Setiap Hari

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • Baru Tahu Diri Hamil? Ini Langkah Seterusnya Yang Perlu Anda Lakukan

    Baru Tahu Diri Hamil? Ini Langkah Seterusnya Yang Perlu Anda Lakukan

  • 12 Susu Ibu Mengandung Yang Terbaik, Bagus Untuk Minum Setiap Hari

    12 Susu Ibu Mengandung Yang Terbaik, Bagus Untuk Minum Setiap Hari

  • Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

    Remaja Ini Langsung Tak Gentar Sambut Kelahiran Bayi Dari Rahim Ibunya Sendiri!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai kehamilan.