Satu perkara yang ibu bapa baharu perlu tahu adalah bayi baru lahir sememangnya mempunyai kulit yang sensitif. Jadi jangan terkejut sekiranya bayi anda mempunyai pelbagai masalah kulit apabila dia lahir nanti. Sememangnya bayi kulit sensitif adalah cukup normal.
Malah setiap bulan boleh dikatakan bayi akan menghadapi masalah kulit yang berbeza. Dari ruam biasa hinggalah ke ekzema. Namun tidak semua masalah kulit bayi adalah kronik, selalunya ia adalah masalah yang normal.
Walau bagaimanapun ada tips dan cara mudah untuk anda bantu masalah kulit ini dari menjadi semakin teruk dan sebelum itu anda perlu tahu apakah 10 masalah kulit yang mungkin bayi baru lahir akan hadapi nanti.
10 masalah bayi kulit sensitif
1. Ruam badan
Kebanyakan bayi yang baru lahir memang cukup sinonim dengan ruam. Namun ruam pada bayi baru lahir tidak serius dan kekal lama. Dia akan hilang dengan sendirinya. Memanglah penjagaan kulit bayi ini agak rumit, salah jenis material baju pun boleh buat ruam.
2. Ruam lampin
Kala bayi mempunyai kulit kemerah-merahan di sekitar punggung, pelipat peha dan alat sulit maka ia dinamakan ruam lampin. Ruam lampin berlaku kerana rengsaan kulit kerana lampin pakai buang terlalu ketat, lampin basah yang dibiarkan terlalu lama atau kepada sabun. Tisu lembap yang yang mengandungi bahan kimia yang terlalu kuat. Sediakan saja krim ruam yang anda boleh dapati di farmasi.
3. Jerawat dan bintik putih
Jerawat pada bayi ada kaitan dengan yis, bukan kerana kelenjar minyak tersumbat macam orang dewasa. Jerawat di hidung dan pipi bayi biasanya akan hilang sendiri dalam masa beberapa minggu.
4. Tanda lahir
Tanda lahir ini berbeza-beza pada setiap bayi, ada yang bertanda gelap di bahagian badan. Namun anda tidak perlu bimbang, ia tidak memerlukan apa-apa rawatan pun, seperti bayi saya ketika lahir, dia mempunyai setompok gelap dibahagian punggung, tapi lama kelamaan tompok gelap itu kelihatan makin cerah.
5. Kulit kering
Setiap bayi yang baru lahir akan kulitnya akan diselaputi kulit kering dan mengelupas yang bila kita lihat pun rasa geram nak kopek. Malah ia juga sering terjadi pada bayi yang lahir lewat. Tapi awas ya, jangan cuba tanggalkan sendiri nanti kulit bayi akan terluka. Biarkan ia akan gugur dengan sendirinya, bila semuanya gugur nanti dan bersalin kulit, kulit bayi anda akan lebih licin dan mulus!
6. Kepala berkerak (craddle cap)
Kulit kepala yang berkerak ini selalunya terjadi pada bulan pertama atau kedua. Dan ia akan hilang dengan sendirinya sebaik anak meningkat usia. Kadang-kadang selepas beberapa bulan dan ada juga yang sehingga setahun. Ia disebabkan oleh lebihan minyak. Ia muncul dalam bentuk bersisik yang seakan lilin pada kulit kepada, belakang telinga dan sisi hidung.
7. Ruam panas
Apabila bayi sering dipakaikan baju berlengan panjang dan berseluar panjang, ruam akan muncul akibat peluh bayi. Malah bayi juga perlu memakai baju yang diperbuat dari kapas. Agar kulit bayi dapat bernafas dengan baik. Ia akan muncul pada bahagian leher, lengan, celah lutut dan ketiak. Jadi sentiasa pakaikan bayi anda baju yang ringan, dan elakkan bayi anda berpeluh dengan banyak.
8. Rengsa sabun
Tahu tak bayi baru lahir tak memerlukan sabun pun untuk mandi. Air bersih sudah cukup untuk bilas si kecil yang suci itu. Namun saya pasti, ramai kan ibu bapa yang rasa tidak puas kalau tak guna sabun. Tiada masalah namun gunalah sabun yang khas untuk kulit bayi sensitif. Selalunya sabun jenis ini hadir dengan formula yang sangat ringan dan lembut untuk bayi.
9. Milia
Orang dewasa selalu ada ini. Ia dipanggil jerawat kecil yang seakan berbiji putih. Milia selalu wujud di bahagian pipi atau hidung. Sama seperti masalah kulit lain ia akan hilang dengan sendiri apabila tiba waktunya.
10. Alergi
Jangan sesekali campurkan baju anda dengan baju bayi anda yang baru lahir. Ini kerana sabun yang digunakan untuk orang dewasa adalah kuat formulanya. Gunakan sabun detergen spesifik untuk bayi barulah ia selamat dan lembut untuk kulit bayi anda. Kalau tak nanti tumbuhla kemerahan yang tidak diingini pada kulit bayi anda, gatal pula tu!
Cara mengatasi kulit bayi sensitif
1. Elakkan pegang bayi sebelum mencuci tangan
Dengan normal baru sekarang, apa kata anda amalkan juga setiap kali anda ingin memegang bayi anda. Kulit bayi sensitif perlu dijaga seteliti yang mungkin, jadi anda tidak tahu dari mana kotoran atau kuman yang mungkin menghinggap pada kulit bayi anda, lagi-lagi tangan anda sendiri.
2. Mandi sebelum memeluk bayi
Ini pun ibu bapa perlu peka, terutama yang berkerja. Suami saya selalu pulang dari kerja terus nak mendukung dan memeluk bayi. Elakkan ya, tolong ingatkan suami udara di luar bukanlah bersih, dan semua kotoran itu boleh melekat pada baju lepas itu dipeluknya pula bayi memanglah kulit bayi akan rengsa selepas itu. Seeloknya mandi dulu lebih-lebih lagi pada musim pandemik ini, lagilah kena berhati-hati. Pakai baju yang bersih dan anda boleh gomol bayi sepuas hati.
3. Elak pakaikan baju bayi berulang kali
Setiap kali bayi mandi tukarkan baju, dan bila dia muntah dan terkena baju pun tukarkan baju baru. Jangan kerana nak jimat dari asyik membasuh baju bayi anda pakaikan ia berulang kali walaupun tiada kesan kotor. Bayi memangla tidak kotor dan berdaki seperti orang dewasa, namun mereka tetap berpeluh. Peluh yang lama hinggap pada kulit bayi akan memberi kesan juga. Nanti muncullah ruam yang tidak diingini.
4. Memakai rangkaian Cetaphil Baby Range dan Cetaphil Baby Advanced Protection Cream
Ini antara produk yang saya gunakan ketika bayi saya mengalami kegatalan kulit pada usia dia 3 bulan. Memanglah bukan mudah untuk merawat kegatalan kulit ini, namun apa yang anda boleh lakukan adalah legakan kegatalan dan elakkan kulit dari menjadi kering. Dan percayalah dengan rangkaian Cetaphil Baby, ia boleh membantu melindungi lapisan kulit bayi.
Rakan saya Anis Hanini, seorang suri rumah yang pada awalnya rekemen rangkaian ini, dan dia juga direkemen oleh Pakar Pediatrik anaknya sendiri. Lebih menarik kini mereka hadir dengan krim yang menjanjikan perlindungan untuk kulit bayi yang sensitif. Ia dapat mengelakkan kulit bayi menjadi kering, dan sekiranya kulit bayi anda kering dan mengelupas ia berupaya mengembalikan lembapan yang sempurna pada kulit.
Formula krim ini juga cukup lembut, bebas alergi dan paraben, tanpa minyak mineral atau bahan dari sumber haiwan. Kaya dengan bahan semula jadi seperti calendula organik yang diiktiraf, allantoin, minyak shea untuk menghasilkan lembapan kulit secara semula jadi selama 8 jam serta menguatkan perlindungan kulit. Cukup serasi untuk kulit bayi baru lahir yang nipis dan sensitif.
Cetaphil Baby Moisturizing Bath & Wash
Antara produk Cetaphil Baby yang hadir dalam rangkaian ini adalah:
Cetaphil Baby Daily Lotion
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang rangkaian ini anda boleh klik link di bawah:
Laman Web Cetaphil, Facebook Cetaphil, Instagram Cetaphil
Sumber: Healthline, Web MD
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!