TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk / Daftar Masuk
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Pakar Mendedahkan Soalan Ini Mampu Tenangkan Anak Mengamuk!

3 min bacaan
Pakar Mendedahkan Soalan Ini Mampu Tenangkan Anak Mengamuk!

Kehabisan idea untuk menenangkan anak yang suka mengamuk? Cuba tanya mereka soalan ini!

Kami pernah berkongsikan artikel tentang cara-cara berkesan untuk mengendali anak mengamuk mengikut gaya artis Hollywood, Drew Barrymore – dulu. Hari ini, kami akan berkongsi satu pendedahan besar yang ditemui oleh pakar psikologi tentang anak mengamuk, pula!

Pakar Mendedahkan Soalan Ini Mampu Tenangkan Anak Mengamuk!

Pakar psikologi tersebut – Sally Neuberger telah mendedahkan tentang satu soalan yang berkesan untuk menenteramkan kanak-kanak mengamuk. Soalan itu adalah

“Adakah ini masalah besar, sederhana atau masalah kecil?”

Soalan ini nyata terbukti berjaya membantu seorang ibu menenteramkan anaknya yang mengamuk! Ceritanya begini – Fabiana Santos, seorang ibu kepada kanak-kanak berusia 5 tahun menjumpai Neuberger setelah anaknya tidak boleh menyesuaikan diri untuk masuk ke tadika. 

Sebagai seorang pakar psikologi dan terapi kanak-kanak, Neuberger memberi beberapa panduan buat Santos. Santos juga mendengar nasihat Neuberger dan mencuba “soalan cepumas” itu pada anaknya. 

Dan anaknya kini terbukti semakin kurang mengamuk! 

Hebat! 

Apakah disebalik soalan mudah tersebut?

Disebalik soalan mudah terbabit, terkandung satu intipati penting – iaitu anda menunjukkan minat tentang apa yang mengganggu anak anda.

Biasanya, kanak-kanak akan “mengamuk” kerana permintaannya tidak dituruti. Apabila anda mula menyoal soalan semudah “adakah ini masalah besar, sederhana dan kecil”, perangai mengamuk itu akan berkurangan.

Bagaimana? Menerusi empati. Kanak-kanak akan rasa mereka “dihargai dan dihormati” apabila anda ingin mengambil tahu apa perasaan mereka. 

Daripada soalan mudah itu juga, anda sebenarnya menggalakkan anak anda untuk cuba menyelesaikan masalah “ketidakpuasan hati” yang mereka rasa. Apabila masalah selesai, tiada lagi adegan mengamuk tak tentu pasal!

Satu kelebihan menggalakkan anak anda menyelesaikan masalahnya sendiri adalah keyakinan diri mereka akan meningkat. Mereka juga akan lebih bijak berdikari apabila semakin membesar.

Pakar Mendedahkan Soalan Ini Mampu Tenangkan Anak Mengamuk!

Bagaimana ingin guna soalan itu pada anak yang mengamuk?

Jangan risau, anda boleh mula menyoal soalan sedemikian pada anak-anak yang berumur 3 tahun ke atas. Ia kerana kanak-kanak seawal usia ini sudah mula berfikir dan menilai apa yang berlaku di sekeliling mereka (dibantu oleh ibu bapa juga).

#1 Mula-mula, anak anda harus faham tentang apa itu “masalah besar”, “masalah sederhana” dan “masalah kecil”.

  • Masalah besar – masalah yang amat menganggu dirinya
  • Masalah sederhana – masalah yang memerlukan masa dan usaha untuk diselesaikan
  • Masalah kecil – masalah kecil yang boleh diselesaikan dengan mudah dan cepat

#2 Apabila mereka tiba-tiba meragam dan mengamuk, tanya mereka soalan ini. Apabila mereka menjawab ia masalah besar, sederhana atau kecil, soal mereka bagaimana ingin menyelesaikan masalah tersebut pula.

#3 Beri mereka masa dan peluang untuk berfikir bagaimana 

#4 Selepas masalah diselesaikan, ucap tahniah pada mereka. Biar mereka rasa dihargai.

Contoh daripada Santos

Santos percaya soalan ini telah mengurangkan sifat mengamuk yang sering dibuat oleh anaknya. Anda masih ragu-ragu tentang bagaimana soalan ini membantu Santos mengendali anaknya?

Begini:

Satu pagi, anaknya sedang bersiap untuk ke sekolah. Namun tiba-tiba, dia mengamuk kerana dia ingin memakai sehelai seluar kotor yang telah dipakainya sebelum ini. Santos pantas menyoal anaknya.

“Ini masalah besar, sederhana atau kecil?”

Si manja tadi mendiamkan diri. Kemudian dia menjawab dengan perlahan “kecil”.

Santos kembali menyoal.

“Awak tahu masalah kecil mudah saja nak selesaikan. Jadi, macam mana kita nak buat sekarang?”

Santos memberi anaknya masa untuk berfikir. Seketika kemudian, anak perempuannya menjawab “pilih seluar lain,”

Taraaaaaaaaaa! Selesai!

Bagaimana? Bersedia untuk cuba tanya soalan ini bila anak anda mengamuk kelak? Jangan lupa untuk ajar mereka dahulu! Yang paling penting: Bertimbang rasa, beri masa anak anda selesaikan masalah, kemudian ucap tahniah padanya!

Stories Rakan Kongsi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Selamat berjaya semua ibu bapa!

Kredit gambar:  Toddler.Arparis.Org

Sumber rujukan: Smart Parenting

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Tip keibubapaan
  • /
  • Pakar Mendedahkan Soalan Ini Mampu Tenangkan Anak Mengamuk!
Kongsikan:
  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

  • Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

    Sentuhan Selamat Dan Tidak Selamat Untuk Anak Kecil Tahu, Wajib Ajar Seawal Usia Mereka 3 Tahun

  • Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

    Anak Mengamuk, Menjerit & Tak Dengar Kata? Kajian Dapati Skrin Boleh Rosakkan Tingkah Laku Si Manja!

  • Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
    Stories Rakan Kongsi

    Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham