X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Umur 2 TahunTapi Masih Cakap Sepatah-Sepatah? 3 Ciri Late Talkers Yang Boleh Dikenalpasti

4 min bacaan
Umur 2 TahunTapi Masih Cakap Sepatah-Sepatah? 3 Ciri Late Talkers Yang Boleh DikenalpastiUmur 2 TahunTapi Masih Cakap Sepatah-Sepatah? 3 Ciri Late Talkers Yang Boleh Dikenalpasti

Anak lambat bercakap mungkin jadi antara perkara yang menjadi kerisauan ramai ibu bapa, Bagaimana mahu mengesan anak itu sebenarnya lambat bercakap?

Anak lambat bercakap mungkin jadi antara perkara yang menjadi kerisauan ramai ibu bapa, hingga tercari-cari bagaimana mahu mengesan anak itu sebenarnya lambat bercakap.

Ibu bapa perlu peka dengan perkembangan anak-anak kerana jika terdapat sebarang perkara yang tidak normal, kita boleh mengesannya dan mendapatkan bantuan lebih awal.

Jadi apa yang patut tahu? Anak umur dua tahun sepatutnya sudah tahu buat apa dan berapa banyak perkataan sepatutnya dia sudah gunakan setiap hari?

Anak lambat bercakap boleh dikesan dari awal jika ibu ayah peka

Anak lambat bercakap

Anak lambat bercakap ini boleh dikesan dari awal sebenarnya jika ibu dan ayah peka. Menuurut seorang pakar patologi speech languange, Yong Ennie menerusi tulisan di doktorbudak.com, ramai orang bertanya sama ada kelambatan bercakap adalah fenomena biasa terutamanya jika dalam sejarah keluarga, ada ahli keluarga yang juga lambat tetapi kemudian tiada masalah pertuturan.

Di peringkat awal, adalah sukar untuk kita mengenalpasti kanak-kanak mana adalah Late Talkers (bermasalah pada mulanya dan kemudian dapat mengejar perkembangan) dan kanak-kanak mana yang akan mempunyai masalah bahasa dan pertuturan untuk jangka masa yang panjang.

Siapa late talkers?

Anak lambat bercakap

‘Late Talkers‘ adalah kanak-kanak yang berumur antara 18-30 bulan yang mempunyai kefahaman bahasa yang baik.

Sebanyak 13% daripada kanak-kanak yang berusia 2 tahun adalah  ’Late Talkers’.

Mereka biasanya mengikut perkembangan normal dalam kemahiran bermain, motor, pemikiran and sosial, tetapi hanya boleh menggunakan perkataan yang terhad untuk tahap umur mereka.

Penyelidik masih belum dapat mengenalpasti punca atau penjelasan untuk kelewatan ini. Walau bagaimanapun, mereka mendapati ‘Late Talkers’ biasanya :

  • mempunyai sejarah ahili keluarga lain yang mempunyai kelambatan bahasa
  • adalah lelaki
  • dilahirkan dengan kurang berat badan
  • dilahirkan sebelum 37 minggu dalam kandungan (pra-matang)

Bagaimana untuk kenal pasti sama ada anak late talkers sementara atau jangka panjang?

Anak lambat bercakap

Kredit foto: petuaibu.com

Ibu bapa boleh mengenalpasti kosa kata anak anda adalah sesuai untuk tahap umurnya. Berikut adalah panduan yang dapat membantu anda:

  1. Kanak-kanak berumur 18 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 20 perkataan yang berlainan jenis, seperti kata nama (adik, bola), kata kerja (makan, tidur), kata sendi (atas, bawah), kata sifat (panas, besar), kata sosial (hi, bye).
  2. Kanak-kanak berumur 24 bulan patut menggunakan sekurang-kurangnya 100 perkataan dan boleh buat ayat 2 patah perkataan. Ayat ini perlu dihasilkan oleh kanak-kanak itu sendiri dan bukannya ayat yang dipelajari sebagai keseluruhan, seperti ”bye bye”, ”apa tu?”. Contoh ayat 2 patah yang sesuai ialah ”makan biskut”, ”baju kotor”, minum susu
  3. Kanak-kanak berumur 36 bulan patut menggunakan ayat 3-4 patah perkataan dan juga boleh menjawab soalan ”siapa?”, ”apa?”,  dan ”mana?” yang mudah.

Siapa yang dapat ‘kejar balik’ dan siapa tidak?

Siapa yang akan dapat ’kejar balik’ dalam perkembangan bahasa dan siapa pula tidak dapat? Berikut adalah senarai risiko dan tanda-tanda kanak-kanak yang mungkin akan mempunyai kesukaran dalam perolehan bahasa untuk jangka masa panjang:

  • senyap pada waktu bayi, kurang babbling (ba, ma, ga)
  • mempunyai sejarah jangkitan telinga
  • mempunyai bunyi konsonan yang terhad (p, b, m, t, d, n, y, k,g, dll)
  • tidak meniru menyebut perkataan
  • hanya menggunakan kata nama (nama orang, barang, tempat) dan sangat kurang kata kerja (lompat, minum)
  • sukar bermain dengan kanak-kanak yang lain
  • sejarah ahli keluarga yang mempunyai kelambatan dalam kemahiran komunikasi, atau masalah pembelajaran
  • kelewatan dalam kefahaman bahasa (tidak faham arahan)
  • menggunakan isyarat untuk berkomunikasi

Adakah Late Talkers boleh mengejar bahasa tanpa bantuan atau rawatan?

Sebahagian besar daripada mereka nampaknya dapat mengejar perkembangan kanak-kanak lain apabila mereka masuk ke sekolah.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak tersebut biasanya mempunyai kesukaran dalam aspek bahasa tertentu seperti tatabahasa, berbanding dengan kanak-kanak lain.

Sekiranya perkembangan bahasa dan pertuturan anak anda tidak mengikut umur atau disyaki sebagai Late Talkers, anda adalah disyorkan untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin. Ini adalah kerana penerimaan rawatan pada usia yang awal akan memberi kesan yang lebih positif.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: doktorbudak

Baca juga: Anak Lambat Bercakap Bukan Bermaksud Menghidap Autisme!

Stories Rakan Kongsi
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kanak-Kanak
  • /
  • Umur 2 TahunTapi Masih Cakap Sepatah-Sepatah? 3 Ciri Late Talkers Yang Boleh Dikenalpasti
Kongsikan:
  • Cara Senang Latih Anak 'Berat Mulut' Bercakap, Parents Kena Cuba!

    Cara Senang Latih Anak 'Berat Mulut' Bercakap, Parents Kena Cuba!

  • 5 cara untuk bantu perkembangan pertuturan anak anda tanpa bantuan elektronik!

    5 cara untuk bantu perkembangan pertuturan anak anda tanpa bantuan elektronik!

  • Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

    Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • Cara Senang Latih Anak 'Berat Mulut' Bercakap, Parents Kena Cuba!

    Cara Senang Latih Anak 'Berat Mulut' Bercakap, Parents Kena Cuba!

  • 5 cara untuk bantu perkembangan pertuturan anak anda tanpa bantuan elektronik!

    5 cara untuk bantu perkembangan pertuturan anak anda tanpa bantuan elektronik!

  • Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

    Benarkah Ibu Hamil Tak Boleh Lakukan 5 Perkara Ini? Jika Tidak Anak Akan 'Terkenan'

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.