TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Akibat Tiada Tanda Kehamilan, Tahu-Tahu Diri Mengandung & Sudah Tiba Masa Beranak!

3 min bacaan
Akibat Tiada Tanda Kehamilan, Tahu-Tahu Diri Mengandung & Sudah Tiba Masa Beranak!

Ibu langsung tidak alami sebarang gejala kehamilan hingga sampai masa untuk melahirkan!

Mengandung tanpa tanda adalah satu keadaan apabila seseorang wanita hamil langsung tidak merasakan sebarang gejala kehamilan hingga tidak tahu bahawa dirinya sedang berbadan dua. 

Insiden ini berlaku pada seorang ibu bernama Kate Hudson yang berasal dari Melbourne, Australia di mana dia tahu dirinya hamil kira-kira dua minggu sebelum melahirkan. 

Ini berlaku kerana Kate mengandung tanpa tanda malah kondisi perutnya juga masih normal dan berkeadaan seperti biasa. Bahkan dia sempat melancong ke Eropah ketika berada di trimester ketiga kehamilan. 

Menurutnya, dirinya langsung tidak mengalami sebarang gejala hamil dan haid juga datang seperti selalu. Malah tidak alami morning sickness hanya berat badannya naik sedikit. Jadi, dia langsung tidak terlintas bahawa dirinya sedang mengandung. 

Bagaimana mengandung tanpa tanda boleh terjadi? 

mengandung tanpa tanda, hamil tanpa tanda, mengandung tanpa gejala, hamil tanpa alahan, tiada alahan kehamilan, kehamilan tanpa sebarang tanda, tanda-tanda hamil, tanda hamil, tanda melahirkan, kehamilan kriptik

Kredit: Mamapapa ID

Mengandung tanpa tanda atau dipanggil kehamilan kriptik ini boleh terjadi kepada 1 dari setiap 450 kehamilan.

Ibu yang mengalami keadaan ini langsung tidak sedar bahawa dirinya sedang hamil hingga usia kandungan mencecah 20 minggu. Malah, 1 dari 2500 ibu hamil tidak tahu sedang mengandung sehingga saat melahirkan. 

Situasi tersebut pernah berlaku kepada seorang ibu muda yang berasal dari Ohio, di mana dia tidak menyedari kehamilannya hingga merasakan kram di perut iaitu kontraksi sebelum bersalin. 

Kehamilan kriptik ini terjadi apabila wujudnya keadaan perubatan yang dipanggil penolakan kehamilan. Ia disebabkan oleh human chorionic gonadotropin atau level hCG terlalu rendah hingga sukar dikenalpasti dalam darah atau air kencing.

hCG ini adalah hormon yang dikeluarkan plasenta setelah embrio janin menempel di dinding rahim ibu. 

Kebiasaannya, alat ujian kehamilan atau UPT digunakan bagi mengesan level hCG dalam darah atau urin ibu. Namun, jika terlalu rendah maka kehamilan sukar diketahui. 

Punca mengandung tanpa tanda 

  • Sindrom Ovarium Polikistik (PCOS) – gangguan hormon biasa yang mempengaruhi wanita dalam lingkungan umur reproduktif. Meskipun tidak bahaya namun ia boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon dalam tubuh ibu. 
  • Baru melahirkan anak – Apabila baru melahirkan anak maka anda tidak sedari bahawa diri sebenarnya hamil lagi kerana hormon yang belum normal. 
  • Lemak tubuh terlalu rendah – Biasanya terjadi pada atlet olahraga atau wanita yang terlampau kurus.
  • Perimenopause – Ibu menjalani perubahan horman ke arah menopause hingga tak sedar diri hamil. 
  • Pil perancang juga mempengaruhi hormon ibu. 
  • Stres juga boleh menganggu keseimbangan hormon sehingga tidak muncul gejala kehamilan. 

Bagaimanakah proses bersalin jika tidak menyedari kehamilan? 

mengandung tanpa tanda, hamil tanpa tanda, mengandung tanpa gejala, hamil tanpa alahan, tiada alahan kehamilan, kehamilan tanpa sebarang tanda, tanda-tanda hamil, tanda hamil, tanda melahirkan, kehamilan kriptik

Kredit: Kumparan

Walaupun selama sembilan bulan ibu tidak menyedari kehamilan namun proses bersalin masih memiliki gejala yang serupa seperti mana wanita yang lain alami. Tanda-tanda melahirkan adalah sama seperti berikut: 

  • Sakit bahagian punggung bawah 
  • Mual dan muntah 
  • Tubuh menggigil 
  • Kepala berpusing 
  • Berpeluh 
  • Cirit-birit 
  • Sakit bahagian kaki hingga paha 
  • Sakit di bahagian pelvis. 
  • Dinding vagina menebal kerana peningkatan aliran darah
  • Payudara sakit
  • Terasa sesuatu menekan di bahagian serviks
  • Terasa sakit yang datang secara tiba-tiba dalam tempoh masa tertentu. 

Walaubagaimanapun, bersalin dalam kehamilan jenis ini biasanya cepat. Malah ibu tidak perlu lama-lama menahan sakit kontraksi itu. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat. 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Kredit gambar: Hipwee 

Sumber: Penulis asal Fitriyani dan artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah. 

Baca juga 

https://my.theasianparent.comvideo-pembedahan-kehamilan-ektopik

Stories Rakan Kongsi
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Alami Kehamilan Berisiko? Inilah Sebabnya Anda Perlukan Pakar Perubatan Fetal Maternal (Maternal Fetal Medicine).
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Tanda-Tanda Kencing Manis Ketika Hamil
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

ddc-calendar
Bersedia untuk ketibaan bayi anda dengan menambah tarikh bersalin anda.
ATAU
Kira tarikh bersalin anda
img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Kehamilan
  • /
  • Akibat Tiada Tanda Kehamilan, Tahu-Tahu Diri Mengandung & Sudah Tiba Masa Beranak!
Kongsikan:
  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

  • Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

    Salicylic Acid Untuk Ibu Hamil, Adakah Selamat Penggunaannya Untuk Ibu & Bayi?

  • Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda
    Stories Rakan Kongsi

    Alami Kehamilan Berisiko? Ketahui Bagaimana Pakar Neonatologi Boleh Bantu Anda

  • Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

    Himpunan Nama Bayi Lelaki Islam Dari Huruf A Hingga Z Yang Menarik, Miliki Maksud Baik

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham