X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

10 Cara Bermain & Aktiviti Wajib Ibu Bapa Perlu Buat Dengan Anak Speech Delay

4 min bacaan
10 Cara Bermain & Aktiviti Wajib Ibu Bapa Perlu Buat Dengan Anak Speech Delay

Memiliki anak speech delay tidak bermakna anda perlu putus asa. Boleh buat dia bercakap jika cara bermain dengan anak betul.

Setiap kanak-kanak mempunyai perkembangan yang berlainan. Jadi ada kanak-kanak yang mengalami speech delay atau lambat bercakap daripada usia yang sepatutnya. Kali ini kami kongsikan cara bermain dengan anak speech delay.

Menurut terapi cara kerja Aishah Kassim, aktiviti-aktiviti ini perlu diamalkan dalam rutin harian anak. Ia melibatkan banyak penggunaan motor kasar dan motor halus anak.

Tetapi katanya, yang paling penting adalah kewujudan ibu bapa itu sendiri dengan anak. Tidak kisahlah apa pun permainan itu, mahal atau murah, hebat atau biasa-biasa saja aktivitinya tetapi jika kita tiada dan tidak memberi perhatian atau menjadi kawan anak, sama juga. Mungkin tiada perubahan. 

Cara bermain dengan anak speech delay

Ibu bapa juga jangan putus asa jika anak anda disahkan speech delay. Ia bukanlah petanda yang anak langsung tidak boleh bercakap. Anak anda masih boleh bercakap dengan intervensi yang betul.

Jadi apakah yang perlu dibuat bersama mereka sebenarnya?

#1. Main di luar

Berjalan-jalan atau bermain di luar boleh membantu anak untuk:

  • Meluaskan pandangan
  • Belajar sesuatu yang baharu
  • Melatih motor kasar
  • Melatih mereka untuk lebih fokus dan belajar dengan situasi sebenar di sekeliling mereka

#2. Aktiviti seni

Cara bermain dengan anak

Ibu bapa boleh buat pelbagai jenis arts dengan anak-anak termasuklah aktviti menggunting, melukis, mewarna, menampal, finger paint dan pelbagai lagi. Aktiviti ini boleh meningkatkan:

  • Kreativiti dan kemahiran berfikir
  • Kemahiran motor halus
  • Kemahiran sensori

#3. Aktiviti motor kasar

Cara bermain dengan anak

Galakkan anak untuk melakukan aktiviti yang boleh merangsang kemahiran seperti:

  • Kekuatan otot dan sendi
  • Koordinasi badan
  • Kesimbangan badan

#4. Aktiviti motor halus

Aktiviti motor halus adalah aktiviti yang melibatkan otot-otot dan sendi kecil seperti jari dan organ di mulut. Jadi banyakkanlah aktiviti melibatkan jari anak-anak seperti menguli playdough, sepit-sepit, cabut dan tampal sticker. mencedok menggunakan sudu dan mulut seperti meniup, membuat bentuk-bentuk mulut depan cermin dan sebagainya.

#5. Aktiviti sensori

Rangsangan deria adalah aktiviti yang sangat penting untuk anak belajar. Libatkan anak-anak dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan:

  • Bunyi-bunyian
  • Lihat macam-macam perkara di sekeliling
  • Sentuh macam-macam tekstur yang ada di dunia ini
  • Bau apa yang boleh dibau
  • Rasa macam-macam rasa makanan
  • Buat macam-macam pergerakan

#6. Baca buku

Cara bermain dengan anak

Anda boleh memupuk minat anak untuk membaca sejak dari awal iaitu seawal usia enam bulan. Tetapi perlu diingat buku yang digunakan perlulah sesuai dengan usia anak.

  • Anda boleh bercerita mengenai apa yang ada dalam buku
  • Tunjukkan huruf yang ada dan bunyikan (tetapi tak perlu semua huruf)
  • Ajar anak selak buku
  • Sekali-sekala tunjuk pada perkataan dan baca

#7. Berkawan

Bermain dengan kawan-kawan boleh membantu anak untuk belajar macam-macam perkara di dunia ini. Ia termasuklah:

  • Cara berkawan
  • Cara mengatasi konflik kerana kadang kala mereka akan bergaduh dan baik semula
  • Berkomunikasi dengan berkesan
  • Bersosial
  • Bermain dan berimaginasi
  • Memberi dan menerima arahan
  • Berlakon (pretend play)
  • Cara kawal emosi
  • Berkongsi dan belajar giliran

#8. Bantu buat kerja rumah

Anda harus galakkan anak-anak untuk membantu kita melakukan kerja-kerja rumah seperti menyapu, mop lantai, cuci dan lipat baju serta lain-lain.

Percayalah, kanak-kanak akan seronok bila mereka buat kerja orang dewasa tambahan pula ia membantu meningkatkan kemahiran mereka.

  • Motor skills
  • Sensori
  • Ikut arahan
  • Bina keyakinan diri
  • Life skills

#9. Menyanyi, menari & mengaji

Anak-anak memang suka lagu, mereka akan menyanyi, menari dan ikut aksi dan lain-lain lebih-lebih lagi bila berkaitan lagu yang mereka suka. Jadi ambil peluang untuk gunakan lagu untuk berinteraksi dengan anak.

  • Nyanyi sama-sama
  • Menari sama-sama

Perkara ini bukan saja boleh eratkan hubungan dengan anak tetapi juga banyak kemahiran mereka boleh belajar dan jadikan anak lebih kreatif. Bagi yang beragama Islam, ajarlah anak mengaji.

#10. Boring

Pelikkan? Tapi ini yang perlu anda buat. Anak-anak perlu belajar entertain diri mereka sendiri jika mereka bosan. Tidak bagus juga jika kita sentiasa sediakan aktiviti untuk anak tanpa mereka perlu berfikir nak buat apa jika bosan.

Stories Rakan Kongsi
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Sering Nampak Letih, Ada Kemungkinan Kerana Anemia, Ketahui Simptom & Cara Mengatasinya!
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Anak Aktif Lebih Bijak & Sihat, Ini 5 Cara Mendorong Si Manja Kekal Aktif Di Rumah
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Ini 8 Perkara Penting Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Perkembangan Anak -Pakar
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini
Tips Untuk Membesarkan Anak Dengan Sihat & Ceria, Ibu Ayah Wajib Ambil Tahu 5 Perkara Ini

Bagus untuk biarkan anak jadi boring untuk buatkan mereka lebih kreatif.

Jadi sekali sekala bolehlah anda tutup semua gajet termasuk televisyen, telefon dan lain-lain dan biarkan anak jadi boring. Lihat apa yang akan mereka lakukan dan biarkan mereka berdikari dalam bermain.

Tapi jangan pula sepanjang hari biarkan anak bermain. Good luck ibu ayah!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jangan Suka-Suka Hantar Anak Speech Delay ke Playschool, Tak Kena Gaya, Langsung Tak Bercakap Dia Nanti!

Baca juga: Kalau Anak Ada 9 Ciri Lambat Bercakap Ini, Ibu Ayah Tolong Segera Berjumpa Pakar!

Baca juga: Nak Anak Selalu Bertanya & ‘Ringan’ Mulut? Ibu Ini Kongsi Petuanya Untuk Anak Cepat Bercakap Yang Pasti Menjadi!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Kanak-Kanak
  • /
  • 10 Cara Bermain & Aktiviti Wajib Ibu Bapa Perlu Buat Dengan Anak Speech Delay
Kongsikan:
  • Jangan Malas Bagi Anak Minum Air Selalu, Bahaya Dehidrasi, Ia Boleh Mengancam Nyawa

    Jangan Malas Bagi Anak Minum Air Selalu, Bahaya Dehidrasi, Ia Boleh Mengancam Nyawa

  • Mudah & Berkesan, Ini Aktiviti Yang Boleh Meningkatkan Kemahiran Menulis Anak

    Mudah & Berkesan, Ini Aktiviti Yang Boleh Meningkatkan Kemahiran Menulis Anak

  • Tanda Disleksia Pada Anak Usia 5-6 Tahun, Ibu Ayah Kena Bantu Anak Dapatkan Rawatan

    Tanda Disleksia Pada Anak Usia 5-6 Tahun, Ibu Ayah Kena Bantu Anak Dapatkan Rawatan

  • Jangan Malas Bagi Anak Minum Air Selalu, Bahaya Dehidrasi, Ia Boleh Mengancam Nyawa

    Jangan Malas Bagi Anak Minum Air Selalu, Bahaya Dehidrasi, Ia Boleh Mengancam Nyawa

  • Mudah & Berkesan, Ini Aktiviti Yang Boleh Meningkatkan Kemahiran Menulis Anak

    Mudah & Berkesan, Ini Aktiviti Yang Boleh Meningkatkan Kemahiran Menulis Anak

  • Tanda Disleksia Pada Anak Usia 5-6 Tahun, Ibu Ayah Kena Bantu Anak Dapatkan Rawatan

    Tanda Disleksia Pada Anak Usia 5-6 Tahun, Ibu Ayah Kena Bantu Anak Dapatkan Rawatan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.