Ramai Ibu Telah Diajar Dengan Cara Penyusuan Susu Badan Yang Salah: Kajian

lead image

Ramai ibu yang tidak berjaya mencapai impian penyusuan susu badan dan 3 kajian baru-baru ini telah menjumpai apakah puncanya yang akan mengejutkan anda!

Semua ibu mahu berikan yang terbaik untuk bayi mereka. Malah ramai yang mengimpikan penyusuan ibu yang eksklusif buat bayi mereka.

Akan tetapi, ramai yang tidak berjaya mencapai impian penyusuan ibu mereka dan 3 kajian baru-baru ini telah menemui apa yang mungkin menjadi puncanya.

Lebih daripada 2 per 3 wanita yang berniat untuk menyusukan bayi mereka secara eksklusif selama tiga bulan tidak berjaya. Antara sebab biasa yang menyumbang kepada hal ini ialah:

  • lekapan yang bermasalah
  • risau tentang produksi susu
  • puting sakit atau luka

Semasa minggu pertama kelahiran, 92% ibu menyusu dilaporkan menghadapi kesukaran yang sama.

Malangnya, kebanyakkan ibu-ibu yang bergelut dengan kesukaran ini fikir satu-satunya cara penyelesaian ialah dengan usaha lebih keras

Ia sungguh memenatkan! Takkan penyusuan ibu tak boleh jadi lebih mudah?

Ramai Ibu Telah Diajar Dengan Cara Penyusuan Susu Badan Yang Salah: Kajian

Kredit: Mothering

Daripada menangani satu per satu masalah, gunakan satu pendekatan yang boleh menangani semua masalah ini sekaligus.

Ia boleh dilakukan melalui ‘Natural Breastfeeding’ atau ‘Penyusuan Semulajadi’.

Apakah itu ‘Penyusuan Semulajadi’?

Satu kajian di United Kingdom mendapati posisi penyusuan yang telah diajar kepada ibu-ibu selama ini mungkin menjadi punca kepada masalah yang sentiasa terjadi ini

Apa yang telah ditemui oleh kajian ini? 

Respon bayi yang baru lahir adalah sama macam haiwan mamalia seperti anak kucing – menyusu sambil meniarap.

Jadi, adalah lebih bagus jika bayi menyusu sambil meniarap.

Lihat video tentang ‘breast crawl‘ ini tentang bagaimana seorang bayi yang baru lahir boleh merangkak sendiri mencari payudara ibunya untuk menyusu tanpa bantuan

Video pertama ‘breast crawl’ sebenarnya telah dirakamkan oleh pengkaji Sweden pada tahun 1980-an lagi.

Sungguh menakjubkan melihat bagaimana tanpa bantuan, bayi yang sihat boleh bergerak mencari puting ibunya dan menyusu!

Para saintis telah menemui titik tekanan pada bayi yang apabila di’tekan’ akan meningkatkan lagi koordinasi mereka.

Mereka memanggil ia sebagai Penstabilan Neuromaskular Dinamik atau Dynamic Neuromuscular Stabilization (DNS).

Imej penyusuan susu ibu yang tidak betul

Gambar adalah sangat berkuasa terutamanya gambaran dalam minda kita.

Salah satu penghalang utama kepada penyusuan ibu yang lancar ialah apabila wanita hamil mempunyai imej tentang penyusuan ibu yang tidak betul.

Mungkin gambar ibu sedang duduk sambil memegang bayi dan bayi tersebut sedang menyusu.

penyusuan susu

Kredit: Mothering

Di dalam gambaran ini, ibu tersebut sedang menyusukan bayinya di dalam posisi menyusukan menggunakan botol, dan ia mendatangkan masalah.

Duduk tegak selepas beranak sangat menyakitkan.

Memegang bayi dengan cara begitu melenguhkan tangan anda, menyebabkan leher, kepala dan belakang menjadi tegang serta bayi yang menghisap dengan cara begitu menyebabkan puting menjadi sakit.

Posisi menyusu yang betul amat penting

Penyusuan awal amat penting untuk “mengaktifkan” bayi supaya mereka tahu apa yang perlu dilakukan. 

Titik tekanan pada tulang rusuk, pergelangan tangan, lutut dan atas kaki akan menstabilkan tulang belakang bayi untuk mempunyai lebih kawalan terhadap pergerakkannya bagi menyusu dengan lebih efektif.

Dengan posisi yang biasa kita tahu, ibu dan bayi terpaksa melawan graviti bagi memastikan bayi berada di payudara untuk menyusu.

Jarak yang wujud apabila tangan menjadi lenguh akan mengakibatkan bayi bergelut untuk mencari puting dan menyebabkan kesukaran penyusuan ibu. 

Tambahan pula, di dalam posisi ini, graviti akan mengurangkan respon yang sepatutnya membantu bayi menyusu.

Bagaimana penyusuan semulajadi boleh membantu

Di dalam posisi penyusuan semulajadi, bayi diletakkan secara meniarap di atas badan ibu bagi memastikan sentuhan sepenuhnya.

penyusuan susu

Kredit: Nancy Mohrbacher

Ini akan mengaktifkan titik tekanan bayi serta membaiki koordinasinya untuk penyusuan yang lebih mudah.

Ia bukan sahaja bagus untuk si kecil, malah si ibu juga boleh relaks sementara bayi menyusu dengan kedua tangan bebas dari memegang apa-apa.

Malah graviti membantu bayi memasukkan puting dengan lebih baik tanpa bantuan memegang payudara. 

Sudah tiba masanya penyusuan semulajadi diguna pakai bagi membantu penyusuan ibu yang lebih berjaya pada ibu-ibu.

Mungkin dengan penyusuan semulajadi, masalah yang biasa menjadi batu penghalang kepada penyusuan ibu dapat diatasi.

Jom sama-sama kita cuba!

Sumber: Mothering

Kredit gambar: Mama Natural

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Ibu Yang Sedang Beri Susu Badan Perlu Sokongan “Satu Kampung”!

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Aqma

app info
get app banner