TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

"Ekzema boleh jangkit ke? Kawan anak ada ekzema, adakah anak saya selamat?"

3 min bacaan
"Ekzema boleh jangkit ke? Kawan anak ada ekzema, adakah anak saya selamat?"

Adakah anak anda mempunyai ekzema atau anda mengenali orang yang mempunyai ekzema dan anda tertanya-tanya "ekzema berjangkit ke?" Ketahui jawapannya...

Ekzema berjangkit ke? Itu antara soalan yang paling kerap kami terima. Pasti ramai ibu bapa yang tertanya-tanya dan ingin tahu sama ada adakah ekzema ini penyakit yang berjangkit.

Sebab itu pada artikel kali ini, kami di theAsianparent Malaysia akan mengumpul maklumat tentang adakah ekzema berjangkit dari pakar-pakar dan menjelaskan pada anda beberapa info tentang ekzema ini.

Apa itu ekzema pada bayi?

ekzema berjangkit ke, ekzema, ekzema pada anak, ekzema bayi, masalah ekzema, penyelesaian ekzema,

Ekzema atau dikenali sebagai atopik dermatitis, boleh membuatkan kulit gatal, meradang dan sangat kering.

Simptom normal biasanya termasuk kulit tebal, bersisik dan merekah dan tompokan berwarna merah atau coklat boleh muncul di mana-mana bahagian badan lebih-lebih lagi di tangan, kaki, buku lali, pergelangan tangan, leher, lutut dan siku.

Ekzema juga boleh menyebabkan benjolan kecil yang akan berkerak apabila anda garu. Menggarunya juga boleh menyebabkan kulit anda bengkak atau berdarah.

Walaupun ekzema boleh dikurangkan dengan melembapkan kulit untuk melawan rasa gatal dan ubat untuk melawan keradangan, penyakit ini tak ada ubat untuk menyembuhkannya.

Namun berita baiknya, kebanyakan bayi yang menghidap ekzema akan sembuh dengan sendiri apabila mereka membesar.

Ekzema berjangkit ke?

ekzema berjangkit ke, ekzema, ekzema pada anak, ekzema bayi, masalah ekzema, penyelesaian ekzema,

Ekzema terjadi disebabkan penghalang kulit yang tak berfungsi. Penghalang kulit ini berfungsi untuk memberi perlindungan dari ancaman luar seperti bakteria, iritasi dan alahan.

Jika anda mempunyai ekzema, variasi gen “menghalang” penghalang kulit ini dari memberikan perlindungan dan menyebabkan kulit anda mudah mendapat iritasi dan menyebabkan anda mendapat simptom ekzema.

Gen variasi ini juga membuktikan kenapa ekzema tidak berjangkit. 

Dr. Zeichner berkata:

“Anda tak boleh menyebarkan ekzema kepada sesiapa kerana ia berada dalam gen anda.”

Penyakit berjangkit biasanya berjangkit melalui virus, bakteria, kulat atau parasit. Jadi, oleh kerana gen variasi ini adalah penyebab ekzema dan bukan kerana mikroorganisma yang lain, penyakit ini bukan penyakit berjangkit.

Pertanyaan “ekzema berjangkit ke?” sering menjadi pertanyaan orang luar kerana ekzema ini boleh disebabkan oleh penyakit keturunan.

Jika seseorang mempunyai ibu bapa atau adik beradik yang mempunyai ekzema, mereka mempunyai risiko untuk mendapat ekzema. Oleh kerana ini, ekzema kelihatan seperti penyakit berjangkit.

Apa yang boleh anda lakukan jika anak mempunyai ekzema?

ekzema berjangkit ke, ekzema, ekzema pada anak, ekzema bayi, masalah ekzema, penyelesaian ekzema,

Walaupun ekzema tak boleh dirawat, tapi ada beberapa cara untuk anda mengawalnya. Ikuti langkah-langkah ini:

  • Jika anak anda mempunyai ekzema, perhatikan apa yang membuatkan ekzema anak anda naik dan catatkan supaya mudah untuk anda berbincang dengan doktor.
  • Beberapa pakar mengatakan, pendedahan kepada makanan tertentu boleh menyebabkan ekzema menjadi semakin teruk. Sebelum anda mendapat nasihat dari doktor tentang perkara ini, jangan ubah pemakanan anak secara drastik kerana hanya 10% kanak-kanak yang mempunyai ekzema disebabkan oleh makanan.
  • Habuk juga dikatakan boleh menyebabkan ekzema. Walaupun belum ada bukti yang kukuh lagi, anda boleh mengurangkan risiko ini dengan membersihkan tempat tidur anak anda setiap minggu dan udarakan bilik setiap hari.
  • Cuaca dan bilik yang panas boleh membuatkan ekzema menjadi semakin teruk, oleh itu, pastikan anak anda memakai baju yang nipis dan menjaga suhu bilik agar tak terlalu panas.
  • Potong kuku anak anda untuk mengelakkan iritasi kulit sekiranya mereka garu pada bahagian yang gatal.

Jadi, jika anda atau anak anda mempunyai ekzema, sekarang anda boleh beritahu orang lain yang mereka tak perlu risau kerana ia tak berjangkit.

Jika anda tak mempunyai ekzema, anda sekarang tak perlu risau untuk dekat dengan orang yang mempunyai ekzema.

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber rujukan: SELF, WebMD, Mayo Clinic

Baca juga:

Cara Paling Mudah Untuk Elak Ekzema Pada Bayi Anda

 

 

 

Stories Rakan Kongsi
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Masalah Anemia Atau Kekurangan Darah Merah Boleh Terjadi Disebabkan Pelbagai Punca
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Keep Your Child’s Health And Safety At Home In Tip Top Order During This Pandemic Season
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Rawatan Cirit Birit Di Rumah Mengikut Usia Anak, Ini Yang Ibu Bapa Perlu Tahu
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!
Ketahui 6 Punca Sakit Badan dan Jenis Sakit Badan Yang Biasa Dialami. Ini Cara Merawatnya!

 

 

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Penyakit
  • /
  • "Ekzema boleh jangkit ke? Kawan anak ada ekzema, adakah anak saya selamat?"
Kongsikan:
  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

    Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

  • Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

    Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

  • Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

    Penyakit RSV Pada Bayi & Kanak-Kanak: Simptom, Rawatan Dan Langkah Pencegahan

  • Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

    Ubat Cirit Birit Dan Demam Bayi, Apa Yang Sesuai?

  • Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

    Cara Tradisional Turunkan Panas Demam Anak: Letakkan Tuala Basah Di Kepala, Tapak Kaki, Pelipat

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham