Secara umumnya, dianggarkan lima hingga 10% penduduk seluruh dunia mengalami masalah berkaitan pertuturan. Di Malaysia sendiri, kerajaan perlu menambah jumlah ahli terapi pertuturan supaya dapat membantu kanak-kanak yang ada masalah speech delay.
Namun begitu ada beberapa perkara yang harus dipertimbangkan sebelum ibu bapa memilih pusat terapi pertuturan ini supaya segala perancangan dipermudahkan.
5 cara memilih pusat terapi pertuturan yang sesuai dengan masalah anak anda

#1. Cara memilih terapi pertuturan – Lihat di mana lokasinya
Pertama, anda harus lihat adakah pusat terapi pertuturan itu berdekatan dengan kawasan perumahan atau tempat tinggal.
#2. Cara memilih terapi pertuturan – Senarai menunggu
Kini ramai ibu bapa menggunakan khidmat terapi pertuturan supaya dapat membantu anak cepat bercakap. Jadi, anda harus memastikan bila dan tarikh untuk anak memulakan sesi pertamanya.
#3. Cara memilih terapi pertuturan – Slot dan masa yang sesuai

Selain itu, anda juga harus tahu slot dan masa yang disediakan supaya tidak clash untuk urusan kerja anda. Penting juga untuk tahu sama ada anda perlu ambil cuti separuh hari dan sebagainya.
#4. Cara memilih terapi pertuturan – Servis yang disediakan
Kebanyakan pusat terapi merangkumi occupational therapy dan speech therapy. Tapi, ada juga yang menawarkan terapi pertuturan saja.
Adalah lebih baik jika anda memilih kedua-dua slot tersebut kerana proses pertuturan ada kaitan dengan tahap perkembangan fizikal seseorang.
#5. Cara memilih terapi pertuturan – Lihat bajet dan pakej yang sesuai
Biasanya, terapi pertuturan ditawarkan dalam bentuk pakej dan bergantung kepada tahap kebolehan anak anda. Secara purata, satu sesi bermula dengan harga RM100 hingga RM200++.
Namun, jika anak anda memerlukan 10 kali terapi bagi tempoh 30 hari, mungkin harga satu sesi lebih murah.
Senarai Pusat Pertuturan Selangor & Kuala Lumpur Yang Popular
Kredit: Parenting.firstcry.com
1. Speech Help
Alamat: 20, Jalan Bukit, Section 11/2, 46200, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
No telefon: 03 – 7954 2288
2. The Mind Faculty
Alamat: Suite 11-G & 11-1, Jalan Solaris 4, Solaris Mont Kiara, Jalan Solaris Off Jalan Duta Kiara 50480 Kuala Lumpur
No telefon: (603) 6203 0359 / (603) 6203 0733
3. Oasis Place
Alamat: Level 16, Menara Sentral Vista, No. 150, Jalan Sultan Abdul Samad, Brickfields, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia.
No telefon: 603 2276 9111
Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu (8:30am – 5:30pm)
4. SPROUTS
Alamat: 100-G.029, Block J, The School, Jaya ONE, No. 72A Jalan Universiti, 46200, Petaling Jaya, Selangor
No telefon: +603 7956 1588
5. Kuala Lumpur Sports Medicine Centre
No telefon: Mr Mario ( 012-3822125 )
6. My Little One
Alamat: No. 27-1, Jalan USJ 10/1D, Taipan Triangle, 47620 Subang Jaya, Selangor.
No telefon: 010-5215001
7. Urbane Ethos
Alamat: 4 Jalan Elektron E U16/E, Shah Alam, Selangor
No telefon: 03 – 77343044
8. Excel Qhalif
Lokasi: Bangi
No telefon: 03-8740 6854
9. Kidsogenius
Alamat: 40, Jalan BS 2A, Taman Bukit Segar, 56100 Cheras, KL
No telefon: 03-91001865 / 0176909380
10. Care Speech
Alamat: Suite B-13A-6, Tower B, Level 13A Megan Avenue 2, 12 Jalan Yap Kwan Seng 50450 Kuala Lumpur Malaysia
No telefon: 03 2161 6618
Semoga bermanfaat dan jangan lupa ikuti Facebook kami theAsianparent Malaysia untuk info yang lain.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: Love baby
Baca juga:
Ini Bezanya Anak Lambat Bercakap Atau Ada Masalah Gangguan Percakapan (Speech Delay)!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!