TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Mandi Bayi Baru Lahir, Lakukan 5 Perkara Ini Untuk Elak Bayi Menangis Ketika Mandian!

4 min bacaan
Cara Mandi Bayi Baru Lahir, Lakukan 5 Perkara Ini Untuk Elak Bayi Menangis Ketika Mandian!

Mandi bayi ada caranya barulah bayi rasa selesa, tak terkejut dan menangis. Suhu air kena betul dan sabun yang dipilih mestilah tepat!

Cara mandi bayi  baru lahir perlulah diketahui oleh semua para ibu bapa, lebih-lebih lagi pasangan yang baru menimang anak. Jadi, apakah langkah terbaik untuk memandikan anak, ya?

Di hadapan anda sudah lengkap dengan barangan untuk mandikan bayi baru lahir anda; tuala, sabun, tab mandi bayi  dan rubber ducky  untuk menemani perjalanan berbuih anak anda. 

Baik, semua dah lengkap. Tapi, macam mana nak mandikan si manja ini? Inilah persoalan yang seringkali tertanya oleh para ibu bapa yang baru mendapat cahaya mata buat kali pertama.

Tidak dinafikan, para ibu bapa mungkin mempunyai kerisauan berkaitan dengan proses memandikan anak termasuklah keresahan tentang suhu air, buih-buih di bahagian kepala anak dan sebagainya. Kami faham, keterujaan melengkapkan barangan bayi itu kadang-kala dapat buat kita lupa kita tidak tahu cara yang betul!

Oleh sebab itu, kami akan membantu melancarkan proses anda mandikan anak anda dengan 5 langkah mudah dalam artikel ini.  Jadi, mari kita lihat langkah-langkah tersebut!

Cara mandi bayi  baru lahir

mandi bayi

Foto: Klikdokter.com

#1. Tetapkan suhu yang betul

Anda boleh mula mengisi sinki atau tab mandi bayi  anda dengan beberapa inci air suam. Air mandian tersebut haruslah berada di dalam lingkungan 32 hingga 37 darjah Celsius. Tapi, tak perlu susah-susah ukur suhu guna termometer pun, cukuplah sekadar anda mencelup tangan dan merasakan air tersebut suam-suam kuku maka bolehlah si manja mandi dengan selesa! Selepas mengisi bekas tersebut dengan air mandikan, pastikan anda mengacau air tersebut menggunakan tangan anda supaya suhu air diratakan.

#2. Letakkan bayi ke dalam bekas mandi

Dengan menggunakan satu lengan, pangku anak anda untuk menyokong belakang, kepala dan lehernya dan letakkan bayi anda ke dalam bekas mandi secara perlahan-lahan. Kepala si manja berada di bahagian atas lengan, manakala badannya akan berada dia lipatan siku anda. 

#3. Mandi bayi mula bahagian kepala bayi

mandi bayi

Foto: PantangPlus

Dengan menggunakan kapas atau kain lembut yang bersih dan lembap, mula bersihkan di kawasan mata anak anda. Gunakan kapas yang berbeza untuk kedua-dua mata; mulakan membersih dari hujung dalam ke luar mata bayi. Selepas itu, dengan menggunakan kain yang lembut, lap di bahagian mulut, hidung dan keseluruhan muka bayi. Jangan lupa bersihkan celahan leher dan belakang telinga, ya!

#4. Bersihkan badan bayi

Gunakan sabun yang selamat digunakan untuk bayi dan basuh bahagian badan anak. Ibu dan ayah perlu memastikan sabun yang digunakan tidak mengandungi terlalu banyak bahan kimia, lagi-lagi jika kulit si manja sensitif. Kemudian, syampu rambut anak anda jika mereka mempunyai rambut yang lebat. Selepas itu, bersihkan di bahagian kemaluan anak; dari hadapan ke belakang*. Seterusnya, jiruskan sedikit air ke atas badannya.

*Ibu dan ayah perlu memastikan pembersihan kemaluan anak dilakukan dari hadapan ke belakang untuk mengelakkan penyebaran thrush atau fungus yis ke kemaluan anak.

#5. Penjagaan selepas mandi

Angkat anak anda dengan perlahan sambil menyokong kepalanya, dan terus balut badannya menggunakan tuala untuk mengelakkan si manja terdedah kepada sejuk selepas mandi. Lap badan anak anda dengan perlahan termasuk celahan-celahan untuk mengelakkan kelembapan yang berlebihan. Sebelum memakaikan baju pada anak anda, sapu pelembap kulit bayi yang lembut ke atas badan mereka untuk mengurangkan risiko kulit kering dan ruam.

Cara mandi bayi kulit ekzema

mandi bayi

Foto: Izliyah Kitchen

Bila anak dah terkena ekzema ni, pemilihan sabun yang sesuai penting bagi mengekalkan kelembapan dalam kulit.

Pilih sabun dengan pH seimbang dan mengandungi bahan yang mampu menyingkirkan minyak semulajadi dari kulit serta dehidrasi untuk kulit yang sihat!

Dan kalau boleh ketika mandian elakkan air yang terlalu suam, kalau suhu bilik sudah memadai. Ia dapat membuat kulit anak terasa lebih lega akibat gatal-gatal. 

Dan sebelum mandian sapukan satu lapisan krim Aqua (boleh didapati di farmasi) dan mandikan bayi seperti biasa. 

Haa, dah siap! Senang bukan? Ibu bapa tidak perlu risau untuk mandi bayi dah selepas ini! 

Selamat maju jaya buat pihak ibu bapa dan anak!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: FreeMalaysiaToday

Baca juga: Begini Cara Mandian Bayi Baru Lahir Untuk Anda Yang Masih Tidak Tahu

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Cara Mandi Bayi Baru Lahir, Lakukan 5 Perkara Ini Untuk Elak Bayi Menangis Ketika Mandian!
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham