X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi Meragam Tiap Malam, Ibu Tekad Campur Botol Susu Dengan Bijirin & Ubat Tahan Sakit

11 Mar, 2020
Bayi Meragam Tiap Malam, Ibu Tekad Campur Botol Susu Dengan Bijirin & Ubat Tahan Sakit

Disebabkan anak susah tidur, ibu ini sanggup membiarkan si kecil ini minum susu botol yang telah dicampur dengan bijirin dan ubat tahan sakit!

Ibu bapa selalu diingatkan supaya tidak memberi makanan pepejal terlalu awal kepada bayi yang masih di bawah umur enam bulan. Ini kerana usus dan perut mereka masih belum bersedia untuk mencerna makanan dengan baik.
Namun, seorang ibu ini tekad memberikan bayinya makan kerana anak susah tidur.

Ibu ini melakukan dengan cara memberi botol susu yang telah diisi dengan campuran bahan-bahan yang tertentu untuk membuat si kecil tidur sepanjang malam.

Menurut Pakar Pemakanan Kanak-Kanak, susu bayi sama ada formula atau susu ibu bila dicampurkan dengan makanan atau ubatan boleh dianggap sesuatu yang berbahaya dan berisiko untuk membuatkan bayi tercekik mahupun tersedak.

Anak susah tidur, ibu tekad berikan bayi dengan campur bahan Tylenol

anak susah tidur

Namun, ibu ini langsung tidak bersalah malah berkongsi perlakuannya itu di laman Facebook di mana dia telah mencapurkan susu anaknya dengan bahan- bahan lain termasuklah Tylenol semasa anak kecilnya tidak sihat sekaligus susah untuk tidur.

Lantas sebab itu, ia mendapat perhatian dan kritikan daripada ibu bapa yang lain dan menyuarakan kebimbangan mereka mengenai hal tersebut terutama bila diberikan makanan kepada bayi di bawah enam bulan.

Apatah lagi, tambahan makanan tersebut boleh menyebabkan anak terkena sembelit, dehidrasi dan kurang sihat.

Netizen mengecam hebat perbuatan ibu ini

anak sukar tidur

Lantas ramai netizen marah dengan perbuatannya itu dengan mengatakan seperti berikut:

“Bijirin tidak dibuat untuk diberikan kepada bayi terutama melalui botol susu”. 

Sementara yang lain pula berpandangan, “saya tidak pernah menggunakan bijirin beras dengan menggunakan botol susu anak. Malah ia tiada nilai pemakanan. Cubalah belajar mencintai tangisan bayi anda di waktu malam kerana suatu saat nanti anda akan merindukannya dan berharap boleh mendapat kembali momen tersebut”. 

Walaubagaimanapun, apa yang paling mengejutkan adalah ada juga ibu bapa lain yang turut menyokong perbuatannya itu malah mendedahkan susu formula yang dicampur dengan bahan lain memang membantu anak susah tidur.

Malah ada yang mengatakan selepas minum susu botol yang diisi dengan bahan-bahan lain itu dapat membuatkan anak mereka tidur lama sekurang- kurangnya 5 hingga 6 jam dengan nyenyak sekali.

Apapun, ingin ditegaskan bahawa perbuatan itu memang melampau dan boleh mengundang bahaya kepada keselamatan anak.

Menurut Pakar Perunding Nutrisi, Charlotte perbuatan itu di mana menyumbat botol susu yang telah dicampur makanan memang boleh memudaratkan nyawa mereka.

susu botol untuk anak

” Ia sememangnya kurang sesuai dan tidak disyorkan untuk memberi bayi makanan melalui botol susu. Ini kerana, cara minum susu dengan menelan makanan padat adalah berbeza sekaligus boleh membuatkan bayi tersedak.

” Apatah lagi, susu formula telah dibuat dengan menggunakan ukuran yang spesifik jadi kalau pandai-pandai tambah benda lain boleh jadi sesuatu yang mendatangkan bahaya kepada anak.

” Ibu bapa yang melakukan perkara sedemikian boleh dikenakan hukuman yang setimpal akibat kecuaian ke atas bayi atau kanak-kanak,” katanya.

Dalam masa yang sama, Pakar Pediatrik dan Pengasas Kid Nutrition di UK, Bahee Van De Bor turut mengatakan terkejut melihat gambar yang dimuat naik oleh ibu bapa tersebut.

Menurut kenyataan beliau, bayi yang diberi susu dengan campuran bahan makanan boleh meningkatkan pengambilan kalori yang tidak betul dan bukan menggalakkan mereka tidur sahaja.

Bahkan, ia adalah sesuatu yang normal jika bayi bawah setahun terjaga atau terbangun di tengah malam untuk menyusu atau lampin basah.

Sebagai ibu dan ayah, anda harus bijak menangani anak dari menangis dan seterusnya memberikan sokongan yang baik untuk si kecil belajar tidur dengan sendiri.

Risiko lain yang mungkin boleh berlaku

anak tercekik

#1. Bayi boleh mendapat alergi atau alahan tertentu pada kulit badan mereka.

Stories Rakan Kongsi
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Apabila Ia Bukan ‘Hanya Sekadar Ruam’: Membantu Anda Menguruskan Penyakit Dermatitis Atopik Anak Anda
Baby Signing Basics
Baby Signing Basics
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan

#2. Masalah obesiti atau kegemukan kepada bayi di bawah umur

#3. Boleh menyebabkan ketidakselesaan usus dan perut akibat sistem pencernaan belum matang sepenuhnya.

#4. Pengurangan susu ibu atau susu formula kerana si comel terlalu kenyang.

#5. Boleh menganggu pencernaan susu ibu dan susu formula

#6. Berisiko untuk tersedak, tercekik hingga menyebabkan kematian

Sepatutnya, usia yang paling sesuai untuk memperkenalkan makanan pepejal kepada anak adalah di saat umurnya enam bulan dan bukannya seawal dari umur tersebut.

Bahkan, memberi sesuatu makanan sewaktu tidur dan mengantuk boleh menyebabkan pelbagai kemungkinan kerana anak tidak dapat mengawal benda yang masuk ke dalam mulut mereka.

Bayi Meragam Tiap Malam, Ibu Tekad Campur Botol Susu Dengan Bijirin & Ubat Tahan Sakit

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Daily Mail UK

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.comberi-susu-tanpa-botol

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Bayi Meragam Tiap Malam, Ibu Tekad Campur Botol Susu Dengan Bijirin & Ubat Tahan Sakit
Kongsikan:
  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

    Budak Lelaki 11 Tahun Hamilkan Sepupu 15 Tahun, Dimanakah Silap Ibu Ayah Dalam Mendidik?

  • Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

    Buat Konsep Duit Raya Bergerak, Suami Isteri Keliling Kampung Naik Motor Habiskan RM30 Ribu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham