TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Risau Buku Kehamilan Belum Buka? Nah, Ini Maklumat Penting Yang Anda WAJIB Tahu!

4 min bacaan
Risau Buku Kehamilan Belum Buka? Nah, Ini Maklumat Penting Yang Anda WAJIB Tahu!

Segala persoalan tentang bilakah waktu yang sesuai untuk buka buka merah dan maklumat yang lain.

Kami mendapat respon yang banyak menerusi aplikasi theAsianparent tentang bilakah waktu yang sesuai untuk buka buku kehamilan atau biasanya kita panggil buku merah. Soalan ini tentunya diajukan oleh ibu yang pertama kali mengandung.

Semestinya bila pertama kali hamil, ibu tidak tahu bila patut buka buku kehamilan ini. Nanti kalau buka terlalu awal, jururawat suruh pulang dahulu. Kalau terlambat sangat, risau pula tak dapat catch up tentang perkembangan janin. (Ehem, dalam aplikasi theAsianparent, anda boleh tahu perkembangan janin setiap hari!)

Contohnya seperti pertanyaan yang diajukan oleh salah seorang pengguna aplikasi theAsianparent iaitu berapa minggu usia kehamilan dan bila buka merah boleh dibuka di Klinik Kesihatan atau Klinik Desa.

Soalan yang diajukan itu mendapat 50 respon balas dari pengguna lain yang mungkin mempunyai pengalaman tersebut atau turut ingin ajukan soalan yang sama.

Bilakah buku kehamilan boleh dibuka?

buku kehamilan

Respon pertama dari pengguna aplikasi theAsianparent ini dijawab oleh Nur Hanis Mohammad, di mana dia meminta pengguna tersebut menelefon Klinik Kesihatan terlebih dahulu.

Ini kerana ditempatnya sedikit berbeza kerana jururawat meminta tunggu 7 ke 8 minggu untuk membolehkan buku kehamilan dibuka.

Manakala Ezzany Najiruddin pula berkata, sembilan minggu kehamilan ibu sudah boleh membuat buku merah dan memberi peringatan supaya tidak lambat kerana pihak klinik akan caj late booking.

Apa maklumat yang perlu dibawa semasa buka buku merah? Perlu atau tidak suami ikut sama?

buku merah

Dalam masa yang sama, seorang pengguna aplikasi theAsianparent yang merahsiakan identiti dirinya dengan menggunakan fungsi anonymous bertanya soalan tentang apa nak kena bawa semasa membuka buku kehamilan? Keduanya perlu atau tidak suami ikut sama semasa proses tersebut?

Salah seorang pengguna bernama Ieza Ieza mengatakan semasa membuka buku merah, suaminya tidak ikut sama. Tapi tidak pasti di tempat yang lain kerana di tempatnya suami tidak diminta membuat sebarang ujian darah atau sebagainya. Yang perlu hadirkan diri hanya ibu mengandung saja.

Berbeza pula dengan pengguna yang kedua ini, dia menyatakan pandangan kalau ingin membuka buku kehamilan buat pertama kali, ibu perlu membawa sijil nikah dan suami perlu ikut sama kerana jururawat akan cek darah bagi mengetahui keputusan HIV suami.

Tapi, jika suami tak boleh ikut, boleh juga dibuat pada checkup kehamilan yang seterusnya.

Namun begitu, di Klinik Desa di kawasan kediaman Norlizawati Khairuddin, anda hanya perlu membawa kad pengenalan sahaja semasa sesi buka buku merah dilakukan.

Manakala I am Hikari pula berkata, kalau di tempatnya jururawat hanya minta salinan kad pengenalan suami isteri dan surat nikah.

Malah ada prosedur baru yang perlu diikuti iaitu suami wajib membuat ujian saringan HIV. Jika sudah melakukannya semasa pertama kali itu, pada sesi checkup seterusnya suami tidak hadir sama pun tak mengapa.

Nota kecil:

pergerakan bayi dalam kandungan, pergerakan anak dalam kandungan, pergerakan janin, pergerakan anak, gerakan janin, gerakan bayi, gerakan anak, cara mengira pergerakan bayi, mengira pergerakan bayi, mengira pergerakan janin, kira gerak anak, kira gerak bayi, carta gerak bayi, carta gerakan anak

Sebenarnya mudah saja nak ingat apakah maklumat penting yang perlu dibawa semasa mendaftarkan diri untuk buka buku merah. 

Semasa penulis hamil dahulu, saya terus meminta buku merah yang baru dengan jururawat, kemudian mengisi maklumat yang diperlukan di bahagian hadapan. 

Kemudian tunggu sehingga nama dipanggil untuk melihat tekanan darah tinggi dan ujian air kencing. Selepas itu, jururawat akan panggil untuk melihat kandungan ibu.

Oh ya, satu lagi perkara jangan lupa untuk bawa bersama UPT yang menandakan anda positif atau scan yang sudah dibuat. Jika jururawat minta, anda boleh tunjukkan kepadanya. 

Kesimpulannya, maklumat yang perlu dibawa semasa membuka buku merah:

  • Kad pengenalan suami dan isteri
  • Sijil nikah
  • Suami perlu hadir sama bagi membuat ujian darah

Sebarang pertambahan info yang lain, anda perlu menghubungi Klinik Kesihatan terdekat dengan kawasan anda untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan proses pembukaan buku merah ini. 

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

https://my.theasianparent.comklinik-kesihatan-ibu-dan-anak-buku-merah

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Risau Buku Kehamilan Belum Buka? Nah, Ini Maklumat Penting Yang Anda WAJIB Tahu!
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham