Menjadi kebimbangan ramai ibu bapa apabila anak mereka yang sepatutnya sudah mula bercakap, tetapi sangat berat mulut untuk bercakap. Adakah anak lambat bercakap sama dengan anak berat mulut?
Seperti ada emas dalam mulutnya anak berat mulut ini akhirnya menimbulkan kerisauan kepada ibu bapa.
Sebenarnya ibu bapa sendiri yang perlu merangsang anak untuk bercakap, kerana ibu bapalah individu yang paling dekat dengan mereka.
Anak lambat bercakap ibu bapa perlu usaha
Kemahiran bercakap dan kemahiran berkomunikasi adalah aspek penting dalam perkembangan seorang kanak-kanak.
Kemahiran ini penting kepada anak untuk pelbagai tujuan kerana tanpanya banyak yang akan mempengaruhi perkembangan anak nanti.
Menurut artikel di majalah Pa&Ma yang memetik Ahli Patologi Bahasa Pertuturan, Ruby Atika antara perkara penting berkaitan kemahiran bercakap adalah untuk menyatakan keinginan, meluahkan perasaan, belajar, bertanya dan bermain bersama rakan sebaya.
Namun sesetengah ibu bapa kurang sedar, mengenai pentingnya cara yang berkesan dalam merangsang anak untuk pandai dan cepat bercakap. Mereka kurang sedar pentingnya dedikasi dalam memastikan anak-anak ini dapat bercakap sesuai dengan usia mereka.
Antara perkara mudah yang boleh dilakukan ibu bapa untuk memastikan anak tidak berat mulut adalah:
#1. Baca satu buku cerita setiap hari
Bacakan padanya satu buku cerita setiap hari. Buku yang sama pun tidak mengapa asalkan ada buku yang anda bacakan kepadanya setiap hari.
Gunakan intonasi suara mengikut jalan cerita supaya dia dapat belajar cara anda bercakap, mimik muka dan bahasa tubuh yang anda gunakan. Ini sedikit sebanyak akan melatih mereka untuk bercakap dan menggunakan perkataan yang sesuai dan sepatutnya.
Membaca buku cerita kepadanya akan menambah kosa kata anak itu dan mereka lebih mudah berinteraksi dengan anda.
#2. Rajin suruh anak
Rajin-rajinlah suruh anak anda. Walaupun anda anggap dia masih kecil, walaupun baru dua tahun ajarlah dia buang sampah, tutup pintu, ambilkan bantal, hantar cawan ke siniki.
Perkara simple seperti ini memberi kefahaman kepada anak anda. Ia adalah latihan kefahaman supaya dia faham atau sebaliknya apa yang anda cuba suruhnya.
Buat yang simple-simple saja, tidak perlulah hingga buat mereka tension. Buat perkara yang mereka perlu saja untuk melatih kemahiran dan kefahaman.
#3. Menyanyi bersama anak
Ambil tahu lagu yang anak anda layan dan menyanyilah bersama mereka. Ini akan meningkatkan rasa percaya mereka pada anda kerana merasakan ada orang yang ambil bahagian dalam apa yang mereka suka lakukan.
Menyanyi bersama anak berbeza kesannya daripada mereka menyanyi seorang diri. Lihat saja anak-anak lebih gembira ketika menyanyi bersama rakan-rakan di sekolah.
#4. Libatkan anak dalam aktiviti harian anda
Libatkan anak dalam aktiviti harian anda. Tidak semestinya hanya menonton TV, anda juga boleh minta tolong mereka di dapur. Ajak mereka berkebun, buat kek bersama-sama atau lipat kain bersama-sama.
Seperti ketika buat kek bersama, anda boleh ajar mereka mengenai bentuk dan minta mereka sebut.
#5. Cakap ikut tahap bahasa anak
Kalau dia jenis bukan bercakap laju, cuba ikut tone nya. Jangan gopoh, ikut cara dia. Ini bagi memastikan dia dapat menangkap apa yang anda perkatakan.
Ingatlah, anak bukan mesin yang anda boleh paksa-paksa mereka ikut cara anda bercakap.
#6. Ajar perkataan yang kerap digunakan
Selalu ibu bapa mahu ajarkan anak mereka huruf, nombor sedangkan perkataan yang sepatutnya digunakan seharian tidak diajar.
Ajarkan kata kerja kepada mereka seperti makan, duduk, minum dan mandi. Tidak salah anda ajarkan ABC atau nombor, tetapi ajarkan mereka perkataan essential yang penting kepada mereka.
#7. Ajar anak untuk fokus
Pilih permainan yang boleh meningkatkan fokus anak. Pilih sesuatu yang mereka suka tetapi ia juga membantu meningkatkan fokus mereka.
#8. Ulang apa anak cakap
Jika terdengar mereka menggunakan sesuatu perkataan, ulang semula dan tambah ayat lain. Ini akan membantu menambah kosa kata mereka.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: majalapama
Baca juga:
30 Perkara Anak Anda Harus Faham Dan Cakap Sebelum Usia 2 Tahun
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!