X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Ubun Kepala Bayi Sangat Rapuh, Mengapa Ibu Perlu Berhati-hati Semasa Menyentuhnya?

3 min bacaan
Ubun Kepala Bayi Sangat Rapuh, Mengapa Ibu Perlu Berhati-hati Semasa Menyentuhnya?Ubun Kepala Bayi Sangat Rapuh, Mengapa Ibu Perlu Berhati-hati Semasa Menyentuhnya?

Si kecil yang baru lahir itu memiliki ubun kepala bayi yang masih lembut dan ia adalah tempat yang dilarang sentuh oleh kebanyakan mereka yang berpengalaman...

Tahukah anda kawasan kepala si kecil yang lembut itu dipanggil dengan nama ubun ubun bayi atau dalam bahasa saintifiknya Fontanel?

Ubun kepala adalah sangat rapuh dan lembut, maka ibu harus berhati-hati semasa menyentuhnya.

Malah, bahagian itu kadang-kadang menjadi kebimbangan sesetengah orang tua dan tiada siapa dibenarkan untuk dipegangnya. 

Kenapa adanya ubun ubun bayi? 

ubun ubun bayi

 

Ubun kepala bayi atau fontanel merupakan celahan lembut pada bahagian tengkorak bayi yang terbahagi dengan dua bahagian iaitu Fontanel Anterior (atas kepala) atau Fontanel Posterior ( di bahagian belakang kepala). 

Fontanel Posterior berukuran lebih kecil dan berbentuk segi tiga. Manakala Fontanel Anterior berukuran lebih besar. Ia penting supaya melancarkan proses melahirkan bayi kerana tengkorak mudah ditekan ketika menemui jalan keluar di pintu rahim. 

Selain dari itu, ubun kepala juga berfungsi memberi ruang untuk otak bayi berkembang kerana otak si kecil itu mengalami perkembangan paling besar pada satu hingga dua tahun pertama selepas dilahirkan ke dunia. 

Bilakah ia akan hilang? 

ubun ubun bayi

Selepas dilahirkan, tulang bayi belum bersambung antara satu sama lain malah fontanel juga hanya dilindungi oleh membran atau selaput. 

Walaupun ubun lembut, namun selaput yang mengelilinginya adalah sangat kuat dan dapat hindari risiko kepala atau otak dari tercedera. Biasanya, bila bayi mencapai usia tertentu, maka ubun-ubun ini akan menutup dengan sendirinya secara semula jadi. 

Fontanel anterior mengambil masa kira-kira 18 bulan manakala pasterior menutupi ubun dengan lebih cepat iaitu semasa umur bayi dua atau tiga bulan. 

Adakah normal ia berdenyut? 

Adalah normal jika ubun bayi berdenyut dan ia seiring dengan degupan jantung bayi sebab adanya pembuluh darah yang berdenyut atas kepala si kecil. Namun setelah ia menutup sendiri, denyutan itu tidak akan dirasai lagi. 

Bilakah situasi/keadaan yang membimbangkan? 

Ubun Kepala Bayi Sangat Rapuh, Mengapa Ibu Perlu Berhati-hati Semasa Menyentuhnya?

Keadaan kepala bayi adalah berbeza-beza antara satu sama lain, namun ada beberapa hal yang boleh diperhatikan yang mungkin menimbulkan penyakit tertentu seperti berikut: 

  • Fontanel mengembung kemungkinan adanya tekanan dalam tengkorak kepala.
  • Meningitis (infeksi lapisan otak).
  • Ensafalitis / keradangan otak 
  • Hidrosefalus (cairan berlebihan dalam otak). 
  • Ia menjadi cekung menjadi petanda dehidrasi atau kekurangan gizi. Contohnya jika bayi alami cirit-birit. 
  • Gagal tertutup mungkin disebabkan hidrosefalus, bayi lahir prematur atau sindrom down.
  • Tertutup terlalu cepat pula mungkin boleh menyebabkan pembentukan kepala atau wajah yang abnormal. Juga memberi kesan kepada perkembangan otak dan kemampuan belajar anak. 

Bolehkah bayi mengenakan aksesori kepala? 

Tentu ramai ibu yang teruja nak pakaikan aksesori kepala kepada bayi masing-masing, namun disebabkan ubun-ubun ini hasrat itu perlu dihentikan kerana penggunaan aksesori itu dapat memberi tekanan pada area lembut tersebut. 

Jika ibu tetap mahu mengenakan aksesori atas kepala bayi, cukup sekadar di bahagian dahi sahaja supaya lebih selesa dan selamat. 

Adalah sangat penting untuk anda perhatikan ubun kepala anak. Jika terdapat sebarang yang mencurigakan segera berjumpa doktor.

Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua. 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Giasinta Angguni. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga: 7 Mitos Jaga Bayi Yang Selalu Parents Percaya & Terbukti SALAH Oleh Doktor

Baca juga: Kehamilan Pramatang Dua Kali, Hebatnya Ibu Ini Hadapi Dugaan Menyayat Hati!

Baca juga: Jangan Makan 10 Benda Ini Jika Anda Sedang Beri Susu Badan Pada Si Manja!

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Ubun Kepala Bayi Sangat Rapuh, Mengapa Ibu Perlu Berhati-hati Semasa Menyentuhnya?
Kongsikan:
  • 7 Mitos Jaga Bayi Yang Selalu Parents Percaya & Terbukti SALAH Oleh Doktor

    7 Mitos Jaga Bayi Yang Selalu Parents Percaya & Terbukti SALAH Oleh Doktor

  • 6 Perkara Anda Tak Boleh Buat Pada Bayi Baru Lahir, Atau Buruk Padahnya

    6 Perkara Anda Tak Boleh Buat Pada Bayi Baru Lahir, Atau Buruk Padahnya

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

app info
get app banner
  • 7 Mitos Jaga Bayi Yang Selalu Parents Percaya & Terbukti SALAH Oleh Doktor

    7 Mitos Jaga Bayi Yang Selalu Parents Percaya & Terbukti SALAH Oleh Doktor

  • 6 Perkara Anda Tak Boleh Buat Pada Bayi Baru Lahir, Atau Buruk Padahnya

    6 Perkara Anda Tak Boleh Buat Pada Bayi Baru Lahir, Atau Buruk Padahnya

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

    Dilahirkan Dengan Dua Wajah, Bayi Ini Dianggap Sebagai Pembawa Rezeki Hingga Ibu Bapa Enggan Rawatan!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.