X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cara jaga kebersihan kemaluan bayi perempuan: Panduan lengkap buat ibu bapa

4 min bacaan
Cara jaga kebersihan kemaluan bayi perempuan: Panduan lengkap buat ibu bapa

Penting untuk anda sebagai ibu bapa untuk mengetahui cara membersihkan kemaluan bayi perempuan ini bagi mengelakkan jangkitan yang tak diingini.

Baru-baru ini, seorang bayi berusia 11 bulan telah terkena jangkitan saluran kencing kerana kemaluannya dibersihkan dengan cara yang salah.

Ini hanyalah salah satu dari jangkitan yang boleh dihidapi jika tak mengikut cara membersihkan kemaluan bayi perempuan dengan betul.

Artikel ini akan memberi anda panduan lengkap tentang apa yang normal dan tak normal tentang kemaluan bayi perempuan anda dan memberikan cara membersihkan kemaluan bayi perempuan dengan betul.

Cara membersihkan kemaluan bayi perempuan: Apa yang anda perlu tahu?

Pakar kanak-kanak, Dr. Laura Jana berkata, adalah normal jika anda melihat kemaluan bayi perempuan anda sedikit bengkak selepas lahir.

Khususnya, anda akan perasan bibir luar vagina (labia majora) bengkak dan kulit labia akan licin atau sedikit berkedut.

Normal jika anda ternampak sedikit tisu berwarna pink terkeluar di antara labia. Ini dipanggil humenal tag dan akan hilang sendiri ke dalam labia apabila kemaluan anak perempuan anda berkembang.

Jika anda lihat bayi mengeluarkan cecair berwarna jernih, putih atau kemerahan seperti darah haid, ini juga normal.

Ia terjadi disebabkan oleh kesan hormon ibu yang masuk ke dalam badan bayi dan akan hilang sendiri dalam beberapa minggu.

Jika keadaan ini berlaku, jangan gosok vagina anak anda. Jika dalam masa beberapa minggu cecair ini tak hilang dan mengeluarkan bau, hubungi doktor anda dengan segera.

Cara membersihkan kemaluan bayi perempuan dengan betul

1 – Waktu mandi

cara membersihkan kemaluan bayi perempuan, cara membersihkan kemaluan, bayi perempuan, hernia pada bayi, jangkitan saluran kencing, cara tukar lampin bayi, cara bersihkan kemaluan bayi

Kemaluan bayi perempuan anda sangat sensitif, jadi anda perlu berhati-hati semasa membersihkannya.

Pada dua minggu pertama, ramai ibu bapa memilih untuk membersihkan kawasan ini dengan hanya menggunakan air yang bersih dan kapas.

Tapi jika anda ingin menggunakan sedikit sabun bayi ke dalam air yang anda gunakan juga tak menjadi masalah. Anda juga boleh gunakan tisu basah tanpa bau atau kedua-dua cara sekali.

Pastikan sabun yang anda pilih adalah sesuai dengan bayi dengan mengujinya di kawasan kecil kulit bayi anda.

Jika sabun tersebut sesuai dengan bayi, campurkan sedikit ke dalam air dan celupkan kain lembut atau span dan bersihkan kawasan kemaluan dari depan ke belakang.

Jangan gosok kawasan kemaluan bayi anda semasa membersihkan. Apabila selesai mandi, lap dengan cara menekapkan tuala perlahan-lahan untuk mengeringkan air dan bukan dengan menggosok.

Ingat: jika bayi anda buang air besar sebelum waktu mandi, bersihkan kawasan kemaluannya dulu sebelum memasukkannya ke dalam air mandi.

2 – Semasa menukar lampin

cara membersihkan kemaluan bayi perempuan, cara membersihkan kemaluan, bayi perempuan, hernia pada bayi, jangkitan saluran kencing, cara tukar lampin bayi, cara bersihkan kemaluan bayi

Pertama, gunakan lampin untuk membersihkan kotoran pada kawasan kemaluan. 

Gunakan tisu basah atau kapas dan usap dari depan ke belakang. Guna tisu basah yang baru selepas satu usapan.

Membersihkan kemaluan dengan cara ini akan mengelakkan bakteria dari punggung bayi berpindah ke vagina.

Tepuk kawasan kemaluan dengan lembut untuk mengeringkan dan anda boleh meletakkan krim lampin jika anda mahu sebelum memakaikan lampin baru.

Semasa menukar lampin, jika anda perasan yang najis telah masuk ke dalam bibir vagina, ini adalah cara yang betul untuk membersihkannya:

  • Selepas membasuh tangan dengan bersih, perlahan-lahan buka bibir vagina bayi anda.
  • Gunakan kain lembab yang bersih atau tisu basah dan perlahan-lahan bersihkan kawasan dari depan ke belakang bermula dari tengah vagina di tempat yang kotor
  • Jika bayi anda lasak dan banyak bergerak, gunakan air dan sedikit sabun untuk membersihkan kemaluan mereka.

3 masalah kesihatan jika cara membersihkan kemaluan bayi perempuan salah

1. Inguinal Hernia

Menurut Dr. Victoria Rogers McEvoy penolong profesor di Sekolah Perubatan Harvard, keadaan ini terjadi apabila tisu badan seperti gelung usus bergerak ke kanal inguinal yang terbuka.

Ini akan menyebabkan benjolan yang tak menyakitkan di kawasan pangkal paha anak anda yang akan anda perasan semasa menukarkan lampinnya.

cara membersihkan kemaluan bayi perempuan, cara membersihkan kemaluan, bayi perempuan, hernia pada bayi, jangkitan saluran kencing, cara tukar lampin bayi, cara bersihkan kemaluan bayi

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring

2. Jangkitan saluran kencing (UTI)

Bayi anda boleh mendapat UTI dari bakteria yang telah membiak di dalam saluran kencingnya.

Untuk bayi perempuan, uretra dan lubang punggung jaraknya sangat dekat dan risiko untuk mendapat UTI lebih tinggi jika tak dibersihkan dengan betul selepas buang air besar atau kecil.

Ini sebabnya kenapa ia penting untuk anda sentiasa membersihkan kawasan kemaluannya dari depan ke belakang  untuk mengelakkan najisnya berpindah ke vagina.

Biasanya, tanda UTI adalah demam yang tinggi. Tapi kadang-kadang, ia akan disertai dengan tak selera makan, muntah-muntah, kencing berbau pelik dan mood tak menentu secara tiba-tiba.

Jika anda nampak tanda-tanda ini pada bayi anda, beritahu doktor dengan segera kerana UTI yang tak dirawat boleh merosakkan buah pinggang.

3. Labia melekat

Ini terjadi apabila kulit di depan vagina melekat. Ini biasanya terjadi kerana iritasi dari ruam lampin, kata Dr. Monique pakar ginekologi kanak-kanak di New York. Ia juga kadang-kadang boleh dilihat semasa bayi baru lahir.

Labia melekat ini biasanya tak sakit dan tak akan mengganggu bayi anda untuk kencing.

Lihat video di bawah untuk mendapatkan panduan tentang cara untuk menukar lampin bayi anda:

Segala maklumat di atas hanyalah untuk rujukan anda, jika bayi anda mempunyai apa-apa masalah kesihatan, sila rujuk dengan doktor untuk mendapatkan penjelasan yang lebih tepat.

 

 

 

 

 

Artikel asal ditulis oleh Nalika Unantenne dan diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore

Baca juga:

Cara Menjaga Kebersihan Kemaluan Bayi Lelaki: Panduan Buat Ibu Bapa

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Cara jaga kebersihan kemaluan bayi perempuan: Panduan lengkap buat ibu bapa
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

    Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

  • Pelan Simpanan Pendidikan Anak: Bila Masa Terbaik Untuk Bermula? Penting Untuk Elakkan Berhutang

    Pelan Simpanan Pendidikan Anak: Bila Masa Terbaik Untuk Bermula? Penting Untuk Elakkan Berhutang

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

    Punca Penyakit Ain Pada Bayi & Kanak-Kanak, Tanda, & Cara Menyembuhkannya

  • Pelan Simpanan Pendidikan Anak: Bila Masa Terbaik Untuk Bermula? Penting Untuk Elakkan Berhutang

    Pelan Simpanan Pendidikan Anak: Bila Masa Terbaik Untuk Bermula? Penting Untuk Elakkan Berhutang

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham