X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Tips Mengajar Anak untuk Bercakap

3 min bacaan
Tips Mengajar Anak untuk Bercakap

Ibu bapa perlu wujudkan peluang dan galakkan anak-anak bercakap sama ada untuk meminta barangan kegemaran, mendapatkan perhatian ataupun menolak barangan dan aktiviti yang tidak digemari.

Kepada ibu bapa yang tertanya-tanya mengenai cara untuk menggalakkan anak anda untuk bercakap, berikut adalah beberapa cara ajar anak bercakap dan tips yang boleh diikuti :-

Cara Ajar Anak Bercakap: Tiru Langkah-langkah Mudah Ini

1. Wujudkan peluang untuk berkomunikasi

Tips Mengajar Anak untuk Bercakap

Kredit: Shutterstock

Kerisauan mengenai kesukaran anak-anak untuk bercakap sering kali menyebabkan pelbagai pihak lupa bahawa pada asasnya anak-anak kita sebenarnya memerlukan sebab untuk bercakap.

Oleh demikian, ibu bapa perlu sentiasa wujudkan peluang untuk anak-anak bercakap samada untuk meminta barangan kegemaran, mendapatkan perhatian ibu bapa ataupun menolak barangan dan aktiviti yang tidak digemari.

2. Model perkataan atau ayat

Pembelajaran bahasa anak bermula dengan meniru perkataan atau ayat yang digunakan oleh orang dewasa.

Justeru itu, ibu bapa digalakkan untuk menjadikan diri sebagai model bahasa untuk anak Guna cara ajar anak bercakap seperti ini contohnya, jika anak berniat untuk meminta susu, anda boleh sebut “Umi, adik nak susu” sebelum memberikan botol susu kepada anak.

Baca juga: Satu Tanda Autisme Pada Kanak-Kanak Ini Selalu Disalah Anggap Ibu Bapa

3. Kurang bertanya soalan dan memberi arahan

Bertanya soalan atau memberi arahan hanya akan menggalakkan anak untuk menggunakan perkataan atau ayat yang telah dikuasai. Di samping itu, pertanyaan soalan dan pemberian arahan tidak menggalakkan komunikasi dua hala.

Pertanyaan soalan dan pemberian arahan boleh dikurangkan dengan memberikan model perkataan dan ayat.

4. Cara kedudukan yang optima 

cara ajar anak bercakap

Kredit: Shutterstock

Kedudukan yang optima untuk berkomunikasi adalah pada eye-level anak. Dalam erti kata lain, kedudukan mata ibu bapa adalah selari dengan mata anak.

Kedudukan ini akan menggalakkan anak-anak untuk melihat mimik muka dan pergerakan mulut anda dan seterusnya memudahkan mereka untuk memahami niat anda serta meniru sebutan yang diingini.

5. Tunggu respon daripada anak

Anak-anak terutamanya mereka yang masih kecil biasanya memerlukan masa untuk respon sewaktu berkomunikasi. Mereka perlu mengingati semula perkataan atau ayat yang pernah didengar sebelum ini.

Sekiranya anda yakin bahawa anak tahu perkataan atau ayat yang boleh digunakan dalam situasi tertentu, tunggu selama 2-5 saat sebelum membantu anak anda. Pada masa yang sama, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan agar anak tidak kehilangan minat atau kesabaran sewaktu mereka menunggu respon daripada anak masing-masing.

6. Beri respon yang sesuai

Tips Mengajar Anak untuk Bercakap

Kredit: Shutterstock

Pemberian respon yang sesuai untuk anak akan meneguhkan dan menggalakkan lagi anak untuk bercakap dengan lebih kerap di masa hadapan.

Contohnya, sekiranya anak meminta mainan dengan menyebut “Saya nak kereta”, berikan mainan tersebut kepada anak. Jika anak menolak dengan menyebut “Tak nak puzzle”, simpan mainan tersebut dan cuba tawarkan mainan yang lain.

Sekiranya anda risau mengenai perkembangan kemahiran komunikasi dan bahasa anak anda, sila dapatkan bantuan khidmat nasihat daripada terapis pertuturan di hospital yang berdekatan.

Ditulis oleh :  Mr. Jardian Tay
B. Speech Sc. (Hon) (UKM), PGDip Special Education (Autism) (UKM)

(Mr. Jardian holds qualifications in the field of speech therapy and special education. He has experience in providing support for children with various difficulties including speech-language impairment and social-communication difficulty. He has worked closely with other professionals in different settings such as early intervention centre, hospital and private speech therapy centre.

Mr. Jardian is a certified More Than Words® speech therapist with The Hanen Centre in Canada. More Than Words® is a training program that aims to empower parents of children with Autism by providing them with the knowledge and strategies to help improve their children’s social communication skill.

In addition, he is also a certified Picture Exchange Communication System (PECS)® implementer.)

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Pentingnya Lampin Bayi Terbaik Yang Diluluskan Pakar Pediatrik Demi Menjaga Kulit Bayi Yang Sensitif
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik

Artikel ini telah diterbitkan semula dengan izin dari Doktorbudak. 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

DoktorBudak

  • halaman rumah
  • /
  • Kanak-Kanak
  • /
  • Tips Mengajar Anak untuk Bercakap
Kongsikan:
  • Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
    Stories Rakan Kongsi

    Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup

  • Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
    Stories Rakan Kongsi

    Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier

  • Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

    Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

  • Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
    Stories Rakan Kongsi

    Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup

  • Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
    Stories Rakan Kongsi

    Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier

  • Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

    Perut Bayi Berbunyi: Adakah Ia Normal Atau Petanda Masalah? Ini Yang Ibu Ayah Kena Tahu

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham