X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Perkembangan Bayi 5 Minggu, Waktu Inilah Sesuai Untuk Tetapkan Rutin Si Manja

5 min bacaan
Perkembangan Bayi 5 Minggu, Waktu Inilah Sesuai Untuk Tetapkan Rutin Si Manja

Perkembangan bayi 5 minggu selepas dilahirkan boleh dilihat melalui pertambahan berat badan si manja. Ketika ini boleh tetapkan rutin mereka

Bayi anda telah melengkapkan bulan pertama kehidupan mereka, dan banyak yang telah berubah. Walaupun masih kecil, perkembangan bayi 5 minggu membuatkannya rasa bukan seperti bayi baru lahir.

Disebabkan oleh bayi sedang membesar sekarang, ibu ayah mungkin mendapati bayi sudah tidak muat dengan pakaian dan lampin bersaiz newborn. 

Perkembangan bayi 5 minggu

perkembangan bayi

Selain itu anda mungkin perasan bahawa si manja akan lebih berwaspada, sensitif dengan persekitaran dan mula menyukai kehadiran ibu ayah disampingnya.

Sudah tentu lima minggu ini tidak akan berlalu tanpa sebarang cabaran. Pada usia ini, bayi masih berjaga pada waktu malam, masih agak cerewet pada masa-masa tertentu atau mengalami gejala kolik.

Antara perkembangan bayi 5 minggu adalah:

#1. Refleks bayi baru lahir mula hilang

Refleks bayi anda yang baru lahir mula hilang, mereka mula menjadi lebih sosial, dan pergerakan mereka menjadi lebih banyak.

Apabila bayi semakin besar, mereka juga menjadi lebih sosial dan interaktif. Si manja akan mendengar dengan lebih teliti bunyi sekeliling, atau mengikuti pergerakan anda.

Selain itu ibu ayah juga mungkin akan perasan bahawa mata bayi akan bersinar apabila anda mengangkatnya dan melihatnya.

Ramai ibu bapa mula tertanya-tanya sekarang bila bayi akan tersenyum. Setiap bayi menunjukkan perkembangan berbeza, tetapi dalam beberapa minggu akan datang, biasanya menjelang 2 bulan, bayi anda akan memberikan hadiah senyuman di wajah mereka.

Menurut Daniel Ganjian, MD, pakar pediatrik di Pusat Kesihatan Providence Saint John bayi yang berusia 4 hingga 5 minggu hanya kadang-kadang sahaja akan tersenyum, tetapi kekerapan ini angkat meningkat apabila memasuki usia 6 hingga 8 minggu.

#2. Berat bayi bertambah

Pada ketika ini, berat badan bayi anda sepatutnya semakin meningkat. Setiap bayi mempunyai lengkung pertumbuhan mereka sendiri, tetapi secara purata, bayi mula bertambah kira-kira 1 ½-2 paun sebulan, dan membesar kira-kira satu inci panjang setiap bulan.

Saiz kepala bayi anda juga adalah kira-kira ½ inci sebulan.

#3.  Pencapaian bayi

perkembangan anak 5 minggu

Apabila bayi anda keluar dari fasa baru lahir, semua refleks bayi baru lahir mungkin anda perasan semasa lahir iaitu refleks terkejut mula berkurangan.

Dengan itu anda mungkin perasan pergerakan bayi lebih banyak. Misalnya si manja mula melihat tangan, mencuba menggerakkan tangan dan terus ke dalam mulut mereka. Ini adalah kemahiran yang hebat!

Selain itu, jika anda meletakkan mainan kecil di tangannya, si manja mungkin akan memegang mainan itu untuk masa yang singkat sebelum menjatuhkannya.

#4. Kekerapan penyusuan

Sekarang, anda mungkin menjalani rutin penyusuan dengan bayi mengikut permintaannya. Kebanyakan bayi memerlukan 8-12 kali penyusuan dalam 24 jam

Dr Posner masih menggalakkan ibu menyusukan bayi untuk menjaga pemakanan sihat.

“Si manja menyusu mengikut permintaan- biasanya mereka akan mahu menyusu setiap 2-4 jam pada perkembangan bayi 5 minggu ini,” katanya. “Tetapi kadang-kadang mereka akan mahu menyusu setiap jam dan pada masa lain tidak akan menyusu selama 5 jam. Semua ini adalah perkara biasa,”katanya.

Jika anda menyusu badan, anda juga mungkin menyedari bahawa bayi kurang buang air besar dengan Ramai ibu bapa bimbang tentang perkara ini, tetapi ia juga agak biasa, kata Dr Ganjian.

#5. Rutin tidur

perkembangan 5 minggu

Perkembangan bayi 5 minggu biasanya membuatkannya bayi lebih banyak menghabiskan masa untuk tidur.

Bayi anda tidur purata 15 jam sehari iaitu kira-kira 7 jam tidur pada waktu siang, dan kira-kira 8-9 jam waktu malam.

Justeru adalah penting untuk melatih mereka memahami perbezaan antara siang dan malam dengan lebih baik bagi memudahkan ibu ayah menguruskannya.

Anda boleh melakukan beberapa perkara untuk membantu mengajar bayi bahawa waktu malam adalah masa untuk tidur.

Walaupun baru berusia lima minggu, anda boleh mula menetapkan beberapa rutin tidur. Misalnya apabila masuk waktu malam, anda tukar pakaian tidur, malapkan lampu, tutup pintu bagi mengelakkan bunyi bising dan pasang alunan zikir lembut.

#6. Tingkah laku tambahan

Bayi anda sepatutnya boleh mengangkat kepalanya dengan baik apabila anda meletakkannya di atas perut.

Selain itu perkembangan bayi 5 minggu biasanya menunjukkan kebolehan si manja untuk:

  • Lebih kerap menendang kaki
  • Otot leher bayi semakin kuat setiap hari
  • Tangisan bayi anda mungkin kelihatan lebih jelas dan mereka mungkin mula mempunyai tangisan yang berbeza kerana lapar, cerewet, mengantuk dan sebagainya

Ramai ibu ayah mengharapkan perkara menjadi lebih mudah apabila bayi mereka semakin meningkat. Namun kehidupan bersama bayi kadang-kadang penuh kejutan.

Sama seperti anda mula memahami cara menjaga bayi dan memenuhi keperluan mereka dalam kehidupan anda sendiri, keadaan boleh berubah.

Menjelang lima minggu, anda mungkin berasa seperti anda telah mahir menyusukan bayi, menukar lampin mereka dan menjaga keperluan asas yang lain.

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Namun jika tiba-tiba si manja menjadi lebih peka dan cerewet, ibu ayah perlu sedar ia adalah tanda kehadiran satu set cabaran yang baharu. Anda juga tidak boleh berharap untuk tidur tanpa gangguan bayi.

Sama seperti keadaan sebelum ini, ia akan berubah lagi. Kegelisahan bayi akan hilang dalam beberapa minggu.

Tidur mereka juga akan mula menjadi sedikit lebih baik tidak lama lagi. Kekal bertenang dan sentiasa kuatkan diri untuk membesarkan amanah ini ya!

Semoga bermanfaat.

Very Well Family

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Perkembangan Bayi 0-3 Bulan Adalah Paling Penting, Ibu Ayah WAJIB Tahu

Baca juga: Info Penting Mengenai Perkembangan Bayi, Ibu Ayah Baru WAJIB Alert 5 Perkara Ini!

Baca juga: Perkembangan Bayi 3 Bulan: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan bayi
  • /
  • Perkembangan Bayi 5 Minggu, Waktu Inilah Sesuai Untuk Tetapkan Rutin Si Manja
Kongsikan:
  • Milestone Bayi Baru Lahir Dari Usia 0-12 Bulan Mengikut Jadual Perkembangan, Ini Apa Ibu Perlu Tahu!

    Milestone Bayi Baru Lahir Dari Usia 0-12 Bulan Mengikut Jadual Perkembangan, Ini Apa Ibu Perlu Tahu!

  • Alamak, Kenapa Mata Bayi Macam Juling Air? Adakah Ini Kekal & Perlukah Ibu Ayah Risau?

    Alamak, Kenapa Mata Bayi Macam Juling Air? Adakah Ini Kekal & Perlukah Ibu Ayah Risau?

  • Semak Berat Ideal Bayi Mengikut Umur Dan Jantina Menggunakan Jadual Lengkap Ini

    Semak Berat Ideal Bayi Mengikut Umur Dan Jantina Menggunakan Jadual Lengkap Ini

  • Milestone Bayi Baru Lahir Dari Usia 0-12 Bulan Mengikut Jadual Perkembangan, Ini Apa Ibu Perlu Tahu!

    Milestone Bayi Baru Lahir Dari Usia 0-12 Bulan Mengikut Jadual Perkembangan, Ini Apa Ibu Perlu Tahu!

  • Alamak, Kenapa Mata Bayi Macam Juling Air? Adakah Ini Kekal & Perlukah Ibu Ayah Risau?

    Alamak, Kenapa Mata Bayi Macam Juling Air? Adakah Ini Kekal & Perlukah Ibu Ayah Risau?

  • Semak Berat Ideal Bayi Mengikut Umur Dan Jantina Menggunakan Jadual Lengkap Ini

    Semak Berat Ideal Bayi Mengikut Umur Dan Jantina Menggunakan Jadual Lengkap Ini

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.