Perkara yang penting untuk penjagaan kulit si manja

lead image

Kajian mendapati kulit bayi baru lahir kehilangan air 2 kali atau lebih, setanding kulit orang dewasa! Ibu tahu apa penjagaan kulit bayi yang tepat?

Bayi merupakan anugerah tidak ternilai. Ibu bapa pasti ingin menjaga bayi sebaik mungkin. Sebagai ibu ayah, kita mesti mahu memastikan kulit bayi baru lahir sentiasa lembut, dan “bau bayi” itu kekal selama mungkin.

Jadi bagaimana kita boleh memastikan kulit si manja itu kekal sihat, bersih dan lembap?

Lorena Telofski, CMPP, Associate Director, Global Scientific Engagement, Research & Development, Johnson & Johnson Consumer, Inc mengemukakan kebimbangan berkaitan penjagaan kulit bayi. Beliau menjelaskan beberapa sebab kenapa penjagaan kulit bayi berbeza dari kulit dewasa.

Mengapa kulit bayi baru lahir perlu penjagaan khas & bagaimana ia berbeza dengan kulit orang dewasa?

Tahukah anda, kulit bayi baru lahir kehilangan air 2 kali atau lebih, setanding dengan kulit orang dewasa?

Cik Telofski menjelaskan,

“Kulit bayi sangat unik, dan masih membangun. Sebab itu, ia mudah terdedah kepada sebarang perubahan persekitaran, mahupun rengsangan.

Bahagian atas kulit bayi 30% lebih nipis berbanding kulit orang dewasa, dan ia boleh kehilangan air 2 kali ganda lebih pantas! Kajian juga mendapati, kulit bayi sering kering, walaupun ia tidak kelihatan sedemikian.”

“Sebab itulah ibu ayah perlu peka tentang penjagaan kulit bayi, dan menggunakan produk yang dirumus khas untuk kulit bayi baru lahir. Kulit bayi agak berasid, dengan paras pH sebanyak 5.5, demi melindungi kulit itu sendiri.”

“Jadi, sabun yang terlalu kasar akan mengganggu paras pH normal, dan tidak sesuai untuk bayi. Pelembap yang dirumuskan khas untuk keperluan unik kulit bayi akan melindungi kulit dari kekeringan.”

Adakah penjagaan kulit bayi memberi kesan pada sistem imun badan bayi?

“Oleh sebab kulit adalah organ terbesar badan, saintis mula mengkaji apa yang terjadi pada kulit, apakah fungsi mikrobioma kulit dan kesannya pada kulit mahupun kesihatan badan.

“Kini kita tahu, mikrobioma usus amat penting untuk sistem imun dan kesihatan, tetapi kajian terdahulu mendedahkan, mikrobioma kulit mungkin memberi kesan pada penyakit kronik dan kesihatan imun badan keseluruhannya.

“Sebab itu, kini, tumpuan banyak diberikan untuk memahami mikrobioma kulit bayi. Daripada kajian yang dijalankan, kita kini tahu mikrobioma kulit bayi masih terus berkembang selepas kelahiran,” dedah Cik Telofski.

“Mikrobioma kulit terbentuk dari pelbagai koloni mikroorganisma, yang mengandungi bakteria. Mikrobioma ini membantu skin barrier untuk melindungi kulit dari jangkitan, atau organisma yang menyebabkan penyakit mahupun jangkitan.

“Pada mulanya, mikrobioma kulit bayi terbentuk secara seragam, dengan beberapa bilangan spesies terhad yang hadir. Tapi lama-kelamaan, kulit bayi mula mengumpul pelbagai kumpulan mikroorganisma lain; sama ada dari ibu bapa, penjaga, mahupun alam sekitar.

Mikrobioma kulit yang sihat mampu melindungi bayi dari mikroorganisma berbahaya.

“Inilah sebabnya kenapa kita perlu memastikan produk yang dipilih dirumus khas untuk kulit unik bayi, termasuklah ia cukup lembut untuk tidak mengganggu mikrobioma kulit yang sedang berkembang.”

Jadi, bagaimana penjagaan kulit bayi untuk menjaga mikrobioma yang sihat?

Rutin penjagaan harian seperti penggunaan produk pembersih yang tidak direka khas lembut untuk skin barrier kulit bayi boleh menjejaskan mikrobioma itu sendiri.

Menurut Cik Telofski, “Untuk menjaga keseimbangan kulit bayi yang sihat, kita haruslah:

  • Menggunakan produk, seperti pencuci dan pelembap yang dirumus khas untuk keunikan kulit bayi yang sedang membangun
  • Pastikan produk yang diguna memiliki paras pH yang bersesuaian. Produk dengan paras pH yang terlalu tinggi atau rendah boleh mengubah persekitaran yang diperlukan mikrobioma kulit. Contohnya masalah kulit Ekzema, ia dikaitkan dengan paras pH kulit yang tinggi, di antara 6.5 ke 7.0, dan kadang-kadang lebih tinggi!

“Menggunakan produk yang menjadi penyebab paras pH naik ke tahap yang tidak sihat adalah kebimbangan kami. Oleh itu, cuba guna produk yang menyokong dan mengekalkan paras pH kulit bayi yang sedikit berasid (kira-kira pH 5.5).”

Adakah wangian selamat untuk kulit bayi baru lahir?

Kajian mendapati, bayi baru lahir mempunyai deria bau yang tajam. Deria bau ini membantu mengukuhkan lagi ikatan antara ibu dan bayi.

Rutin penjagaan bayi seperti memberi mandi dan urutan juga menyokong pembinaan ikatan ini, dan menggalakkan pengalaman yang bagus untuk bayi dan ibu ayah.

“Bau sering dikaitkan dengan emosi dan memori. Contohnya sebagai orang dewasa, pasti anda pernah teringat “sesuatu” apabila terbau bauan yang membawa kenangan, kan? Ia kerana bau dikait rapat dengan bahagian otak yang melibatkan emosi. Perkara ini sama dengan wangian”, jelas Cik Telofski.

“Tapi, tak semua wangian sama. Terdapat pelbagai masalah yang timbul bila bercakap tentang produk wangian, contohnya seperti masalah alahan kulit, dan kerengsaan kulit.”

“Ramai ibu bapa percaya wangian semula jadi mungkin lebih selamat, namun kajian saintifik mengatakan ia tidak semestinya. Wangian semula jadi seperti minyak pati; misalnya, sering mengandungi alergen kulit yang membimbangkan pakar.”

“Kuncinya adalah untuk membeli produk penjagaan kulit bayi yang mematuhi piawaian antarabangsa. Di Johnson's®, formula untuk produk bayi kami bebas daripada alergen, dan ia boleh memberi keselesaan kepada ibu bapa yang ingin menggunakan produk wangian pada bayi mereka.”

Perkara yang penting untuk penjagaan kulit si manja

Apakah faedah menyentuh dan mengurut bayi?

"3 tahun pertama kehidupan sangat kritikal kerana ia melibatkan perkembangan otak anak. Pada usia 3 tahun, kira-kira 85% otak anak berkembang secara fizikal.

Sambungan saraf membolehkan bayi berjalan kaki, bercakap, berfikir, dan mengingati, berkembang pada kadar yang luar biasa. Dan segala sambungan ini terbentuk melalui pengalaman dan interaksi, ujar Cik Telofski.

“Bayi merasai pengalaman di dunia melalui deria sentuhan mereka. Kajian menunjukkan kepentingan menyentuh, menggalakkan deria bayi, dan penglibatan antara ibu bapa dan bayi, bagus untuk perkembangan si manja itu.

“Kerana inilah, masa yang anda luang untuk menggalakkan deria bayi secara rutin, seperti memberi mandi dan lembapan, sebenarnya menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi.”

“Urutan boleh memberi kelebihan dari segi emosi dan fisiologi untuk bayi. Urutan boleh membantu bayi lebih tenang supaya mereka boleh berehat, malah menyokong ikatan antara ibu dan si manja.”

“Suara anda, mahupun rutin harian dan bauan tertentu, antara faktor yang boleh memberikan keselesaan pada si manja. Sentuhan lembut anda ketika menyapu losyen ke badan, boleh menjadi rutin yang memupuk dan merapatkan lagi ikatan dengan si manja.”

“Menggalakkan deria bayi, terutamanya beberapa deria dalam satu masa, akan membantu bayi belajar, menyokong perkembangan kognitif, emosi, sosial dan fizikal bayi. Pengalaman itu yang penting!, kata Cik Telofski.

Apakah cara terbaik membersihkan kulit bayi baru lahir?

“Kecuali dalam keadaan tertentu, waktu yang disyorkan untuk mandian pertama bayi adalah selepas 6 hingga 24 jam kelahiran.

Namun, jangan lupa untuk mematuhi garis panduan keselamatan, dan menitikberatkan jantung, peparudan suhu bayi yang stabil. Tradisi memandikan bayi mungkin berbeza-beza mengikut budaya, dan ada yang menangguh mandian pertama bayi menjadi lebih lama.

“Untuk mandian pertama bayi, garis panduan keselamatan mengesyorkan ibu ayah menggunakan pembersih ringan yang dirumus khas untuk bayi baru lahir bagi membersihkan cecair yang tak diingini, seperti darah atau meconium.

Jangan gosok terlalu kuat kerana ia boleh menyebabkan verniks residual kekal pada kulit,” kata Cik Telofski.

