TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Kencing Sakit Selepas Bersama Dengan Suami? Adakah Anda Telah Mendapat Jangkitan?

3 min bacaan
Kencing Sakit Selepas Bersama Dengan Suami? Adakah Anda Telah Mendapat Jangkitan?

Anda mungkin sudah ada tabiat kencing selepas melakukan seks, tapi tahukah anda kencing sebelum seks juga boleh membantu mencegah jangkitan?

Kebanyakkan wanita ada tabiat suka menahan kencing hingga selepas melakukan seks untuk mengelak daripada mendapat jangkitan saluran kencing atau kencing kotor. Mereka juga sanggup tahan sehingga kencing sakit selepas bersama pasangan masing-masing.

Tapi tahukah anda, menurut pakar, wanita patut kencing sebelum melakukan seks juga?

Pakar wanita Jessica Shepherd memberitahu Cosmo yang seks boleh menyebabkan wanita menahan rasa kencing.

Akibat ini, wanita lebih cenderung mendapat spasme pundi kencing atau kencing kotor.

Wanita sering lupa untuk kencing kerana rasa macam potong stim pulak kalau terpaksa berhenti semasa aksi panas di bilik, kan?

Kencing Sakit Selepas Bersama Dengan Suami? Adakah Anda Telah Mendapat Jangkitan?

Kredit: Freepik

Tapi anda tidak harus mengabaikan kesihatan Ms V anda!

Kencing sakit selepas bersama – Apa hubungan antara kencing kotor dan hubungan intim?

Antara gejala-gejala kencing kotor adalah rasa sakit semasa kencing, sakit belakang dan kejang perut.

Walaupun kencing kotor boleh disebabkan oleh faktor-faktor lain, namun hubungan seks adalah punca yang paling biasa.

Menurut EverydayHealth.com, hubungan intim ini boleh meningkatkan risiko bakteria dari dubur atau kawasan genital masuk ke dalam saluran kencing, pundi kencing atau ginjal.

Wanita lebih cenderung untuk mendapat jangkitan ini sebab saluran kencing yang lebih pendek.

Bakteria boleh masuk ke dalam badan wanita dengan senang dan membawa jangkitan ke bahagian lain. Setiap kali wanita melakukan seks, dia akan menghadapi risiko jangkitan.

Dr. Hilda Hutcherson, OB-GYN dan profesor obstetrik di Columbia University College of Physicians and Surgeons menasihatkan wanita yang selalu terkena kencing kotor untuk kencing sebelum dan selepas bersetubuh.

“Apabila pundi kencing anda penuh dengan air kencing semasa bersetubuh, bakteria yang masuk ke dalam badan boleh bertambah, terutamanya jika anda tidak membuang air kencing selepas itu.”

Kencing Sakit Selepas Bersama Dengan Suami? Adakah Anda Telah Mendapat Jangkitan?

Kredit: adobe.com

Tapi ramai wanita tidak mahu kencing sebelum seks kerana mereka mengatakan seks akan rasa lebih oomph jika anda tahan kencing!

Okaylah… kalau anda betul-betul tak suka potong stim, bergembiralah dengan pilihan anda itu, kerana Dr. Hutcherson berkata hanya wanita yang sering kena kencing kotor perlu mengamalkan kencing sebelum melakukan seks.

Yang penting semua wanita harus mengamalkan membuang air kencing selepas bersetubuh. INI WAJIB, Ya!

Kencing sebelum “bersama” sebenarnya ada kebaikan tersendiri.

Apabila seorang wanita klimaks, mereka akan rasa seperti perlu kencing dan fokus mereka akan bertukar ke bahagian pundi kencing.

Ini boleh menghalang wanita dari mencapai klimaks sebenar yang dinanti-nantikan.

Cara lain untuk mengelak kencing kotor

Kencing Sakit Selepas Bersama Dengan Suami? Adakah Anda Telah Mendapat Jangkitan?

Kredit: Freepik

Jika anda takut terkena masalah kencing kotor, jangan sesekali lupa untuk buat amalan ini: 

  • Bersihkan kemaluan dan dubur sebelum dan selepas bersetubuh
  • Sentiasa kekal hidrat. Pastikan anda minum air yang banyak untuk membantu mengurangkan bakteria dalam saluran kencing
  • Elakkan penggunaan diafragma atau spermisida sebagai kawalan kelahiran

Kebanyakan sistem imun wanita yang sihat boleh menghapuskan bakteria yang menyebabkan jangkitan ini.

Kalau masih kurang pasti amalan yang anda perlu ikut, kencing selepas “bersama” dengan suami adalah pilihan yang lebih baik.

Sumber: She Knows

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Cara Untuk Menggalakkan Hubungan Seks Yang Sihat, Ini Yang Pasangan Berkahwin Perlu Tahu

Stories Rakan Kongsi
Asthma and How it Affects Us Emotionally, What to Do Then?
Asthma and How it Affects Us Emotionally, What to Do Then?
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!
Tips untuk Tingkatkan Sistem Pertahanan Badan Sekeluarga. Ambillah Susu - Sumber Protein Berkualiti Tinggi!
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Ibu-Ibu Wajib Baca! Ini 5 Kebaikan Minuman Coklat Yang Anda Mungkin Tidak Tahu!
Kuatkan Sistem Imun Anak Dengan Laktoferin
Kuatkan Sistem Imun Anak Dengan Laktoferin

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Kencing Sakit Selepas Bersama Dengan Suami? Adakah Anda Telah Mendapat Jangkitan?
Kongsikan:
  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

    Makanan Untuk Kesuburan Lelaki, 14 Jenis Ini Bagus Untuk Anda Amalkan Setiap Hari!

  • Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

    Pelincir Untuk Wanita Menopause, 4 Jenis Ini Paling Terbaik & Berkesan Untuk Anda Cuba!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham