Selalu kita dengar ibu ayah yang ada anak yang baru mula belajar nak bercakap, mereka tak tahu topik apa nak sembang dengan anak. Sebenarnya senang je nak sembang dengan anak yang baru belajar bercakap.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Anak baru belajar bercakap, ini perkara penting ibu ayah perlu buat
- Kurangkan bertanya ‘apakah itu’ jika mahu tambah vocab
- Gunakan konsep beritahu jika mahu sembang dengan anak
Menurut pakar terapi cara kerja, Aishah Kassim, beliau yang pakar dalam terapi pertuturan kanak-kanak ada perkara yang ibu bapa tak perlu buat selalu jika mahu bersembang dengan anak yang baru belajar bercakap.
Anak baru belajar bercakap, ini perkara penting ibu ayah perlu buat
Sebenarnya, katanya senang saja nak bersembang dengan anak yang baru belajar bercakap. Katanya bukanlah sepanjang masa kita perlu bercakap dengan anak.
Ada caranya iaitu kita bagi dan tunggu respon anak. Ini kerana jika hanya kita seorang saja bercakap, tetapi anak tidak respon ia tidak akan menjadi komunikasi dua hala. Jika tiada komunikasi dua hala, ia bukanlah bersembang maksudnya.
Jangan ingat, kalau anak tidak bercakap, dia tak reti bersembang. Ada banyak situasi yang kita boleh buat dan bantu anak ada skill bersembang.
Cara yang diberikan ini sesuai untuk anak-anak yang baru mula bercakap atau baru bercakap sepatah-sepatah. Ia kurang sesuai untuk anak yang sudah pandai bercerita dengan vocab yang banyak.
Ada banyak situasi anda boleh buat bersama anak supaya anda tak habis idea untuk bersembang dengan anak. Tidak kisah untuk ulang situasi sama, tapi pastikan vocab anak bertambah.
Kurangkan tanya soalan apa itu jika mahu anak tambah vocab
Ini adalah perkara yang paling anda perlu ingat jika anak dalam fasa bercakap sepatah-sepatah atau masih belum bercakap.
Kurangkan tanya soalan seperti apa itu? Adik itu apa?
Tidak salah untuk bertanya soalan, tetapi terlalu banyak tanya kepada anak yang sedikit vocabnya tidak akan membantu anak untuk tambah vocab baharu.
Isu di sini, bukan anak tidak boleh bercakap, tetapi ia adalah kerana vocab mereka sedikit jadi apa yang penting adalah perlu tambah vocab anak.
Jika nak tanya soalan, gunakan soalan yes or no, atau yeke? Contoh, adik nak epal ini ke? Yang ini ke? Nak mama buat macam ni ke? Adik nak makan nasi ke? Dalam soalan itu kita dah beri jawapan pada dia.
Elakkan tanya soalan, ini warna apa? Ini apa? Itu apa? dengan terlalu kerap kerana ia tidak bantu anak untuk tambah vocab baharu dan tidak galakkan anak buat ayat pun. Jangan buat soalan conversation stopper.
Gunakan konsep beritahu jika mahu sembang dengan anak
Bila nak tambah vocab anak, apa yang kita perlu buat adalah kena guna konsep beritahu dia. Ini adalah teknik yang paling sesuai untuk tambah vocab anak yang baru belajar bercakap.
Ini 6 perkara yang anda boleh beritahu anak jika mahu ajak dia bersembang:
#1. Beritahu apa anda nampak atau anak sedang tengok
Jadikan apa yang anda sedang nampak atau anda sedang tengok sebagai isi perbualan dengan anak. Lihat pada kesesuaian masa yang mana ketika itu kedua-dua tengah share attention atau dua-dua sedang menghadap benda yang sama.
Jika sedang berjalan nampak anak tengok kucing, boleh cakap, oooo..adik tengok kucing. Jika anak dah tahu pun tidak mengapa untuk beritahu dia lagi.
Adik, mama nampak pokoklah. Adik ada pokoklah.
#2. Beritahu apa yang kita tengah buat
Yang ini kita nak ajar anak mengenai kata perbuatan. Kalau tengah main bola dengan anak, boleh cakap sepak bola. Mama baling bola .Mama sepak bola. ooo..adik sepak bola.
Kalau tengah sidah baju, mama tengah sepit baju ni. Mama tengah sidai baju ni. Libatkan anak dengan apa yang anda buat. Contoh jika buang sampah, adik tolong mama buang sampah. Pegang tangan dia dan buang sampah ke dalam tong sampah.
#3. Beritahu apa yang kita dengar
Apa saja bunyi yang anda dan anak dengar boleh beritahu dia. Ish kuatnya bunyi bunga api ni. Eh itu ada bunyi motorlah adik. Adik, ada bunyi burung, cip cip cip.
#4. Beritahu apa yang kita rasa
Jika sedang makan buah, boleh cakap, buah ni rasa masam ni adik. Masamkan? Jadi anak boleh tahu apa yang dia makan itu rasanya masam. Jika sedang makan buah yang manis, boleh cakap, manis buah ni adik.
Boleh juga beri anak rasa garam, dan beritahu itu rasa masin.
#5. Beritahu tekstur apa yang kita sentuh
Licin, kasar, lembik, basah, kering, melekit dan sebagainya. Boleh beritahu, rambut adik basah ni, mama kena lap. Itu boleh buat ketika kita mandikan anak.
#6. Beritahu apa yang kita bau
Jika sedang mandikan anak, boleh cuba beri dia hidu sabun dan boleh beritahu, ini bau wangi ni adik. Wanginya sabun ni.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Lambat Bercakap? Amalkan 2 Doa Untuk Anak Cepat Bercakap Ini Setiap Hari
Baca juga: Ini Bezanya Anak Lambat Bercakap Atau Ada Masalah Gangguan Percakapan (Speech Delay)!
Baca juga: Cara Senang Latih Anak ‘Berat Mulut’ Bercakap, Parents Kena Cuba!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!