X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Bela Haiwan Peliharaan Di Rumah, Ini 5 Tips Persediaan Kehadiran Bayi Baru Lahir

5 min bacaan
Bela Haiwan Peliharaan Di Rumah, Ini 5 Tips Persediaan Kehadiran Bayi Baru Lahir

Haiwan peliharaan di rumah perlu dilatih untuk bersedia menerima kehadiran bayi baru lahir dalam keluarga dengan selamat dan tidak menganggu

Berkemungkinan besar haiwan peliharaan di rumah sudah dapat ‘menghidu’ ada ahli baharu yang bakal masuk dalam keluarga setelah melihat perut ibu mengandung semakin menonjol.

Lagipun binatang juga kebanyakannya golongan mamalia dan juga pembuat bayi. Ini bukan bermakna ia tidak akan cemburu kerana selama ini ia sudah menjadi ”bayi” dalam hidup anda sehingga sekarang.

Tips persediaan haiwan peliharaan di rumah

kucing dan bayi baru lahir

Bagi mengelakkan haiwan peliharaan di rumah seperti anjing, kucing dan lain-lain tertekan apabila bayi pulang ke rumah, ada beberapa tips serta panduan buat ibu ayah. 

Antaranya ialah:

#1. Perkenalkan haiwan kesayangan anda kepada bunyi dan bau bayi

Tidak dinafikan bahawa bayi baru lahir akan kerap menangis sebagai cara mereka berkomunikasi dengan orang sekeliling untuk menyampaikan rasa tidak selesa, lapar, letih ataupun sedih.

Sebenarnya bunyi tangisan ini boleh membebankan haiwan peliharaan di rumah. Anjing dan kucing menjadi tertekan, kecewa dan gelisah.

Untuk mengelakkan ini berlaku, American Society for the Prevention of Cruelty to Animals (ASPCA) mengesyorkan memperkenalkan bunyi dan bau bayi kepada haiwan kesayangan anda dengan lebih awal.

Malah, mereka mencadangkan menggunakan rakaman bunyi bayi untuk membantu haiwan membiasakan dirinya dari awal.

Berbanding rasa takut dan terkejut dengan bunyi bising, haiwan peliharaan di rumah anda yang sudah terbiasa dengannya akan menyambut dengan baik kedatangan ‘ahli baru’ dalam keluarga.

”Binatang peliharaan ini akan belajar untuk meramalkan perhatian dan layanan,” jelas ASPCA.

#2. Rutin dan tanggungjawab penjagaan haiwan peliharaan

Segala-galanya akan berubah setelah kehadiran bayi baru lahir termasuklah kehidupan ibu ayah dan juga haiwan peliharaan  di rumah anda.

Tempoh berjalan setiap hari mungkin dikurangkan, rutin harian turut akan berubah dan  masa bermain akan terjejas kerana fokus anda adalah untuk mengurus bayi baru lahir.

Justeru beberapa hari yang pertama setelah bersalin adalah amat memenatkan. Minta bantuan pasangan atau orang terdekat untuk mengambil alih tugas menjaga haiwan peliharaan buat sementara waktu.

AKC mencadangkan membuat perubahan pada rutin haiwan kesayangan sebelum kelahiran bayi baru bagi mengelakkan makan minum, masa bermain dan mandi terabai.

Sekiranya tiada yang ingin menjaganya ketika anda berpantang, pertimbangkan untuk meletakkan binatang peliharaan anda di hotel haiwan.

#3. Wujudkan peraturan baru

binatang peliharaan dan bayi

Menetapkan sempadan sebelum kelahiran bayi adalah amat penting. Jika tidak, haiwan kesayangan di rumah mungkin akan tidak suka atau menunjukkan tanda protes di atas kegembiraan baharu anda.

“Jika anda tidak mahu kucing atau anjing duduk di atas perabot atau katil selepas bayi tiba, perkenalkan sekatan itu sekarang,” kata ASPCA.

“Jika tidak mahu kucing melompat ke atas anda ketika sedang membawa bayi baruatau memegangnya di pangkuan, mula mengajarkan bintang peliharaan untuk mengekalkan keempat-empat kakinya di atas lantai.”

Selain itu sekiranya haiwan kesayangan anda terbiasa tidur di katil atau bilik dan anda mahu itu berubah, penting untuk mula melaksanakan perubahan tersebut secepat mungkin.

#4. Bawa pulang selimut atau seluar yang bayi anda pakai sebelum keluar

Salah satu cara yang paling popular dan terkenal untuk memperkenalkan ”bayi berbulu” anda kepada bayi baru adalah dengan membawa pulang selimut atau pakaian pertama si kecil anda.

Melakukannya akan membantu haiwan kesayangan di rumah membiasakan diri dengan bau bayi sebelum pertemuan kali pertama mereka.

#5. Perkenal haiwan kesayangan kepada bayi

Setelah anda melakukan beberapa persediaan dan memilih waktu yang sesuai, adalah penting untuk perkenalkan bayi baru lahir dengan perlahan-lahan.

Sebaik sahaja anda dan bayi pulang ke rumah, ibu ayah perlu memperkenalkan anjing atau kucing anda secara rasmi kepada ahli keluarga mereka yang terbaharu, tetapi ASPCA mengesyorkan anda untuk menunggu sekurang-kurangnya beberapa minit.

Hal yang paling penting adalah anda perlu sambut kucing atau anjing dengan cara yang sama seperti sebelum ini.

Ia bertujuan untuk mengelakkan haiwan peliharaan anda terkejut dan menerkam bayi dalam dukungan.

Sebaik sahaja anda telah mengadakan pertemuan yang tenang, anda boleh mengalu-alukan keluarga dan rakan yang mungkin berada di sana untuk melawat.

Walau bagaimanapun, pertemuaan kali pertama ini masih perlu dilakukan dengan perlahan dan berhati-hati.

Pastikan bayi baru lahir dalam pelukan anda pada setiap masa. Minta ahli keluarga lain mengendalikan anjing (yang sepatutnya diikat) atau kucing, dan hormati sempadan haiwan kesayangan anda.

Perhatikan respon haiwan peliharaan

haiwan peliharaan dan bayi

Jika haiwan kesayangan anda kelihatan jengkel atau cemas, berikannya sedikit ruang. Kemudian cuba lagi selepas beberapa hari.

Stories Rakan Kongsi
What You Need to Know about Heavy Metal in Baby Food: Here Are the Facts
What You Need to Know about Heavy Metal in Baby Food: Here Are the Facts
Starting Your Child on Solids: Is Organic Baby Food Better?
Starting Your Child on Solids: Is Organic Baby Food Better?
Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta
Kebenaran Tentang Cacar Air: Mitos & Fakta
Revitalize your skin during and after pregnancy
Revitalize your skin during and after pregnancy

Pastikan anda sentiasa mengawasi setiap interaksi haiwan peliharaan. Meskipun keadaan kelihatan baik, ibu ayah tidak boleh meninggalkan bayi atau anak kecil anda tanpa pengawasan dengan haiwan peliharaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Justeru pantau setiap interaksi. Campur tangan apabila perlu, dan berikan ruang kepada kucing atau anjing anda.

Pertemuan secara paksa boleh memudaratkan dan boleh mengakibatkan kesan calar dan gigitan. AKC juga mencadangkan agar anjing anda diikat dengan tali pendek, sekurang-kurangnya selama beberapa hari, apabila mula mengenali bayi baru.

Kesimpulannya menjaga bayi baru lahir dan haiwan peliharaan di rumah boleh menjadi sukar untuk beberapa hari pertama.

Tetapi dengan sedikit persediaan dan banyak kesabaran, anda akan dapati ada ruang di rumah anda (dan hati) untuk haiwan berkaki empat dan bayi comel yang baru lahir.

Semoga bermanfaat!

Healthline

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Mandi Bayi Baru Lahir, Lakukan 5 Perkara Ini Untuk Elak Bayi Menangis Ketika Mandian!

Baca juga: Anak Anda Suka Pokok & Binatang? Mungkin Mereka Ini Jenis “Naturalistic Learner”!

Baca juga: Memilih Keperluan Bayi Bakal Lahir, Ikutkan Hati Semua Nak Beli – Tips Jimat & Lengkap

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi Baru Lahir
  • /
  • Bela Haiwan Peliharaan Di Rumah, Ini 5 Tips Persediaan Kehadiran Bayi Baru Lahir
Kongsikan:
Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.