X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Cara Urut Bayi Agar Tidak Meragam & Kekal Selesa, Buatkan Si Manja Tidur Lebih Lena

5 min bacaan
Cara Urut Bayi Agar Tidak Meragam & Kekal Selesa, Buatkan Si Manja Tidur Lebih Lena

Cara urut perut bayi kembung yang betul dan berkesan dapat memberikan keselesaan dan membantu sistem pencernaan berfungsi dengan baik

Bila bayi mula meragam, ibu-ibu mesti rasa serba tak kena, kan? Kadang-kadang dah buat macam-macam, tapi si kecil tetap menangis. Jangan risau, mungkin yang dia perlukan hanyalah sentuhan lembut daripada mama atau papa!

Salah satu cara paling mudah dan menyeronokkan untuk tenangkan bayi ialah urut bayi. Tambah pula dengan bantuan Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil, urutan boleh jadi momen bonding yang sangat istimewa.

▲▼Isi Kandungan

  • Kenapa Bayi Suka Urutan?
  • Cara Urut Bayi Dengan Betul
  • Memilih Minyak Bayi Yang Terbaik 
  • Kandungan Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil
  • Kelebihan Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil

Kenapa Bayi Suka Urutan?

Bayi sangat sensitif terhadap sentuhan. Sentuhan lembut bukan sahaja menenangkan, tetapi juga menguatkan ikatan antara ibu bapa dan bayi. Selain itu, urutan bayi dapat membantu:

  1. Melancarkan peredaran darah
  2. Meredakan tekanan atau ketidakselesaan bayi
  3. Mengurangkan masalah pencernaan seperti kembung atau sembelit
  4. Membantu bayi tidur lebih nyenyak

Minyak seperti Calming Tummy Oil pula bertindak sebagai pelengkap. Ia mengandungi bahan semula jadi seperti minyak pati lavender atau chamomile yang terkenal dengan kesan menenangkan.

Cara Urut Bayi Dengan Betul

Terdapat beberapa teknik atau cara urut perut bayi kembung agar tidak meragam. Pertama sekali, buka pakaian bayi dan baringkan si manja dalam keadaan terlentang. Kemudian picit sedikit Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil pada telapak tangan dan ikut beberapa teknik urutan bayi berikut:

1. Urutan I Love You – I L U

Cara Urut Bayi Agar Tidak Meragam & Kekal Selesa, Buatkan Si Manja Tidur Lebih Lena

Teknik mengurut bayi yang pertama ini cukup terkenal di kalangan parents sebagai urutan I Love You. Caranya ialah dengan menggosok perut bayi untuk membentuk huruf I – L – U ke arah kepalanya. Urutan I Love You boleh dilakukan pada bayi berumur 0-12 bulan bagi memberikan mereka rasa keselesaan.

2. Urutan Mengikut Arah Jam

Cara Urut Bayi Agar Tidak Meragam & Kekal Selesa, Buatkan Si Manja Tidur Lebih Lena

Urut perut bayi dengan perlahan bermula dari pinggul kanannya, bergerak mengikut arah jam ke kiri. Pergerakan ini membantu mengurangkan rasa ketidakselesaan perut dan mengeluarkan gas terperangkap di dalam saluran penghadaman mereka.

3. Urutan Dayung

cara urut bayi dengan urutan dayung

Teknik seterusnya ialah menggosok perut bayi secara perlahan dan lembut dari atas ke bawah. Mulakan dari bawah rusuk ke bahagian atas pinggul. Lakukan urutan bayi ini dengan menggunakan tangan kanan secara berselang-seli dengan tangan kiri seperti mendayung.

4. Urutan Moonwalk

cara urut bayi dengan urutan Moonwalk

Masih di kawasan perut, mulakan urutan tepat di atas pusat di sebelah kiri. Kemudian luncurkan jari telunjuk dan jari tengah anda dengan perlahan dan lembut melintasi badan bayi ke sebelah kanan.

5. Urutan Belakang

cara urut bayi dengan Urutan Belakang

Beralih ke kawasan belakang bayi. Pertama, anda perlu duduk sambil meregangkan kaki ke hadapan. Kemudian baringkan bayi menghadap ke bawah di atas paha anda sambil mengurut perlahan-lahan belakangnya.

Tekanan paha anda terhadap perut bayi boleh membantu melegakan ketidakselesaan perut mereka.

Memilih Minyak Bayi Yang Terbaik 

Memilih minyak bayi yang terbaik adalah penting untuk memastikan kulit bayi sensitif terjaga dengan baik. Kulit bayi yang lembut dan halus memerlukan penjagaan yang lebih berhati-hati, dan memilih minyak bayi yang sesuai dapat membantu mengelakkan iritasi atau reaksi alahan.

