X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Anak Tiada Eye Contact Boleh Jadi Tanda Speech Delay & Autism, Ibu Jangan Ambil Mudah!

6 min bacaan
Anak Tiada Eye Contact Boleh Jadi Tanda Speech Delay & Autism, Ibu Jangan Ambil Mudah!

Eye contact adalah penting dalam perkembangan bayi dan kanak-kanak. Ia juga menjadi petanda jika si manja mengalami speech delay atau autisme

Dalam proses perkembangan si manja, ibu ayah kena perhatikan sebarang perbezaan dan perubahan dalam setiap perkara termasuklah eye contact.

Meskipun ia sering dianggap perkara simple, namun anak yang kurang hubungan mata atau kontek mata ini akan berdepan masalah komunikasi dua hala dengan orang sekeliling mereka.

Eye contact itu apa?

Eye contact itu apa

Bagi anda yang tidak tahu eye contact itu apa, maksud eye contact adalah elemen penting yang selalunya terapis lihat dalam perkembangan anak.

Ia juga menjadi perkara utama yang akan dilatih untuk meningkatkan proses setiap anak sama ada tipikal mahupun keperluan khas.

Tanda anak kurang eye contact atau kontek mata

Siti ‘Aisyah Rozalli, pakar terapi cara kerja telah kongsikan beberapa tanda anak yang kurang kontek mata sebagai panduan ibu ayah. Antaranya ialah:

  1. Langsung tidak pandang bila ibu ayah panggil nama. (Kalau kadang-kadang tak pandang tu, tidak mengapa)
  2.  Bila nak minta apa-apa, hanya tunjuk dengan tangan, atau tarik tangan ibu ayah. Tapi, tak pandang pun mata kita.
  3. Tidak memberi respon bila orang bercakap dengan dia. Pandang muka kita pun susah.
  4.  Tak pernah nak tunjuk (pointing) apa-apa barang pada kita. Kalau kita tunjuk burung, kapal terbang ke, dia macam tidak hairan untuk tengok
  5. Kalau kita ajak dia buat apa-apa, dia macam tidak berminat langsung dengan apa yang kita ajak.
  6. Dia suka main sejenis mainan, dengan cara yang limited.

Kontek mata tidak boleh dipaksa pada anak autisme

bahaya anak tiada eye contact

Biasanya kalau ibu ayah ada anak autism, antara perkara paling biasa anda nampak adalah kurangnya eye contact diberikan oleh anak tersebut.

Dan ramai juga anak-anak yang doktor diagnos sebagai speech delay pun kurang eye contact ni.

Sampai ramai sangat ibu ayah yang jadi risau. “Macam mana nak minta anak beri eye contact?”

“Anak saya bagi eye contact 1-2 saat sahaja, lepas tu tak nak dah”

Jadi, memang perlu ke kita minta anak beri eye contact ni?

Adakah kontek mata ini keutamaan bila kita nak buat intervensi, atau bila kita nak berkomunikasi dengan anak?

Kalau ikutkan beberapa pakar dalam bidang autism, anak-anak autism ni kita tak boleh paksa eye contactnya. Sebab ianya akan buat kita:

1. Buang masa pada satu kemahiran mikro sehingga kita tak perasan keperluan untuk melatih anak dalam kemahiran-kemahiran lain.

2. stres sebab anak-anak autism, memang ramai yang sukar berikan eye contact, tapi sebenarnya mereka melihat secara peripheral. Maksudnya, mereka tengok kita, tapi tak direct dekat mata.

Penglibatan sosial adalah kunci

Jadi, kenapa ramai Occupational Therapist concern tentang anak-anak yang tiada eye contact?
Sebabnya semasa kita merangsang anak untuk berikan eye contact, kita sebenarnya sedang merangsang sesuatu yang lebih besar:

ENGAGEMENT. Atau penglibatan.

Penglibatan sosial atau social engagement/participation adalah antara kunci kepada bagaimana seseorang kanak-kanak itu mahu terlibat dengan orang sekitarnya.

Kita selalu dengar orang kata anak-anak autism ni suka berada dalam dunianya sendiri. Latihan untuk mendapatkan eye contact adalah latihan yang sangat bagus untuk mengeluarkan anak-anak ini dari dunianya.

Dan membuatkan anak-anak ini sedar pentingnya untuk mereka “alert” dan “aware” dengan persekitaran mereka : ibu ayah dan manusia di sekitar.

Cara meningkatkan eye contact

cara meningkatkan eye contact anak

#1. Semasa makan

Memberi makan adalah cara terbaik untuk meningkatkan hubungan mata, sebaik sahaja otot mata bayi anda berkembang.

Sewaktu usia lima hingga lapan bulan, ibu boleh menyediakan satu sudu makanan, dapatkan perhatian bayi, dan angkat sudu ke garisan penglihatan antara mata anda dan bayi.

Hadiahkan pertemuan mata dengan senyuman dan coo semasa anda menghalakan sudu ke dalam mulut si manja.

#2. Semasa bermain

Anda boleh menggunakan permainan untuk membantu anak anda meningkatkan hubungan mata, dan terdapat banyak cara untuk melakukannya.

Bagi kanak-kanak kecil, gunakan peek-a-boo untuk melatih mendapatkan hubungan mata. Gunakan senyuman, geli, ketawa, peluk, picit, buat muka lucu, bunyi lucu, atau apa sahaja yang anak anda suka, untuk menguatkan lagi otot mata merekaa.

Adakan pertandingan merenung dengan kanak-kanak yang lebih besar. Main permainan dengan anak supaya mereka meniru mimik muka yang ditonjolkan ibu ayah.

#3. Kerap berbual

Apabila anda ingin menarik perhatian anak, sebutkan namanya, dan tunggu sehingga dia memandang anda.

Jika dia tidak memandang kerana sedang pegang mainan di tangannya, dekati dan perlahan-lahan letakkan tangan anda di atasnya untuk menyedarkan mereka dalam dunianya. Kemudian panggil namanya semula dan tunggu dia mendongak ke arah anda.

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

Jika anak sudah boleh bercakap secara lisan, anda boleh menggalakkan hubungan mata semasa  perbualan. Tekankan pandangan mata pada masa yang sama dengan mengajar sila dan terima kasih.

#4. Apabila si manja minta sesuatu

Apabila anak anda meminta mainan atau makanan kepada anda, tunggu hubungan mata sebelum menyerahkan mainan atau makanan yang diingini kepadanya.

Anda boleh memegang barang itu di hadapan mata anda dan apabila dia melihat objek itu dan anda, barulah berikannya kepada anak.

Fakta mengenai eye contact anak

  1. Eye contact tak boleh dipaksa. JANGAN pegang pipi, paksa pandang. Itu semua BIG NO. Ingat: kita nak anak sendiri yang rasa mereka perlu pandang. This is innate motivation. Motivasi dalaman untuk berkomunikasi.
  2. Walaupun 1-2 saat dalam keadaan yang kondusif untuk rangsang 2-way communication adalah sangat sangat penting dan keutamaan dalam perkembangan komunikasi anak.
  3. Kontek mata BUKAN MATLAMAT UTAMA, tapi ia boleh galakkan ENGAGEMENT dan jadi tanda keinginan anak untuk berinteraksi dengan lebih aktif.
  4. Kontek mata yang baik, akan beri peluang lebih mudah untuk anak-anak belajar :
    – mimik wajah : kerut kening, pandangan mata
    – meniru pergerakan mulut semasa bercakap : biasanya, bila anak sudah pandang mata, akan mudah untuk anak gerakkan mata melihat bahagian mulut
  5. Kontek mata nampak simple, tapi ramai anak-anak yang ada masalah dengan 2-way communication struggle dengannya.
  6. Kontek mata akan trigger satu benda penting yang kita panggil sebagai “joint attention” atau perhatian bersama. Joint attention adalah kemahiran yang sangat penting untuk kita latih pada anak-anak yang ada speech delay, dan anak-anak yang ada autism.

Siti ‘Aisyah Rozalli, Behavior Place

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Pengalaman Anak Speech Delay, Ibu Kongsi Cara Bantu Anak Kuasai 1000 Perkataan Dalam Masa 6 Bulan

Baca juga: Anak Speech Delay Bukan Berpunca Dari Masalah Autisme, Ini Info Penting Anda Patut Tahu!

Baca juga: 10 Cara Bermain & Aktiviti Wajib Ibu Bapa Perlu Buat Dengan Anak Speech Delay

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Anak Tiada Eye Contact Boleh Jadi Tanda Speech Delay & Autism, Ibu Jangan Ambil Mudah!
Kongsikan:
  • Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

    Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

  • Penyakit Ain Punca Orang Tua Larang Muatnaik Gambar Bayi Baru Lahir, Ini Sebab-Sebabnya

    Penyakit Ain Punca Orang Tua Larang Muatnaik Gambar Bayi Baru Lahir, Ini Sebab-Sebabnya

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

  • Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

    Bersetubuh Semasa Puasa, Suami Wajib Bayar Kaffarah & Isteri Hanya Perlu Ganti Puasa

  • Penyakit Ain Punca Orang Tua Larang Muatnaik Gambar Bayi Baru Lahir, Ini Sebab-Sebabnya

    Penyakit Ain Punca Orang Tua Larang Muatnaik Gambar Bayi Baru Lahir, Ini Sebab-Sebabnya

  • Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

    Tidak Tinggal Bersama & Shiqaq, Punca Diana Danielle Failkan Cerai Terhadap Farid Kamil

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.