“Walaupun mandian span lebih digalakkan untuk mandian pertama bayi, tapi kajian terbaru menggalakkan bayi baru lahir dimandikan secara berendam dalam tab mandi, atau swaddled-immersion bathing.

Kaedah ini mampu menggalakkan bayi lebih tenang, dan membantu mengekalkan suhu badan mereka. Hal ini kerana hanya satu bahagian swaddle (contohnya kain tuala) saja yang “terbuka” ketika mandian, lalu mengehadkan pendedahan bayi kepada alam sekitar.

Masih terdapat sebahagian kecil ibu yang percaya memandikan bayi menggunakan air sahaja, dan tidak menggunakan sabun pembersih. Apa pendapat anda mengenai perkara ini?

Kajian menunjukkan, pembersih bayi yang bersifat ringan lebih efektif berbanding menggunakan air sahaja untuk mencuci air kencing, najis mahupun bahan berminyak lain di kulit.

Dan tidak semua air itu sama. Kebanyakan air di dunia adalah air yang boleh memberi kesan kekeringan pada kulit, dan ia boleh dikaitkan dengan ekzema, jelas Cik Telofski.

Apakah rutin penjagaan kulit yang betul untuk bayi?

Cik Telfoski menasihatkan ibu ayah untuk menggunakan pembersih bayi yang bersifat ringan, dan dirumus khas untuk kulit unik bayi yang sedang membangun. Ia diikuti dengan pelembap yang turut dirumus khas buat kulit bayi. Pastikan setiap produk juga memiliki tarikh penggunaan yang selamat.

“Membersihkan kulit bayi dengan pembersih bayi yang bersifat ringan, dan dirumuskan untuk bayi, boleh diamalkan pada mandian pertama bayi selepas kelahiran.

Pakar mencadangkan ibu ayah memandikan bayi setiap beberapa hari, berdasarkan keperluan bayi, keluarga, dan budaya. Sudah tentu, kawasan lampin, muka, dan lipatan kulit harus sentiasa bersih dan kering.

“Ibu ayah perlu ingat – kulit bayi masih berkembang, dan ia boleh kehilangan lembapan dengan cepat. Penggunaan emolien; seperti losyen terbukti membantu mencegah kekeringan, dan mengekalkan integrity skin barrier. Kajian juga menunjukkan peranan penting emolien yang bersesuaian, demi mengurangkan masalah kulit seperti dermatitis atopik.

Skin barrier yang sudah rosak memudahkan penembusan alergen dan bakteria, lalu menyebabkan kulit mengalami alahan, dan dalam sesetengah kes berat – jangkitan!

“Apa yang boleh kami katakana adalah, emolien dan pelembap kulit bagus digunakan setiap hari selepas bayi lahir. Kulit kering menyebabkan bakteria dan alergen menembusi kulit dengan lebih mudah.”

Perkara yang penting untuk penjagaan kulit si manja

Apa yang patut ibu bapa lihat ketika membeli produk penjagaan kulit bayi?

Menurut Cik Telofski,

“Mulai dengan belajar tentang produk apa yang anda ingin guna pada bayi. Lihat data dan kajian sokongan di sebalik setiap kenyataan yang dikeluarkan syarikat pengeluar produk bayi itu.

Tak cukup jika anda hanya “dengar” saja apa kenyataan produk tersebut, sebaliknya, “gali dengan lebih mendalam” untuk memahami segala bukti dan kajian saintifik di sebalik kenyataan terbabit.

“Tanya tentang paras pH produk juga satu idea yang baik. Ambil masa untuk faham bukti di sebalik setiap wangian. Ingat, ayat semula jadi tidak semestinya bermaksud produk itu “selamat”. Contohnya, minyak pati boleh menyebabkan alahan.

Hanya kerana anda memasak dengan menggunakan minyak pati tidak bermaksud ia selamat untuk kulit bayi anda. Minyak zaitun contohnya. Kajian menunjukkan minyak zaitun boleh merosakkan integriti skin barrier, jika ia digunakan sebagai emolien pada kulit.

“Susah sekarang ini untuk membezakan sama ada sesetengah perkara itu mitos atau fakta. Tapi jika anda fahami betul-betul segala bukti saintifik di sebalik kandungan yang ada di dalam produk bayi, bagaimana produk itu dirumus khas untuk kulit bayi, dan bertanya kajian sokongan di sebalik keselamatan sesetengah produk bayi, itu satu permulaan yang baik!”

“Dan saya ingin berkongsi satu pandangan penting buat ibu ayah – apabila anda menjaga kulit bayi, anda bukan sahaja memastikan kulit bayi kekal sihat dan bersih, tapi rutin seperti mandian dan urutan juga memberi peluang untuk anda memberikan bayi sentuhan, keselesaan, masa dan kasih sayang buat mereka. Jadi, apa yang lebih penting?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner