Kehamilan boleh menjadi waktu yang penuh dengan emosi. Jangan terkejut sekiranya anda tiba-tiba merasakan ketidakseimbangan dalam menjaga kepentingan kesihatan mental ketika mengandung yang menggabungkan perasaan penuh ceria dan kemudian kecewa pada hari berikutnya.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kira-kira 10 peratus daripada ibu hamil seluruh dunia dan 13 peratus wanita yang baru melahirkan bayi mengalami gangguan mental, terutamanya kemurungan.
Sekiranya anda pernah mengalami gangguan mental, kemungkinan kehamilan menjadi tugas yang melelahkan berbanding pengalaman yang menyeronokkan.
Kepentingan kesihatan mental semasa mengandung

Segelintir wanita menderita secara tidak sedar sehingga memandang mudah aspek menjaga kesihatan mental semasa mengandung kerana hanya memberi tumpuan kepada bayi yang sedang membesar.
Jika gangguan mental ini tidak dapat dirawat dengan segera, ia akan mengakibatkan kesan serius terhadap kesejahteraan anda dan juga mendatangkan penyakit kepada bayi.
Tetapi untuk berjaya, anda perlu memahami apa yang sedang anda lalui. Terdapat lima jenis masalah kesihatan mental yang sering mempengaruhi ibu hamil di seluruh dunia.
5 jenis gangguan emosi
Ramai wanita yang menderita gangguan mental semasa kehamilan boleh melalui sembilan bulan ini dengan mudah. Walaupun anda tidak pernah mempunyai masalah, ia mungkin secara tiba-tiba meningkatkan risiko ketika tempoh kehamilan mereka.
#1. Kemurungan
Menurut kajian yang diterbitkan dalam British Journal of Psychiatry dan dibiayai oleh National Institute for Health Research, kira-kira 25 peratus kes kemurungan postpartum sebenarnya bermula semasa kehamilan. Antara gejalanya ialah:
- Berasa sedih dan sengsara dalam kebanyakan hari dalam seminggu.
- Sentiasa mudah marah atau cemas
- Kurang minat dengan aktiviti yang biasanya anda gemari
- Tidak dapat tidur dengan nyenyak atau tidur lebih lena daripada biasa
- Tangisan berterusan tanpa sebab yang jelas
- Kurang selera makan atau makan berlebihan

Anda perlu memaklumkan kepada ahli keluarga dan berjumpa doktor bagi membantu mengenal pasti penyebab utama kemurungan semasa kehamilan.
#2. Kebimbangan
Satu lagi masalah kesihatan mental yang kerap berlaku semasa kehamilan adalah kegelisahan. Ia terbahagi kepada berikut:
- Gangguan kegelisahan umum
- Gangguan kompulsif obsesif (OCD)
- Gangguan tekanan pasca trauma (PTSD)
- Agoraphobia (takut tempat)
- Gangguan panik
Tanda-tandanya ialah:
- Tekanan, bimbang atau rasa dipinggirkan
- Kesukaran untuk kekal tenang dan mengalami ketegangan otot
- Kesukaran tidur
- Pemikiran yang membimbangkan berulang
- Serangan panik fizikal sebenar (kurang bernafas atau pergerakan bahagian badan yang berterusan)
- Pening dan sesak nafas
Dalam hal ini, segera berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan.
#3. Gangguan bi-polar
Ini adalah bentuk kemurungan di mana seseorang mungkin mengalami emosi tinggi (mania), rendah (kemurungan) dan hipomania (perubahan mood).
Gejalanya adalah seperti berikut:
- Anda mempunyai mood sangat gembira
- Kadang-kadang mempunyai perasaan marah dan tidak senang
- Mempunyai banyak tenaga dan mudah panik
- Bercakap laju
- Kurang tidur
- Terlalu yakin dengan bakat, penampilan dan kemampuan diri
- Anda ingin melakukan aktiviti berbahaya untuk berasa seronok.
#4. Skizofrenia
Walaupun skizofrenia semasa kehamilan agak jarang, ia boleh berlaku disebabkan oleh sejarah keluarga. Wanita yang menderita gangguan mental ini biasanya mengalami dua jenis gejala: halusinasi dan khayalan.
Beberapa gejala lain dari gangguan mental ini termasuklah:
- Pengunduran sosial kerana paranoia
- Kesukaran membuat keputusan
- Perasaan tidak yakin
- Kesukaran mengatur tugas harian normal
- Ucapan yang tidak kemas
- Perubahan kitaran tidur, di mana anda tidur pada waktu siang dan berjaga pada waktu malam
#5. Gangguan pemakanan

Wanita dengan gangguan makan seperti ini sering berisiko tinggi semasa mengandung kerana:
- Badan ibu hamil mengalihkan nutrien kepada bayi.
- Wanita mempunyai gejala aktif bulimia nervosa berisiko tinggi mengalami keguguran.
- Kekurangan nutrisi memerlukan masa lebih lama untuk pulih dari caesar, episiotomy atau luka terkoyak.
Cara meningkatkan kepentingan kesihatan mental semasa mengandung
#1. Bercakap

Menjadi ibu kadang-kadang boleh menyebabkan kesepian. Jika menemui seseorang yang boleh bercakap dengan bebas seperti pasangan, ibu bapa atau rakan untuk berkongsi pengalaman harian anda dengan mereka.
Yang penting adalah tidak menyimpan emosi, cabaran dan pencapaian. Anda juga boleh mendaftar di pelbagai kelas kehamilan dan menggunakannya sebagai platform untuk berkongsi ketakutan dan kebimbangan.
#2. Perancangan kesihatan
Jika anda bijak merancang, adalah lebih baik untuk anda memikirkan perancangan kesejahteraan sebelum kehamilan yang merangkumi aktiviti seharian agar kesihatan mental anda terjaga.
#3. Bersenam dan bertafakur
Menjaga minda, badan dan jiwa amat penting bagi kesejahteraan ibu dan bayi. Dapatkan nasihat dari doktor anda dan sertakan aktiviti fizikal seperti berenang, berjalan kaki atau rutin harian anda.
Berikan peluang untuk fikiran anda dengan bertafakur dan melakukan latihan pernafasan dalam.
#4. Manjakan diri
Manjakan diri dengan urut atau manicure, makan malam yang mewah bersama pasangan serta melakukan beberapa aktiviti menyeronokkan dan selamat.
#5. Minta sokongan
Jika anda melihat diri sedang berjuang, jangan takut untuk meminta sokongan dari keluarga, rakan atau bidan. Pertimbangkan mendapatkan nasihat dan cuba terapi percuma seperti akupunktur atau yoga.
Artikel asal disiarkan dalam bahasa Inggeris di theAsianparent dan diterjemahkan, disunting dan disiar semula dengan kebenaran theAsianparent Malaysia.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comkeluhan-ibu-hamil
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!