X
TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

13 Tips Ajar Anak Bercakap Dengan Cepat & Berkesan, Ibu Ayah Baru Wajib Tahu!

4 min bacaan
13 Tips Ajar Anak Bercakap Dengan Cepat & Berkesan, Ibu Ayah Baru Wajib Tahu!

Tips ajar anak bercakap yang berkesan ini dapat membantu ibu ayah merangsang mulut si manja untuk mengatakan sesuatu dengan perkataan pendek

Setiap anak akan melalui proses perkembangan yang semula jadi. Sebagai ibu ayah, semestinya anda sudah tidak sabar untuk mendengar si manja memanggil anda dengan suara yang begitu comel. Justeru kami kongsikan beberapa tips ajar anak bercakap bagi membantu ‘meringankan’ mulut mereka.

Antara salah satu fasa dalam tumbesaran kanak-kanak adalah perkembangan bahasa. Ia adalah penting bagi menyokong kemampuan si manja berinteraksi dengan orang sekeliling dan memudahkan ibu ayah memahami perasaan mereka.

Tips ajar anak bercakap yang mudah dan berkesan 

ajar anak bercakap

credit to sources

Komunikasi dengan anak belum pandai bercakap mungkin membuatkan anda berasa sedikit sukar untuk memahami apa yang dikatakan. Asyik tersalah faham.

Walaupun kata orang, baru-baru dapat anak memanglah begitu kerana masing-masing sedang cuba memahami. Tetapi jika dapat mulakan komunikasi dengan anak sejak awal, tentu lebih mudah kan?

Cubalah beberapa panduan yang dapat membantu komunikasi dengan anak supaya pandai bercakap seperti di bawah:

Advertisement

• Kerapkan bercakap. Banyakkan bercakap dengan anak-anak. Lihat wajah mereka dan tunjukkan wajah yang teruja bila mereka cuba bercakap sebagai dorongan.

• Respon dengan jelas. Berikan respon yang jelas apabila anak-anak cuba bercakap. Contoh, katakan padanya, “Haa, betul tu Aiman. Ini ‘sudu’.”

• Tunjukkan padanya. Tunjukkan pada anak-anak apa yang anda maksudkan dengan selarikan perkataan dan perbuatan. Contoh, katakan “Buka kasut Aiman” sambil membuka kasutnya. Kalaupun belum pandai bercakap, dia tentu boleh tunjukkan apa yang diinginkan.

• Dapatkan perhatiannya. Dapatkan perhatian sebelum memulakan komunikasi dengan anak dengan menyebut namanya dan terjadinya ‘eye contact’. Dia akan faham yang kita sedang bercakap dengannya.

• Peluang bercakap. Jangan kita yang asyik bercakap. Nanti kita yang semakin pandai bercakap sedangkan anak masih membisu. Berikan banyak peluang kepada anak. Jika bertanya soalan, beri masa 10 saat untuk dia menjawab.

Tips ajar anak bercakap, panduan buat ibu ayah baru

petua anak cepat bercakap

credit to sources

• Situasi dinamik. Dedahkan anak-anak kepada situasi-situasi di mana kita boleh perkenalkan banyak perkataan baru. Bawa dia berjalan-jalan atau menaiki bas. Tunjuk ke arah benda-benda yang kita dapat lihat bersamanya.

• Ulang dan kembangkan. Ulang perkataan yang anak-anak cuba katakan walaupun tidak jelas. Kembangkan apa yang ingin disampaikan. Contoh, jika dia sebut “cang” untuk pisang, katakan “Haa…ini pisang. Warnanya kuning.”

• Berulang kali. Terutama bila kita perkenal perkataan baru, ulanglah berkali-kali dalam situasi dan masa yang beza. Biar lekat di fikirannya.

• Permudahkan kata-kata. Gunakan ayat pendek dan tekankan pada kata kunci supaya dia dapat menumpukan perhatian kepada maklumat yang penting. Contoh, katakan “Aiman lapar? Nak makan?” dan bukannya “Aiman lapar ke sekarang ni? Kalau belum lapar, bila Aiman lapar Aiman beritahu mama Aiman nak makan ya.”

• Elak bunyi bising. Elakkan bunyi bising seperti bunyi televisyen atau radio ketika bercakap. Barulah anak-anak dapat berikan perhatian kepada apa kita kata. Anak-anak sebenarnya sukar untuk mengasingkan bunyi latar.

• Pergerakan bibir. Anak-anak dapat belajar bercakap dengan melihat kita bercakap tetapi dia lebih cepat pandai bercakap jika dapat melihat pergerakan bibir. Cuba-cubalah bercakap bersama-sama di hadapan cermin.

• Huraikan. Bila kenalkan anak dengan sesuatu, huraikan keadaannya bagi menggalakkan percakapan. Contoh, “Aiman, ini epal. Bulatkan epal ni? Warnanya merah.” Jika ‘Aiman’ sudah pandai bercakap, minta dia pula huraikan objek pilihannya.

• Permainan mendengar. Gunakan gambar binatang atau permainan binatang yang berbunyi. Contoh, jika kita sebut “moo” tunggu si kecil untuk tunjuk gambar lembu atau ambil anak patung lembu. Jika bawa anak ke taman, minta dia pejamkan mata sambil berbaring dan fokus kepada mendengar. Selepas seminit, tanyakan apa yang dia telah dengari.

Tips ajar anak bercakap, luangkan sedikit masa untuk bermain bersama mereka

cara ajar anak bercakap

credit to sources

Jika sesi komunikasi dengan anak menyeronokkan, dia akan lebih berminat untuk berinteraksi dan lebih cepat pandai bercakap. Elakkan sama sekali mengajar sambil membuat kerja rumah.

Duduk dan bermainlah bersama. Perkenalkan perkataan-perkataan sambil berimaginasi. Jika tidak, buka buku bergambar. Kalaupun tak membaca, si kecil boleh belajar dengan mendengar kita bercakap tentang gambar yang dilihatnya.

Rasa bosan? Nyanyikan lagu kanak-kanak kepadanya sambil melakukan aksi. Lakukan sekerap mungkin. Dia pasti akan ikut sama. Antara lagu tadika yang boleh digunakan:

BANGUN PAGI

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan
4 Perkara Ibu Ayah Wajib Tahu Tentang Pemeriksaan Anak 12 Bulan

BANGUN PAGI GOSOK GIGI,
CUCI MUKA TERUS MANDI,
PAKAI BAJU MINUM SUSU,
SALAM AYAH DAN IBU,

PERGI SEKOLAH JALAN KAKI,
JUMPA CIKGU DEPAN PINTU,
SELAMAT PAGI CIKGU SA’AMAH,
SELAMAT PAGI CIKGU AISHAH,

RAJIN BELAJAR CIKGU AJAR,
PANDAI TULIS, PANDAI LUKIS,
PANDAI NYANYI, BACA BUKU,
SEMUA ORANG SUKA HATI,

KALAU KITA RAJIN USAHA,
IBUBAPA GEMBIRA,
MARI KAWAN SAMA-SAMA,
PASTI KITA BERJAYA!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kerap Berbual Dengan Bayi Dapat Merangsang Otak & Membuatkan Anak Lebih Bijak 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Manisah Ngalim

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan bayi
  • /
  • 13 Tips Ajar Anak Bercakap Dengan Cepat & Berkesan, Ibu Ayah Baru Wajib Tahu!
Kongsikan:
  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Perkembangan Bayi 3 Bulan Yang Parents Perlu Ambil Tahu: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

    Perkembangan Bayi 3 Bulan Yang Parents Perlu Ambil Tahu: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

  • Bayi Susah Tidur Malam, Tips Berkesan Atasi Dengan Mudah

    Bayi Susah Tidur Malam, Tips Berkesan Atasi Dengan Mudah

  • Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

    Petua Hilangkan Kuning Bayi Baru Lahir Yang Efektif, Cepat & Terbukti Berkesan

  • Perkembangan Bayi 3 Bulan Yang Parents Perlu Ambil Tahu: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

    Perkembangan Bayi 3 Bulan Yang Parents Perlu Ambil Tahu: Dah Pandai Bergolek & Mula Ketawa!

  • Bayi Susah Tidur Malam, Tips Berkesan Atasi Dengan Mudah

    Bayi Susah Tidur Malam, Tips Berkesan Atasi Dengan Mudah

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham