X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Cara Menetapkan Waktu Tidur Bayi Yang Baru Lahir Hingga 3 Bulan, Ibu Ayah Sila Take Note!

4 min bacaan
Cara Menetapkan Waktu Tidur Bayi Yang Baru Lahir Hingga 3 Bulan, Ibu Ayah Sila Take Note!Cara Menetapkan Waktu Tidur Bayi Yang Baru Lahir Hingga 3 Bulan, Ibu Ayah Sila Take Note!

Kehadiran orang baru dalam keluarga membawa perubahan rutin ibu ayah. Justeru, ketahui cara menetapkan waktu tidur bayi selepas lahir ini dengan berkesan!

Melahirkan zuriat buat suami tercinta membuatkan para wanita lebih sempurna. Namun sedar ataupun tidak, anda akan melalui pelbagai proses baru dalam membesarkan si manja. Dalam hal ini, corak tidur anak hendaklah dipastikan mencukupi agar dapat menggalakkan perkembangannya.

Bagi sesetengah ibu ayah, bulan pertama terpaksa berdepan kesukaran dalam menyesuaikan bayi dengan persekitaran ‘dunia’ yang baharu sehingga terpaksa mengorbankan waktu rehat seharian.

Menetapkan corak tidur anak baru lahir

corak tidur anak

credit to sources

Setiap bayi yang baru lahir akan mempunyai waktu tidur yang panjang sehingga 18 jam sehari pada minggu-minggu pertamanya. Namun si manja tidak akan tidur melebihi 3 atau 4 jam pada satu masa, sama ada siang mahupun malam.

Perkara biasa yang terjadi adalah ibu ayah tidak dapat tidur malam terutamanya dalam tempoh beberapa bulan pertama sehingga mungkin anda akan tertanya-tanya bilakah keadaan ini akan berakhir.

Sebenarnya kitaran tidur si manja lebih pendek berbanding orang dewasa. Bayi akan meluangkan lebih banyak waktu dalam fasa tidur dengan pergerakan mata cepat (REM), iaitu tidur tidak nyenyak dan mudah terganggu.

Namun, setelah anak kecil anda memasuki usia antara enam hingga lapan minggu, tempoh waktu tidurnya mungkin akan berkurangan pada waktu siang dan lebih panjang ketika malam. Si manja juga akan terjaga ketika ingin menyusu dan fasa tidur bukan REM ini dikatakan lebih nyenyak.

Adalah tidak mustahil sekiranya bayi mula tidur sepanjang malam pada usia 8 minggu. Jika ibu ayah ingin si manja tidur sepanjang malam, anda perlu menggalakkan tabiat waktu tidur bayi yang jelas secara lebih awal.

Teknik menggalakkan rutin tidur bayi yang berkesan

Sebenarnya ibu ayah dapat membina corak tidur anak seawal usia 6 minggu. Antara caranya ialah:

#1. Mengajarkan bayi perbezaan siang dan malam

Sesetengah anak kecil suka berjaga pada waktu malam biarpun ibu ayah sudah bersedia untuk melelapkan mata. Apabila usia bayi anda memasuki kira-kira dua minggu ibu boleh mula mengajarnya membezakan waktu siang serta malam.

Walau bagaimanapun, sentiasa ingat bahawa ia memerlukan kesabaran dan masa beberapa minggu sebelum bayi dapat memahaminya.

Untuk membolehkan bayi mengetahui waktu tersebut siang, ibu hendaklah:

rutin tidur bayi

credit to sources

  • Menukarkan pakaian setelah dia terjaga sebagai tanda ia permulaan hari yang baru.
  • Beri ruang untuknya bermain dan aktif.
  • Jadikan sesi penyusuan pada waktu siang sebagai masa untuk bersosial seperti berbual, berzikir mahupun menyanyi.
  • Pastikan ruang di dalam rumah cerah dan terang
  • Biarkan bayi mendengar bunyi bising dari televisyen mahupun vakum
  • Ketika sedang menyusu, bayi cenderung untuk melelapkan mata kerana perutnya rasa kenyang. Jadi, ibu perlu mengejutkannya dengan lembut dan ajak untuk bermain.

Cara mengajarkan bayi pada waktu malam:

  • Pastikan cahaya dalam rumah gelap
  • Kurangkan bunyi-bunyi bising
  • Elakkan terlalu banyak bercakap dengan bayi
  • Pakaikan baju tidur untuk menandakan bahawa hari sudah tamat.

Dengan cara ini sedikit sebanyak dapat membantu bayi anda memahami bahawa waktu malam adalah masa untuk tidur.

#2. Biarkan anak melelapkan mata sendiri

tips menetapkan waktu tidur bayi, corak tidur anak

credit to sources

Apabila bayi berusia antara 6 hingga 8 minggu, ibu ayah boleh mengajar bagaimana untuk terlena sendiri. Letakkannya dalam keadaan terbaring ketika dia kelihatan mengantuk dan menemani bayi untuk sebentar sahaja.

Cara anda menidurkan si manja juga penting. Jika ibu dodoikannya setiap malam bagi 8 minggu pertama, dia pastinya akan mahu dodoi terlebih dahulu sebelum melelapkan mata.

Bayi mungkin akan terjaga setiap kali anda tidak kelihatan dalam pandangannya, tetapi lakukan perkara sama dengan menidurkannya, kemudian tinggalkan si manja agar lena sehingga hari esok.

#3. Mengenal pasti tanda-tanda bayi sudah letih

Bayi baru lahir sehingga 3 bulan tidak boleh terjaga lebih daripada dua jam pada satu-satu masa. Jika anda lewat menidurkannya, dia mungkin akan rasa penat dan tidak akan melelapkan mata dengan mudah.

Antara tanda-tanda yang menunjukkan si manja bersedia untuk tidur ialah:

  • menguap
  • merengek
  • diam dan tidak bergerak
  • merenung kosong
  • menangis apabila dirinya diusik

Sekiranya ibu ayah menyedari akan perubahan ini, cuba meletakkannya di dalam bilik tidur. Ini adalah untuk membentuk deria keenam mengenai ritma dan corak harian bayi serta naluri ibu akan mengetahui apabila dia sudah bersedia untuk melelapkan mata.

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Semoga bermanfaat.

Baby Center

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Cara Menetapkan Waktu Tidur Bayi Yang Baru Lahir Hingga 3 Bulan, Ibu Ayah Sila Take Note!
Kongsikan:
  • Jadual Tidur Bayi Tak Sama Setiap Umur, Jangan Panik! Tapi Ini 6 Sebab Tidur Bayi Terganggu

    Jadual Tidur Bayi Tak Sama Setiap Umur, Jangan Panik! Tapi Ini 6 Sebab Tidur Bayi Terganggu

  • Elak Tidurkan Bayi Secara Meniarap Atau Mengiring, Boleh Sebabkan Mereka Sesak Nafas!

    Elak Tidurkan Bayi Secara Meniarap Atau Mengiring, Boleh Sebabkan Mereka Sesak Nafas!

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

app info
get app banner
  • Jadual Tidur Bayi Tak Sama Setiap Umur, Jangan Panik! Tapi Ini 6 Sebab Tidur Bayi Terganggu

    Jadual Tidur Bayi Tak Sama Setiap Umur, Jangan Panik! Tapi Ini 6 Sebab Tidur Bayi Terganggu

  • Elak Tidurkan Bayi Secara Meniarap Atau Mengiring, Boleh Sebabkan Mereka Sesak Nafas!

    Elak Tidurkan Bayi Secara Meniarap Atau Mengiring, Boleh Sebabkan Mereka Sesak Nafas!

  • Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

    Senarai Nama Bayi Klasik & Tradisional Yang Jarang Digunakan, Mana Satu Pilihan Ibu?

  • Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

    Sampainya Hati! Gara-Gara Lahir Berkulit Hitam, Ibu Bapa Bayi Ini Sanggup Membuangnya!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.