X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

5 buku panduan kehamilan yang anda harus baca

3 min bacaan
5 buku panduan kehamilan yang anda harus baca

Bahan bacaan yang sesuai seperti buku panduan kehamilan dapat membantu para ibu menyiapkan diri mereka untuk berdepan dengan hari-hari kehamilan, saat bersalin serta berpantang nanti.

Bagi para ibu mengandung, selain melengkapkan diri dengan keperluan fizikal, keperluan rohani dan mental juga perlu dititik beratkan. Bahan bacaan yang sesuai seperti buku panduan kehamilan dapat membantu para ibu menyiapkan diri mereka untuk berdepan dengan hari-hari kehamilan, saat bersalin serta berpantang nanti.

Kini terdapat banyak buku panduan kehamilan untuk para ibu jadikan sebagai panduan. Entri kali ini, merupakan sedikit perkongsian tentang 5 buku panduan kehamilan yang anda harus baca.

1. Buku Manual Kehamilan

Buku ini ditulis oleh Tengku Azmanira Raja Husin @ Kak Engku, merupakan Ketua Jururawat, Bidan berdaftar dan kaunselor penyusuan. Beliau menghimpunkan info dari 4 himpuan ilmu iaitu syariat islam, sains perubatan moden, perbidanan melayu, dan perubatan tradisional melayu.

Selain ilmu berkenanan menghadapi fasa kehamilan, buku ini juga menyentuh tentang menghadapi kelahiran, penjagaan berpantang serta penyusuan ibu.

Buku Manual Kehamilan (belibukuonline.com)

Buku Manual Kehamilan (belibukuonline.com)

2. Diari Hamil: Menanti Detik Keindahan Bersamamu (Panduan Lengkap Kehamilan)

Kompilasi hasil tulisan dari Khairun Nisa’ Zakaria, Muhd Mawardi Zakaria dan Khulwana Hanapi. Diari hamil  ini disusun untuk kegunaan dan rujukan ibu dan bakal ibu sepanjang tempoh mengandung orang baru yang bakal lahir.

Semua orang mengimpikan cahaya mata yang sempurna dan soleh atau solehah. Sebagaimana Allah merancang, anda juga perlu merancang sebuah kelahiran yang cemerlang. Buku ini membantu anda dalam perancangan ke arah ini.

Diari Hamil: Menanti Detik Keindahan Bersamamu (Panduan Lengkap Kehamilan) (mphonline.com)

Diari Hamil: Menanti Detik Keindahan Bersamamu (Panduan Lengkap Kehamilan) (mphonline.com)

3. Tahniah, Anda Hamil!: Panduan Kehamilan, Kelahiran, dan Pengurusan Anak

Gabungan penulisan dari Muhammad Mawardi Bin Zakaria, Siti Fairuz Binti Zulkefeli, Mohammad Rizalmazli Bin Salim, dan Muhammad Yusuf Bin A Kadir. Buku ini diterbitkan sebagai persediaan awal bakal ibu dan bapa menyambut kelahiran anak buat kali pertama.

Boleh dijadikan panduan sepanjang tempoh kehamilan, kelahiran dan perkembangan anak-anak sehingga 3 tahun. Setiap maklumat disampaikan dengan bahasa yang jelas, mudah difahami dan disertakan gambar yang menarik serta diakui oleh pakar bidang bertauliah. Sebagai persediaan supaya ibu bapa sentiasa peka dengan perubahan fizikal dan mental anak-anak.

Tahniah, Anda Hamil!: Panduan Kehamilan, Kelahiran, dan Pengurusan Anak (bukuonline.com)

Tahniah, Anda Hamil!: Panduan Kehamilan, Kelahiran, dan Pengurusan Anak (bukuonline.com)

4.Kehamilan Dari Prakonsepsi Sehingga Kelahiran

Buku terbitan BabyCenter Malaysia ini mengandungi panduan utama untuk fasa awal kehamilan, kelahiran, sehingga minggu-minggu terawal bersama bayi baru lahir. BabyCenter adalah sumber rujukan yang boleh dipercayai oleh lebih 16 juta ibu bapa di seluruh dunia.

Buku panduan kehamilan oleh BabyCenter adalah paduan sahabat, ibu, doktor, bidan, dan doktor obstetrik, yang memaparkan gabungan kepakaran profesional antenatal dan tips praktikal daripada para ibu bapa yang pernah mengalami situasi sama.

Apa yang selamat? Apa yang boleh saya makan? Mengapa saya begitu penat dan beremosi? Bagaimana saya akan tahu yang masa bagi melahirkan sudah tiba? Buku panduan kehamilan oleh BabyCenter ini ada jawapan bagi semua pertanyaan ini.

Kehamilan Dari Prakonsepsi Sehingga Kelahiran (stormreaders.com)

Kehamilan Dari Prakonsepsi Sehingga Kelahiran (stormreaders.com)

5. Mudahnya Bersalin: Panduan Khas Untuk Ibu Hamil

Buku ini telah ditulis oleh Fadillah Nur Abdul Rashid. Pernikahan yang terbina atas dasar cinta suami dan isteri akan lebih lengkap dengan kehadiran zuriat. Tatkala menerima perkhabaran positif si isteri disahkan hamil, pasti terukir senyuman di wajah pasangan yang bakal menyambut cahaya mata. Namun sejauh manakah golongan wanita khususnya benar-benar bersedia melakukan persiapan untuk bersalin?

Persoalan inilah yang menjadi tanda aras untuk penulis menerbitkan buku Mudahnya Bersalin sebagai panduan khas untuk ibu yang hamil. Pembaca akan didedahkan dengan menyelami kisah suka dan duka liku-liku proses melahirkan anak dan amalan berpantang yang dirasai hasil pengalaman penulis sendiri.

Tidak ketinggalan dalam kupasan buku Mudahnya Bersalin ini mengenai elemen yang amat dititikberatkan buat golongan ibu hamil yakni aspek pemakanan yang selama ini sering dipandang enteng. Ketahui juga beberapa menu ringkas terbaik buat ibu menyusui.

mudahnya-bersalin-400x500

Mudahnya Bersalin: Panduan Khas Untuk Ibu Hamil (bookjannah.com)

 

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin
Pentingnya Ambil Susu Ibu Mengandung Sepanjang Tempoh Kehamilan, Baik Untuk Ibu & Janin

Tidak rugi melabur dalam bahan ilmiah seperti ini. Bahan bacaan seperti ini dapat membantu menyediakan para ibu bapa untuk lebih bersedia menghadapi dunia baru.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Aqma

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • 5 buku panduan kehamilan yang anda harus baca
Kongsikan:
  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

  • Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

    Keguguran Berulang/ Recurrent Miscarriage: Kenali Punca, Tanda & Cara Mengatasi

  • 21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

    21 Tanda Bersalin Semakin Hampir, Ini Persediaan Penting Buat Ibu Bapa Agar Proses Kelahiran Lancar

  • Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham