X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Imunisasi Untuk Anak di Malaysia

6 min bacaan
Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Imunisasi Untuk Anak di Malaysia

Dalam memberikan perlindungan terbaik buat anak dari penyakit berjangkit, ibu ayah perlu tahu segalanya tentang imunisasi untuk anak ini.

Sejak dunia dilanda pandemik, terdapat satu penekanan yang lebih besar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memperkenalkan lebih banyak langkah berjaga-jaga dengan mengemas kini jadual imunisasi untuk perlindungan kanak-kanak kecil.

Pada Disember 2020, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah mengumumkan bahawa vaksin Peumococal layak diambil oleh semua bayi baru lahir dan boleh didapati di Klinik Kesihatan KKM di seluruh Malaysia dan ia disenaraikan dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP)1.

Kanak-kanak yang dilahirkan 1 Januari 2020 dan seterusnya yang berusia 5 bulan ke atas layak menerima vaksin di bawah NIP yang dikemaskini.

Dr Noor Hisham menjelaskan bahawa vaksin pneumokokal konjugat (PCV) diberikan untuk mencegah pelbagai penyakit disebabkan oleh Streptococcus pneumoniae atau jangkitan bakteria pneumokokus yang boleh mengakibatkan1,2:

  • Penyakit radang paru-paru (pneumonia).
  • Radang sinus (sinusitis).
  • Jangkitan telinga tengah (otitis media).
  • Radang selaput otak.
  • Saraf tunjang (meningitis).
  • Jangkitan bakteria dalam darah (septicaemia).

Selain penambahan vaksin ini dalam senarai sedia ada, terdapat beberapa vaksin lain yang termasuk dalam NIP yang disediakan untuk semua ibu bapa secara percuma di klinik kerajaan.

Apakah Vaksin Yang Termasuk Dalam Program Imunisasi Kebangsaan3?

Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Imunisasi Untuk Anak di Malaysia
Jadual diadaptasi daripada Info Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia 2021

Terdapat banyak vaksin yang tersenarai dalam NIP, jadi ibu bapa boleh membuat temujanji di fasiliiti kesihatan kerajaan terdekat untuk mendapatkan imunisasi anak mengikut jadual.

Penting buat ibu bapa untuk mempertimbangkan memvaksin anak-anak mereka mengikut NIP bagi melindungi mereka daripada penyakit berjangkit dan berbahaya.

Ini 17 Penyakit Berbahaya Yang Boleh Dielakkan Jika Anak-Anak Divaksin

imunisasi untuk anak

Imej untuk tujuan ilustrasi sahaja

Vaksin amat penting untuk bayi kerana sistem imun mereka masih berkembang dari semasa ke semasa sejak mereka dilahirkan.

Oleh itu, dengan memberikan vaksin kepada bayi mengikut jadual yang ditetapkan, anda boleh melindungi mereka daripada penyakit yang meragut nyawa4. Contohnya:

  • Tuberkulosis (TB atau batuk kering) – Penyakit ini boleh menyebabkan jangkitan serius seperti meningitis dan merebak kepada organ lain5.
  • Difteria – Toksik dikeluarkan oleh bakteria boleh menyebabkan saluran pernafasan tersumbat6.
  • Pertusis (batuk kokol) – Boleh menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak7.
  • Tetanus – Keracunan bakteria yang boleh menyebabkan kekejangan pada otot-otot badan dan keupayaan membuka rahang8.
  • Haemophilus influenza jenis B (Hib) – Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan kepada paru-paru (pneumonia), saluran pernafasan dan neuritis (meningitis)4.
  • Hepatitis B – Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk pada hati dan meningkatkan risiko individu mendapat kanser hati pada masa hadapan4.
  • Polio – Virus ini boleh menyebabkan kelumpuhan malah kematian4.
  • Campak – Virus ini boleh menyebabkan demam, cirit-birit, muntah, jangkitan pada otak (ensefalitis) and paru-paru (pneumonia)9.
  • Beguk – Virus ini boleh menyebabkan meningitis viral dan inflamasi testis (orkitis)10.
  • Rubella – Virus ini boleh menyebabkan demam, ruam, loya dan konjunkivitis ringgan11.
  • Pnemokokus – Bakteria ini boleh menyebabkan penyakit teruk seperti meningitis atau jangkitan yang lebih ringan seperti sinusitis atau jangkitan telinga4.
  • Rotavirus – Virus ini boleh menyebabkan penyakit cirit-birit yang teruk dan dehidrasi4.
  • Virus Human Papilloma – Virus ini boleh menyebabkan kanser serviks dan ketuat pada alat kelamin4.
  • Varicella (Cacar air) – Virus ini boleh menyebabkan ruam lepuh berisi cecair dan demam, virus ini juga boleh menyebabkan kayap (shingles) kepada orang dewasa jika virus aktif semula12.
  • Influenza – Virus ini boleh menyebabkan wabak flu atau musim selesema13.
  • Meningococcal – Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan otak, saraf tunjang (meningitis) dan darah yang teruk14. 
  • Hepatitis A – Virus ini boleh menyebabkan jangkitan jangka pendek pada hati15.

Ketahui Semua Perkara Dalam Melindungi Anak-Anak Anda

Membesarkan anak-anak adalah satu tanggungjawab yang besar. Kadang kala ibu bapa mengalami kesukaran untuk mengingat semua perkara yang dapat membantu anak kekal selamat dan sihat.

Selain memvaksin anak-anak, anda juga boleh mengajar mereka tabiat pemakanan yang sihat dan amalam kebersihan dan kesihatan asas. Sebagai contoh:

  • Mencuci tangan selepas menggunakan bilik air, selepas menghembus hidung, sebelum makan atau apabila anak-anak pulang dari sekolah/luar.
  • Elak berkongsi makanan dan minuman, pakaian, sikat, berus gigi atau barangan peribadi dengan kanak-kanak lain.
  • Tutup mulut apabila batuk atau bersin, dan pakai topeng muka jika anak-anak tidak sihat.
  • Hadkan sentuhan fizikal dengan kanak-kanak lain.

Semua Vaksin Digunakan di Malaysia Boleh Diterima Dengan Baik

Jika anda bimbang tentang keselamatan vaksin di Malaysia, usah risau lagi. Semua vaksin yang disenaraikan dalam Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia (NIP) telah disyorkan oleh Majlis Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan16. 

Bahkan, pakar KKM juga memperakui vaksin dalam NIP berkesan dan selamat untuk digunakan oleh kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, vaksin juga diuji secara ketat ke atas ribuan orang ramai melalui kajian klinikal berskala besar dan dipantau rapi sebelum dipasarkan secara komersial bagi memastikan keselamatan penerimanya17.

Jadi ibu bapa tidak perlu terlalu bimbang tentang aspek ini. Rujuk kepada doktor anda jika mempunyai segala kebimbangan tentang profil keselamatan vaksin. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara melindungi anak-anak daripada penyakit dan bagaimana untuk memastikan tahap kesihatan mereka optimum, rujuk kepada pakar kesihatan anda seperti doktor keluarga atau pakar pediatrik pada lawatan anda seterusnya!

MY-ROT-00234 Aug/2022

Rujukan:

  1. From the Desk of the Director-General of Health Malaysia. Kenyataan Akhbar KPK 24 November 2020 – Pelaksanaan pemberian Vaksin Pneumokokal di Bawah program Imunisasi Kebangsaan Untuk Kanak-Kanak. Available From: https://kpkesihatan.com/2020/11/24/kenyataan-akhbar-kpk-24-november-2020-pelaksanaan-pemberian-vaksin-pneumokokal-di-bawah-program-imunisasi-kebangsaan-untuk-kanak-kanak/. Last Accessed 22 August 2022. 
  2. Centers for Disease Control and Prevention. Pneumococcal conjugate vaccine information statement. Available From: https://www.cdc.gov/vaccines/hcp/vis/vis-statements/pcv.html. Last Accessed 22 August 2022. 
  3. Bahagian Pendidikan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadual Imunisasi Kebangsaan Terkini. Available From: https://www.infosihat.gov.my/penerbitan-multimedia/garis-panduan/item/jadual-imunisasi-kebangsaan-terkini.html. Last Accessed 22 August 2022. 
  4. UNICEF. Vaccines and the diseases they prevent. Available From: https://www.unicef.org/parenting/health/vaccines-and-diseases-they-prevent. Last Accessed 24 August 2022.
  5. Mayo Clinic. Tuberculosis. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/tuberculosis/symptoms-causes/syc-20351250. Last Accessed 20 August 2022. 
  6. Mayo Clinic. Diphtheria. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/diphtheria/symptoms-causes/syc-20351897. Last Accessed 20 August 2022.
  7. National Health Service Inform. Whooping cough. Available From: https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/infections-and-poisoning/whooping-cough. Last Accessed 24 August 2022. 
  8. Mayo Clinic. Tetanus. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/tetanus/symptoms-causes/syc-20351625. Last Accessed 20 August 2022.  
  9. Mayo Clinic. Measles. Available From: https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/measles/symptoms-causes/syc-20374857. Last Accessed 20 August 2022.
  10. National Health Services. Mumps – Complications. Available From: https://www.nhs.uk/conditions/mumps/complications/. Last Accessed 24 August 2022.
  11. World Health Organization. Rubella. Available From: https://www.who.int/news-room/fact-sheets/detail/rubella. Last Accessed 20 August 2022.
  12. PORTAL MyHEALTH. Chickenpox. Available From: https://www.myhealth.gov.my/en/chickenpox/.   Last Accessed 20 August 2022.   
  13. Centers for Disease Control and Prevention. Types of Influenza Viruses. Available From https://www.cdc.gov/flu/about/viruses/types.htm. Last Accessed 21 August 2022. 
  14. Centers for Disease Control and Prevention. Meningococcal Disease. Available From: https://www.cdc.gov/meningococcal/index.html. Last Accessed 24 August 2022.  
  15. Centers for Disease Control and Prevention. What is hepatitis A – FAQ. Available From: https://www.cdc.gov/hepatitis/hav/afaq.htm#overview. Last Accessed 22 August 2022.   
  16. Huda E. Zainudin EN, Mohammad KA, Aris A, Shahdan IA. Vaccination: Influencing factors and view from an Islamic perspective. IIUM Medical Journal Malaysia. 2018;17(2).  
  17. World Health Organization. Vaccines and immunization: What is vaccination?. Available from: https://www.who.int/news-room/questions-and-answers/item/vaccines-and-immunization-what-is-vaccination. Last Accessed 19 August 2022.  

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

theAsianparent

  • halaman rumah
  • /
  • Give Health A Shot
  • /
  • Semua Yang Anda Perlu Tahu Tentang Imunisasi Untuk Anak di Malaysia
Kongsikan:
  • Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini

  • Kanak-kanak Jatuh Sakit Kerana Pusat Asuhan & Ini Cara Ibu Bapa Dapat Melindungi Mereka

    Kanak-kanak Jatuh Sakit Kerana Pusat Asuhan & Ini Cara Ibu Bapa Dapat Melindungi Mereka

  • Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
    Stories Rakan Kongsi

    Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal

  • Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Senarai Jenis Najis Bayi, Awas Jika Najis Anak Anda Berwarna & Tekstur Ini

  • Kanak-kanak Jatuh Sakit Kerana Pusat Asuhan & Ini Cara Ibu Bapa Dapat Melindungi Mereka

    Kanak-kanak Jatuh Sakit Kerana Pusat Asuhan & Ini Cara Ibu Bapa Dapat Melindungi Mereka

  • Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal
    Stories Rakan Kongsi

    Bagaimana Komplikasi Akibat Penyakit Berjangkit Boleh Menyebabkan Pekak Atau Buta Kekal

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.