Bayi Menyusu Tak Berak & 5 Benda Yang Selalu Buat Ibu Risau, Normal Ke Tak Sebenarnya?

lead image

Tahukah anda yang bayi perempuan period? Tapi jangan risau! Ia normal, sama macam 4 kerisauan lain tentang bayi anda ini. Jom semak apa anda perlu tahu.

Bayi perempuan period, patutkah ibu bapa risau?

Walau berapa banyak buku atau petua anda baca tentang bayi, pasti ada beberapa perkara yang buat anda terkejut dan risau kan? Contohnya apabila anda dengar orang kata bayi perempuan period. Takkan kecil-kecil sudah period kot?

Ya, mereka akan period dan benda itu normal. Ini antara 5 kerisauan lain yang biasanya terjadi pada bayi baru lahir. Mungkin tiada siapa pernah beritahu anda tentang semua kerisauan ini. 

Jadi, kami di theAsianparent Malaysia akan mengupas ia dengan lebih lanjut.

1. Bayi perempuan period

bayi perempuan period

Anda mungkin akan nampak sedikit lendiran tebal seakan darah dari vagina bayi anda yang baru berusia 2 hari. Jangan terkejut jika anda nampak darah pada lampin mereka kelak!

Pasti ibu bapa akan panik memikirkan takkan anak mereka berdarah. Kenapa mereka berdarah?

Penjelasan pakar: Sebenarnya, ketika anda hamil, hormon estrogen ibu akan merangsang rahim dalam janin bayi tersebut. Hormon estrogen ini akan membina lapisan rahim. 

Selepas bayi perempuan anda dilahirkan, mereka tak lagi menerima estrogen dari si ibu. Maka, akan ada “break down” sekejap di mana rahim merembeskan sedikit darah. Itulah sebabnya anda nampak bayi perempuan period!

Dr Chan Poh Chong, ketua konsultan di National University Hospital menjelaskan bayi perempuan period ini akan hilang dalam masa 2-3 hari. Jadi ibu bapa janganlah bimbang sangat, ya!

2. Bayi berak setiap kali selepas minum susu

baby breastfeed tak berak

Kredit: Public Domain Pictures

Bagi sesetengah bayi baru lahir yang menyusu, anda akan perasan mereka sentiasa berak dengan tahi yang sedikit lembut. 

Ramai ibu bapa risau dan menganggap ia tanda cirit-birit. 

Penjelasan pakar: Sebenarnya, berak selepas minum susu adalah benda normal, terutamanya bagi bayi yang menyusu. Ini kerana susu badan mudah untuk dihadam. 

Menurut Dr Chan lagi, bayi yang menyusu akan lebih kerap berak dan mereka akan membesar dengan normal. Itu bukan tanda-tanda mereka tidak minum cukup air. 

3. Asyik tersedu

baby breastfeed tak berak

Normal ke kalau bayi anda asyik tersedu? Mereka nampak macam bermasalah. Asyik tersedu walaupun selepas baru bangun tidur!

Penjelasan pakar: Sedu adalah normal. Ia sebab penguncupan diafragram dan pita suara vokal bayi anda. Apabila bayi bernafas dan ingin menutup mulut dalam masa yang sama, maka jadilah sedu. 

Tahukah anda yang bayi sebenarnya telah sedu sejak dalam rahim?

Menurut Dr. Chan, sedu biasanya terjadi jika bayi terlampau banyak minum susu badan dengan cepat. Walaubagaimanapun, ia tak berbahaya. Cuba anda bagi mereka minum susu perlahan-lahan. Nanti sedu itu pasti akan hilang.

4. Bayi menyusu jarang berak

bayi perempuan period

Ada sesetengah bayi menyusu pula jarang berak. Mereka hanya berak sekali seminggu saja. Adakah mereka sembelit?

Penjelasan pakar: Jangan risau. Kadang-kadang, bayi menyusu memang akan jarang berak. Jika bayi anda masih naik berat badan seperti biasa, tiada apa yang anda perlu risaukan. 

Dr. Chan berkata biasanya bayi yang diberi susu formula akan berak najis keras dan sekali seminggu. Bayi yang menyusu pula mungkin jarang berak pada 1-2 bulan pertama.

Asalkan najis itu lembut, tiada apa masalah yang anda patut risau pun!

5. Tahan nafas ketika menangis

bayi perempuan period

Perasan tak si kecil anda itu seakan menahan nafasnya ketika menangis. Adakah ia berbahaya? Apa ibu bapa patut buat?

Penjelasan pakar: Perbuatan ini sebenarnya tidak disengajakan. Ia adalah refleks anak anda. Biasanya ini terjadi ketika bayi itu marah, kecewa, sakit atau ketakutan. 

Ia tidak sama dengan kes sawan atau masalah hati. Tapi kalau anak anda tiba-tiba pengsan ketika menahan nafas sewaktu menangis, lebih baik anda bawa dia berjumpa doktor. 

Ha… macam mana? Sudah terjawab kebanyakan benda yang anda risau tentang bayi comel anda itu? Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda!

 

Artikel diterjemah daripada theAsianparent Singapore

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

9 Fakta Menarik Tentang Bayi Perempuan Yang Akan Buat Anda Terkejut!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner