Sekarang anak saya sudah masuk umur 3 tahun. Saya mengajar anak belajar bercakap dari bayi lagi, mesti ada ibu bapa rasa pelik dan tanya kenapa kan? Ini antara petua anak cepat bercakap saya sendiri.
Sebab saya ajar anak bercakap awal kerana saya sendiri suka membaca buku novel, kadang-kala tu saya akan membaca buku sambil bercakap dengan anak.
Anak-anak ini sebenarnya suka memerhati apa yang kita buat. Mungkin ada yang tidak tahu, sebenarnya pada usia 7 bulan, anak sudah pandai menyebut ayat tapi tidak jelas.
Pada usia 11 bulan nanti, dia akan cakap terus terang dan ikut sekali dengan berjalan laju.
Sekarang pun sudah tidak larat nak melayan sebab cara dia soal kita tu sudah bukan macam umur seusia dia. Sampai pernahlah ada satu hari tu, mak cik-mak cik ingat umur dia 5 ke 6 tahun.
Anak saya sejak dia bayi lagi, saya suka pasang surah-surah Al-Quran. Sampai sekarang pun saya pasang lagi.
Apabila anak hendak mula bercakap, saya tidak ajar anak perkataan pendek yang hujung hujung ayat atau percakapan pelat (contoh: makan jadi mamam, berak jadi eeak).
Petua anak cepat bercakap saya ialah saya akan mengajar dia bercakap ayat yang jelas. Kalau salah sebutan, saya akan mengajar ayat itu secara perlahan-lahan dan dengan jelas. Conoth makan, saya akan sebut ma/kan.
Saya akan pastikan untuk mengguna nada yang perlahan supaya anak ikut sekali. Lama-kelamaan, sebutan anak tidak akan jadi pelat dan ini cara saya ajar anak cepat bercakap.
Setiap masa kita kena perhatikan perkembangan anak. Dari usia setahun, anak-anak sudah pandai menghafal gambar-gambar yang dia tengok. Tak kisah gambar apa-apa pun, sebab dari kecil saya sudah terapkan anak dengan suka buku.
Tapi ingat ya ibu dan ayah, jangan terlalu memaksa. Ini kerana sekarang adalah waktu dia bermain. Anda boleh ajak dia belajar selama 10 minit setiap hari, selebihnya biarkan dia bermain. Kalau terus belajar tanpa rehat, nanti otak dia jadi serabut!
Semoga petua anak cepat bercakap ini dapat memberi inspirasi kepada ibu bapa lain untuk mencuba sendiri.
Selamat mencuba!
Artikel ini ditulis oleh VIP Parents Noridayu binti Mohamad Isa untuk theAsianparent Malaysia. Saya seorang suri rumah sepenuh masa dan buat kerja sambilan dengan menjual makanan.
Jika anda berminat untuk menghantar artikel anda kepada pihak kami, anda boleh menghantar penyertaan anda di sini. Anda hanya perlu memilih topik yang diingini dan sebaik sahaja artikel anda diterbitkan, anda akan menerima RM60 untuk setiap artikel yang diterbitkan.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Anak Lambat Bercakap? Amalkan 2 Doa Untuk Anak Cepat Bercakap Ini Setiap Hari
Baca juga: 5 cara untuk bantu perkembangan pertuturan anak anda tanpa bantuan elektronik!
Baca juga: Anaknya Belum Boleh Bercakap Pada Usia 4 Tahun, Ayah Kekal Optimis
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!