Jom Buat 5 Aktiviti DIY Yang Menarik Ini Dengan Anak Anda, Pasti Dia Lebih Bersemangat Nak Belajar!

Jom Buat 5 Aktiviti DIY Yang Menarik Ini Dengan Anak Anda, Pasti Dia Lebih Bersemangat Nak Belajar!

Apabila anak hilang minat belajar, mulalah ibu ayah pun risau! Tapi dengan 5 aktiviti DIY untuk kanak-kanak ini, pasti mereka lebih semangat nak belajar!

Sebagai ibu bapa, kita pasti mengharapkan yang terbaik dalam setiap aspek kehidupan anak-anak kita. Walau bagaimanapun, kadang-kadang kerana jangkaan yang melampau, tanpa kita sedari -- ibu bapa telah meletakkan anak di bawah beban harapan yang terlalu tinggi.

Apabila keadaan ini berlaku, ia boleh menyebabkan anak mula tidak berminat untuk ke sekolah dan mengelak daripada melakukan ulangkaji di rumah.

Dalam hal ini, ibu bapa boleh mencari jalan bagi membuatkan pembelajaran anak-anak menjadi lebih menyeronokkan dan pada masa yang sama berkesan, hingga membuatkan mereka ingat apa yang dipelajarinya.

Jadi bagaimana ibu bapa boleh pupuk minat anak untuk belajar dengan cara yang lebih menyeronokkan? Ini 5 tips yang boleh diterapkan semasa pembelajaran di rumah anda!

5 Aktiviti DIY Untuk Kanak-Kanak Yang Boleh Memberi Mereka Lebih Semangat Untuk Belajar

#1 Belajar Sambil Bermain
aktiviti diy untuk kanak-kanak

Ibu ayah, sekiranya anak anda tidak melakukan kerja sekolahnya dengan betul, jangan terlalu garang atau terlalu cepat marah anak. Kelak, anak mungkin hanya akan mengaitkan sesi pembelajaran dengan amarah anda, dan akhirnya mereka cenderung untuk mengelak dari melakukan kerja sekolah kerana takut dimarahi anda!

Jadikan waktu belajar sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan menarik seperti menggunakan prop dan lagu. Bukankah semasa bayi juga si anak diajar ABC menggunakan lagu dan ia ternyata berkesan, kan?

Oh ya, ibu bapa perlu ingat untuk bersabar dan jangan melenting ya!

#2 Cuba Melakonkan Peranan!

Teknik ini merupakan cara yang sangat baik untuk menarik perhatian anak dan membolehkan mereka berinteraksi dalam persona tertentu. Si kecil boleh menjadi apa sahaja yang mereka inginkan sama ada seperti superhero, guru, doktor dan pesakit, serta banyak lagi mengikut kreativiti sendiri.

Anak akan lebih terlibat dan belajar kerana mereka cuba untuk memberi respons kepada perspektif watak mereka. Cuba minta si kecil ceritakan tentang sejarah sambil memakai topi kertas, atau sekadar nama-nama haiwan sambil berlakon sebagai si penjaga zoo!

Pasti anak akan lebih semangat belajar!

#3 Belajar Dalam Suasana Berbeza
Jom Buat 5 Aktiviti DIY Yang Menarik Ini Dengan Anak Anda, Pasti Dia Lebih Bersemangat Nak Belajar!

Persekitaran pembelajaran tidak perlu terhad kepada bilik yang dikelilingi buku dan suasana yang senyap sahaja. Persekitaran yang baik adalah yang boleh mendorong keupayaan pembelajaran anak.

Ibu bapa boleh cuba terapkan suasana belajar yang lebih interaktif, dengan melakukan aktiviti berkumpulan. Selain itu, galakkan setiap orang memberikan maklumbalas dalam perbincangan dengan cara positif.

#4 Berikan Ganjaran

Bagi anak-anak yang lebih kecil, pemberian ganjaran selalunya membuatkan mereka lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu. Tawarkan makanan kegemaran anak, atau lebih masa bermain sekiranya kerja sekolah mereka disiapkan pada waktunya.

Pendekatan ini walau bagaimanapun tidak baik untuk jangka panjang kerana mereka mungkin hanya akan bermotivasi untuk melakukan sesuatu kerana ganjaran. Namun ia permulaan yang baik sebelum ibu bapa perlahan-perlahan menukar kaedah yang lebih berkesan!

#5 Melibatkan Diri Dengan Silibus Anak dan Guna Medium Berbeza Seperti Printer
Jom Buat 5 Aktiviti DIY Yang Menarik Ini Dengan Anak Anda, Pasti Dia Lebih Bersemangat Nak Belajar!

Pembelajaran kini lebih mudah dan menyeronokkan dengan teknologi. Terapkan apa yang dipelajari anak di sekolah dan gunakan pendekatan teknologi untuk menarik minat anak.

Contohnya, ibu bapa boleh bantu si kecil untuk mencetak gambar peta Malaysia dan bendera setiap negeri untuk ditandakan pada peta tersebut. Anak pasti lebih teruja untuk melakukan aktiviti ini dengan adanya visual.

Malah cara ini membuatkan anak lebih mengingati apa yang dipelajarinya!

Selain itu, banyak lagi yang boleh dilakukan dengan menggunakan mesin cetak seperti origami, aktiviti mewarna, atau mencetak pelbagai bahan yang boleh dilipat untuk dijadikan prop yang menyeronokkan dalam pembelajaran secara role-playing!

Ibu bapa tidak perlu terhadkan cara anak belajar dengan cara tradisional sahaja. Gunakan teknologi bagi menaikkan semangat belajar si kecil, jangan biarkan mereka ketinggalan.

#ReinventLearning Bersama HP Malaysia, Sertai Cabaran Little Makers Family Edition
Jom Buat 5 Aktiviti DIY Yang Menarik Ini Dengan Anak Anda, Pasti Dia Lebih Bersemangat Nak Belajar!

HP baru-baru ini memperkenalkan kempen #ReinventLearning yang merupakan usaha HP bagi menggalakkan orang ramai untuk terus mencipta dengan kemudahan teknologi. Ia bukan sahaja bertujuan bagi menjadikan kehidupan lebih baik untuk orang ramai, malah merupakan langkah bagi perubahan besar untuk Malaysia.

Kempen #ReinventLearning sekaligus dapat memperluaskan keperluan kepakaran berdasarkan cetusan kreativiti, jalinan kerjasama dan menghubungkan orang ramai.

HP memahami apa yang ibu bapa lalui dan faham keperluan pendidikan sebagai prioriti untuk menyediakan anak-anak buat masa depan.

Dengan HP, mencetak bahan pembelajaran kini lebih mudah dengan adanya sistem mobile printing. Anda boleh mencetak apa sahaja dari HP printer tertentu, terus dari telefon pintar hanya dengan memuat turun aplikasi HP Smart App.

Dengan kemudahan percetakan mudah alih melalui HP Smart App ini, ia boleh menggalakkan pendidikan berasaskan cetak yang bermula dari rumah - terutamanya di kalangan kanak-kanak berumur 5 hingga 12 tahun.

>Jom pupuk kreativiti si kecil dan menyertai Cabaran Little Makers Family Edition untuk berpeluang memenangi barangan HP bernilai RM10,000! Ini peluang terbaik untuk ibu bapa memanfaatkan sesi bonding bersama anak-anak sambil menggalakkan aktiviti kreatif, kerjasama dan berinteraksi!

Tunggu apa lagi, sertai Cabaran Little Makers ini sebelum ia berakhir pada 23 November 2019 ini.

Layari www.hpmalaysia.com/littlemakers untuk maklumat lanjut. Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

app info
get app banner