Justeru kami sarankan Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil. Ia diformulasi menggunakan bahan semula jadi yang selamat untuk kulit sensitif bayi.

Tiada bahan kimia berbahaya, jadi ibu-ibu boleh menggunakannya dengan penuh keyakinan.

Kandungan Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil

Apabila bayi meragam, pastinya si manja tidak selesa dan sukar untuk tidur. Atas sebab ini, petua urutan di atas lebih efektif dilakukan jika menggunakan bersama minyak telon yang selamat dan semulajadi seperti Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil.

Minyak bayi Mama’s Choice ini berbeza dengan minyak telon bayi lain yang terdapat di pasaran. Ianya tidak menggunakan minyak kayu putih atau nama lainnya minyak cajeput sama sekali kerana boleh memberi kerengsaan yang tinggi dan menyebabkan ruam atau alergi pada kulit sensitif bayi.

Sebaliknya, minyak telon baby Mama’s Choice ini diperbuat khusus daripada 7 campuran minyak semulajadi yang memberi banyak kelebihan pada si manja anda seperti:

  1. Minyak Buah Pala (nutmeg): Melegakan ketidakhadaman dan kejang pada perut. Merupakan ubat semulajadi untuk selesema dan batuk.
  2. Minyak Lavender: Membantu menenangkan bayi yang menangis dan mengurangkan simptom colic.
  3. Minyak Chamomile: Menggalakkan bayi untuk rileks, membantu bayi tidur lebih cepat, tenang dan lena.
  4. Minyak Kelapa: Berfungsi sebagai pelembap lembut dan semulajadi untuk kulit
  5. Minyak Zaitun: Kaya dengan vitamin E dan vitamin K serta sarat dengan antioksidan yang menenangkan keradangan dalam badan

Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil ini boleh digunakan setiap hari selepas mandi. Selamat untuk bayi yang mempunyai kulit sensitif dan juga tidak akan menyebabkan kerengsaan. Minyak ini juga telah disahkan halal dan ibubapa boleh menggunakannya tanpa rasa was-was.

Kelebihan Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil

1. 100% Semulajadi

Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil diformulasikan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang selamat dan berkesan untuk kulit bayi. Tiada bahan kimia berbahaya yang digunakan, menjadikannya pilihan terbaik untuk memastikan bayi mendapat rawatan yang lembut dan selamat.

2. Bebas Paraben, Alkohol, SLS, dan Phthalates

Produk ini bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti paraben, alkohol, SLS (Sodium Lauryl Sulfate), dan phthalates yang boleh merosakkan kulit bayi. Ini memastikan bahawa minyak ini adalah pilihan yang lebih selamat dan mesra kulit sensitif bayi.

3. Bebas Minyak Kayu Putih

Kelebihan Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil tidak mengandungi minyak kayu putih yang biasanya boleh menyebabkan ruam atau iritasi pada kulit bayi yang sensitif. Ini menjadikannya lebih sesuai untuk bayi dengan kulit yang mudah terdedah kepada alahan atau kerengsaan.

4. Bebas Peppermint

Produk minyak bayi terbaik ini juga bebas daripada peppermint, yang boleh meningkatkan risiko sawan pada bayi. Oleh itu, ibu bapa tidak perlu risau tentang potensi kesan sampingan yang tidak diingini apabila menggunakan produk ini pada bayi.

5. Halal

Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil adalah produk yang diiktiraf halal. Jadi ibu ayah tidak perlu was-was ketika menggunakan minyak bayi ini pada si manja anda.

cara urut bayi dengan Calming Tummy Oil

Cara Urut Bayi Agar Tidak Meragam & Kekal Selesa, Buatkan Si Manja Tidur Lebih Lena

 

Semoga maklumat cara mengurut bayi ini dapat membantu ibu bapa dan si manja tidak lagi meragam, okay!

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Dapatkan segera Mama’s Choice Baby Calming Tummy Oil buat si manja di Shopee dan TikTok.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Farhana Fuad

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Cara Urut Bayi Agar Tidak Meragam & Kekal Selesa, Buatkan Si Manja Tidur Lebih Lena
Kongsikan:
  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

    Bibir Merah Menyala & Ada Strawberry Tongue, Bayi 8 Bulan Disahkan Penyakit Kawasaki Selepas Demam Panas Berhari-hari

  • 30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

    30 Peraturan Rumah Untuk Anak Bagi Mendidik Mereka Menjadi Berdisiplin Dan Beradab

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham