X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Untuk Menggalakkan Hubungan Seks Yang Sihat, Ini Yang Pasangan Berkahwin Perlu Tahu

4 min bacaan
Cara Untuk Menggalakkan Hubungan Seks Yang Sihat, Ini Yang Pasangan Berkahwin Perlu Tahu

Untuk menggalakkan hubungan intim yang sihat bukan setakat perlu melakukannya setiap bulan. Anda juga perlu memastikan diri anda ‘fit to perform’. 

Bagi pasangan yang sudah lama berkahwin, pastinya sukar untuk mencari waktu untuk berhubungan intim bukan? Dengan anak-anak yang sudah berderet, dengan urusan rumah juga perlu bekerja di rumah pada masa yang sama. Namun sebenarnya penting untuk anda jaga hubungan intim dengan pasangan agar rumah tangga lebih harmoni. 

Dan untuk menggalakkan hubungan seks yang sihat bukan setakat mempunyai kitaran seks yang sempurna setiap bulan. Anda juga perlu memastikan diri anda ‘fit to perform’. 

Cara menggalakkan hubungan intim yang sihat

hubungan intim

#1. Jangan merokok

Sekiranya pasangan atau anda masih merokok, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berhenti. Bagi perokok sudah tentu anda tahu yang kandungan nikotin dalam tembakau berisiko untuk membuat saluran darah menjadi sempit khususnya pada bahagian zakar. Kesannya pada hubungan intim? Sudah tentu akan terjejas! Ada kemungkinan nanti pasangan anda tidak boleh menaikkan zakarnya, atau erti kata lain tiada ereksi. 

#2. Hubungan seks yang fleksibel

Sekiranya anda berasa ‘pressure’ untuk kerap melakukannya hanya kerana ingin mengecapi bilangan ideal untuk melakukan hubungan intim, ternyata ianya salah. Tiada peraturan dan bilangan yang tepat berapa kali anda patut lakukan dalam seminggu atau sebulan. Asalkan anda dan pasangan saling memahami dan melakukannya dengan penuh kemesraan dan keghairahan maka sebulan sekali pun boleh. 

Tahap libido seseorang adalah berbeza. Anda tidak boleh ikut gaya hidup orang lain contoh jika rakan karib anda asyik bercerita dia dan pasangan melakukan hubungan intim 3 kali seminggu, tak bermakna anda perlu ikut. Nafsu seks kita dipengaruhi oleh banyak faktor, seperti pekerjaan, usia, kesihatan dan tekanan harian. 

Jadi jangan sesekali rasa pressure untuk melakukan hubungan intim hanya kerana orang lain menetapkan bilangan untuk anda.

Yang penting anda dan pasangan saling memahami dan punyai cara tersendiri dalam mengatur kehidupan seks anda. 

#4. Kawal pemakanan

Sekiranya anda makan malam terlalu kenyang, ia akan memberi efek kepada nafsu berahi anda malam itu. Pastikan anda makan sedang-sedang sahaja sekiranya anda dan pasangan sudah merancang untuk bersama malam itu. Dan elok jika anda makan makanan yang mampu menaikkan nafsu berahi seperti makanan pedas, sayuran seperti timun, atau buah-buahan seperti betik atau strawberi, dan macam-macam lagilah.

#5. Lakukan eksperimen

hubungan intim

Cuba tampil berlainan dalam aksi anda, contohnya anda boleh lakukannya di tempat berlainan selain di dalam bilik tidur. Jika mahukan sedikit keseronokan, pasangkan lilin dan tutup gelap semua lampu dan jika rumah anda mempunyai pemandangan yang menarik bukalah tingkap dan beraksi! Tapi pastikan tingkap rumah anda tidak berhadapan dengan rumah orang lain ya, takut nanti jadi persembahan percuma pula,

#6. Berbincang dengan rakan-rakan

Anda dan rakan-rakan yang sudah berkahwin mesti tidak lagi rasakan topik seks ini adalah sesuatu yang tabu bukan? Boleh kata di era moden ini, rakan-rakan rapat biasa menceritakan macam-macam tentang kehidupan peribadi tapi yang masih berbataslah tidaklah sampai detail. Jadi sentiasa bertukar idea, dan minta pendapat apa yang patut dilakukan untuk menghangatkan hubungan intim dan sebagainya. 

#7. Lakukan urutan batin sebelum bersama

hubungan intim

  • Mulakan urutan di bahagian telinga pasangan dengan jari. Urut semua bahagian kanan telinga dari atas ke bawah. Jangan lupa cuping telinga! Kemudian, telinga kiri pula.
  • Urut bahagian kening dan kepala pasangan dengan lembut melalui jari-jemari anda. Kemudian, beri fokus pada leher pasangan pula.
  • Letakkan tangan kanan anda di bahagian tulang belikat pasangan. Tekan dengan lembut.
  • Gerakkan tangan kiri anda di bahagian belakang bahu dari atas hingga ke bawah. Ulang urutan ini sebanyak 20 kali untuk bahu kanan dan kiri.
  • Angkat lengan pasangan, ramas dengan sekuat hati. Berikan ramasan dari hujung tangan atas hingga ke pergelangan tangan.

#8. Jangan jadikan video lucah sebagai rujukan

Menonton video lucah selepas berkahwin mungkin boleh membantu pasangan untuk mempelajari pelbagai teknik berasmara yang baharu untuk dicuba bersama pasangan.

Namun ia sebenarnya boleh memberi efek kepada lelaki untuk mengekalkan ereksi ketika bersama nanti. Malah anda juga tak mahu pasangan anda membayangkan pelakon porno ketika bersama bukan? 

Dan untuk pasangan yang menjadikannya rujukan, apabila anda cuba membuat aksi yang sama tapi tidak berasa selesa atau tidak berasa seronok seperti yang ditonton, akhirnya anda dan pasangan akan kecewa, sudahnya hubungan intim anda berakhir dengan kekecewaan. 

Sumber: Hellodoktor

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 

Cara Besarkan Zakar Tanpa Bantuan Ubat Atau Kaedah Yang Pelik & Berbahaya

Stories Rakan Kongsi
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
Mulakan Simpanan Pendidikan & Masa Depan Anak Seawal Mungkin, Pilihlah Cara Terbaik Untuk Tabungan Konsisten
4 reasons why you need insurance now that you’re pregnant
4 reasons why you need insurance now that you’re pregnant
5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
5 Perkara Ibu Bapa Baru Perlu Tahu Tentang Rotavirus Pada Bayi dan Anak-Anak Kecil
Every Mum should know this: The Innovative prebiotics oligosaccharide mixture GOS/lcFOS (9:1)
Every Mum should know this: The Innovative prebiotics oligosaccharide mixture GOS/lcFOS (9:1)

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Izzati Saadin

  • halaman rumah
  • /
  • Tip perkahwinan
  • /
  • Cara Untuk Menggalakkan Hubungan Seks Yang Sihat, Ini Yang Pasangan Berkahwin Perlu Tahu
Kongsikan:
  • Psstt Ini Tips Nak Eratkan Kembali Hubungan Dengan Suami Melalui Seks!

    Psstt Ini Tips Nak Eratkan Kembali Hubungan Dengan Suami Melalui Seks!

  • Hubungan Di Ranjang Tidak Perlu Lama, SEKS 5 MINIT Menjanjikan Kepuasan Berganda

    Hubungan Di Ranjang Tidak Perlu Lama, SEKS 5 MINIT Menjanjikan Kepuasan Berganda

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

  • Psstt Ini Tips Nak Eratkan Kembali Hubungan Dengan Suami Melalui Seks!

    Psstt Ini Tips Nak Eratkan Kembali Hubungan Dengan Suami Melalui Seks!

  • Hubungan Di Ranjang Tidak Perlu Lama, SEKS 5 MINIT Menjanjikan Kepuasan Berganda

    Hubungan Di Ranjang Tidak Perlu Lama, SEKS 5 MINIT Menjanjikan Kepuasan Berganda

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

    Pastikan Gigi Bayi Tumbuh Sempurna, Guna Ubat Gigi Yang Betul Untuk Anak Bawah 1 Tahun!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.